Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul..Apa Itu Wasatiyyah?

Hari ni merupakan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau 2013 Masihi dan jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013(hari Khamis).
Tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada kali ini adalah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Apa maksud Wasatiyyah?
Merujuk kepada kamus bahasa arab,wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat yang (الوسط)  diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana).Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil,sederhana dan terbaik.
Sumber : Klik Sini


Sebenarnya Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah s.a.w walaupun sekali.Begitu juga para sahabat,tidak pernah menyambut kelahiran Rasulullah ketika hayat baginda.Malah para sahabat tidak pernah menyambut kelahiran mereka sendiri.Hal ini kerana sambutan seperti ini belum menjadi budaya mereka pada masa itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran mereka kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka.Mereka juga tidak perlu menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah s.a.w terutama apabila berasa rindu.Walaupun tiada kesempatan bertemu Rasulullah s.a.w,sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi'in,umat Islam telah berselerakkan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh daripada Makkah dan Madinah.Tidak dinafikan,sebahagian daripada mereka lupa untuk mengamalkan ajaran Islam lantaran semakin jauh daripada roh dan ajaran perjuangan Rasulullah s.a.w.Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif membimbing orang ramai ke jalan benar.

Kemudian lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji.dalam karya tersebut mengandungi kisah semasa kelahiran singga wafatnya Rasulullah s.a.w.Karya tersebut dibacakan kepada orang ramai dan dipersembahkan dengan cara yang menark bagi membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w.Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Sumber : Klik Sini




No comments:

Post a Comment