Thursday, December 25, 2014

Eh Kalendar Gambar Aku?

Hi peeps!

Sebelum ni aku pernah cerita kan aku masuk kelas Kesusasteraan dalam Multimedia.
Selalu tu asyik cerita pasal video je kan.
Ni aku nak share sikit pasal kerja sekolah yang Dr Notts bagi kat kitorang
Agak gempak jugaklah sebab boleh guna untuk setahun.
Tapi nak buat tu...
Ya rabbi!!!
Punyalah susah.

Lagipun time buat ni aku sibuk dengan Final Year Project aku.
Tak sempat nak kembangkan idea banyak banyak.
So kerja sekolah yang aku buat ni pun takdelah rare sangat.
Cuma bestlah sebab aku hasilkan sendiri.
Pedulik hape aku kalau korang cakap tak cantik.
Hahaha.

Dari tadi asyik cakap kerja sekolah je.
Kerja sekolah ape???
Hahaha.
Ok ni lah kerja sekolah yang aku maksudkan.
Taraaaa...
My own calendar!































Bhaha.
Ni la kerja sekolah aku.
Berminggu minggu jugak nak siapkan.
Tapi aku suka sebab belajar benda baru.
Take it as a challenge.
Walaupun aku bukan kreatif mana pun.
Hehehe.

Kalendar ni dh jadi bentuk 3D pun.
Aku hantar kat kedai kena RM28 tapi berbaloi sebab warna dia cantik.
Hehehehe.



Toodless.











Sunday, December 21, 2014

Kalimat Terakhir

Assalamualaikum..

Ok tajuk agak skema kan.
Ni saje buat tajuk skema nak bagi lecturer aku baca.
Hikss.

Ada apa dengan cinta?
Eh silap.
Ada apa dengan kalimat terakhir.
Entry kali ni nak buat cerita sedih.
So sediakan tisu tandas sebelum hingus korang menjejeh dari hidung.
Hohoho

Aku nak flashback semula masa baru first time masuk kelas.
Nama lecturer tu Dr Normaliza atau nak lagi glamor panggi Dr Notts jeeeee
Masa nak masuk tu ketaq lutut bak hang.
Sebabnya aku baca blog sorang senior ni die cakap Dr Notts garang.
Haish tak senang duduk dah ni.

Bila Dr masuk kelas je semua pakat kecut.
Member member aku pun pakat kecut perut hasil daripada cerita sembang kencang aku tu.
Biasalah budak sastera kan.
Imaginasi tu kena lebih lebih sikit.
Hahaha.

Then bila Dr Notts dah bukak mulut bercerita macam macam, aku rasa best pulak.
Sebabnya Dr ni sempoi kot.
Tapi yang tak sempoinya bila banyak kerja.
Ha mendapatlah kau.
Hahahaha.

Kerja pertama kitorang kena buat majalah sendiri.
Oklah agak cerewet nak buat.
Memang sesak nafas sebab dalam tempoh 4 jam kena siapkan.
Jantung tu nak tercabut.
Tapi bestlah sebab macam macam ragam kau boleh tengok.
Bhaha.

Dan kelas kelas seterusnya tu, Dr suruh kitorang buat video.
Tu takpe lagi sebab masing masing pelakon terbaik.
Tapi hat yang paling tak syok bila satu hari tu Dr suruh main lukis lukis.
Ade ke dia suruh aku lukis?
Dr tau tak kertas 2 seni visual masa form 6 aku dapat C??
C woii bukan B. -_____-
Nak tak nak kena lukis gak sebab markah tu woiii.
Tapi dapat gak buat walaupun aku lukis kasut sandal dah tak rupa kasut sandal dah.
Kehkehkeh.

Setelah 14 minggu berhempas pulas tu, akhirnya dapat gak kitorang buat assignment dengan jayanya.
Oh lupa nak cakap nama group aku Six_Genx. Nama kelas ni pulak Kesusasteraan dalam Multimedia.
Sebenarnya aku nak cakap, aku seronok sangat masuk kelas tu.
Mungkin sebab dari dulu aku memang minat bidang fotografi dan video.
So benda benda macam tu walaupun rumit tapi aku enjoy sangat.
Dan part paling best tiap kali masuk kelas kitorang tak ngadap slide pun.
Macam tengok wayang je tiap tiap minggu sebab kena present video yang kitorang penat buat tu.
Oklatu tu jimat sikit duit aku kan.
Bukan senang nak tengok wayang free. Dengan lecturer pulak tu.
Kihkih.

Untuk Dr Normaliza, saya suka masuk kelas Dr walaupun Dr ni garang tapi Dr sempoi.
Walaupun Dr suka hati je nak bahan kitorang tapi Dr memang best.
Walaupun Dr suka dengki kitorang bagi keje banyak banyak tapi sebenarnya kitorang enjoy.
Terima kasih sebab bagi saya ilmu yang berharga ni.

Saya akan simpan kata kata Dr,
"tak semestinya duduk dalam bidang sastera awak akan keje dalam bidang sastera. saya ajar multimedia ni mana tau awak semua keje luar bidang. dan awak lagi kreatif sebab teror guna bahasa dalam multimedia."

Ok tak lupa juga untuk tutor aku Cik Ehsan dan Cik Nik.
Terima kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar masa dalam kelas tutor.
Cik Ehsan ni orang jauhhhhhhh kat Brunei and Cik Nik pulak orang Kelantan.
So bolehlah aku jalan jalan nanti.
Kehkehkeh.



p/s : macam tak jadi je cerita sedih aku ni. -____-





Toodless ^__^

Video Tragedi Pulak Dahhhhh

Hai peeps!

Tengok tajuk pun dah tau kan aku nak cerita pasal ape.
Hikss
Oklah tak nak sembang panjang panjang.
Video ni video tragedi.
Pasal kes pembunuhan.
Tak larat nak tulis panjang panjang.
So korang tengoklah ye..






Toodless ^__^

Video Fokus Gelang Warisan

Hi peeps!

Kali ni cerita pasal video lagi.
Apehal asyik pasal video je? -_-
Sebab lecuturer aku suruh update dalam blog.
So 2,3 entry ni asyik pasal video je.
Hahaha.

Tapi jangan risau sebab semua video ni tak sama.
Kali ni aku nak tunjuk pasal video fokus.
Video ni cerita pasal benda.
Kalau kau pilih beg, dari awal sampailah akhir mesti cerita tu berkaitan beg.
Lepas tu cerita mest saling berkait.

Dalam video ni geng aku pilih gelang.
Cerita pasal gelang warisan.
Dari zaman kecik sampailah dia............
Nak tau sambungan kenalah tengok sendiri.
Hahaha.

Ha lagi satu nak cakap.
Video ni kena guna teknik fokus.
Korang kena fokus kat benda tu, then background tu kasi blur blur.
Camera yang kitorang guna ni DSLR.
Kena pandai setting baru video cantik.
Selamat menonton!






Toodless ^__^

Takutnyaaa....

Hi peeps!

Korang berani ke penakut?
Ke jenis takde perasaan?
Ape kena mengena soalan aku dengan entry ni?
Hikss

Oklah nak bagitau geng aku kena buat video seram.
Assignment punya pasal.
Korang ingat aku berani ke nak buat cerita seram ni?
Kang aku seram sape nak tolong? -_-
Video ni aku jadi pengarah.
Tak tahulah video aku ni seram sampai tahap boleh challenge Insidious dengan The Conjuring ke tak? Hahaha.
Tengoklah sendiri.









Toodless ^__^

One Shoot Video 3 layer

Assalamualaikum.
Hai peeps!

Dah lama tak share pape kat blog.
So ari ni nak update sikit pasal video one shoot yang geng aku buat.
Dah masuk study week baru ak nak update.
Ish ish teruk teruk. -_-

Ok nak cerita sikit.
Ape benda one shoot video 3 layer ni?
Hari tu one shoot video je. Ni ade layer layer pulak.
Hahaha.

Yang 3 layer ni maknanya ada cerita dalam cerita dalam cerita.
Paham tak?
Tak paham?
Alaaaa.....macam cerita berbingkai tu.
Kan ada layer layer.

Contohnya kalau ada penyanyi kat depan camera, belakang penyanyi tu ade orang berlakon or menari. Pastu belakang penari or pelakon tu, adala tetiba orang lalu lalang bawak penyapu ke (interframe).
Senang cerita kalau nak paham, korang tengok sendiri la video ni.
Hahaha.
Ok bye.









Toodless ^__^

Sunday, October 19, 2014

Pisang Ke Pishang?

Assalamualaikum dah hi!

Tadi tengah bosan so aku scroll twitter sampai bawah. Saje nak bagitau aku baru ada twitter
Tiba tiba keluar pulak status sorang budak.
Dia tulis

"Pishang betul malam ni."

Kening aku dah berkerut.
Apa benda pulak pishang tu?
Budak ni mengidam pisang ke malam malam.

Dengan rasa tak puas hati, aku pun google.
Benda pertama aku bayangkan dalam kepala




Tapi rupa rupanya....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Aku rasa macam.... =____=
Tak tahulah asal usul kejadian perkataan pishang tu dari mana.
Makin merepek bahasa budak budak sekarang.



Toodles.









Tuesday, October 14, 2014

Kuras Kuras Kehidupan

Sebenarnya tak tahu macam mana nak mula.
Jari jemari seakan terkaku untuk menari di atas papan kekunci.

*pause*

Kadangnya aku letih dalam perjuangan.
Kadangnya aku rasakan hampir tewas dalam peperangan.
Kadangnya aku perlukan kekuatan untuk menghadapi lawan.

*pause*

Letih tidak pernah menghalangku.
Sibuk tidak pernah menggangguku.
Cuma....

MALAS!

Itu yang mengganggu fitrah jasadku.
Serasaku ingin berlari apabila dihenyak dengan pelbagai kepayahan.

*pause*

Tuhan..
Bantulah aku untuk menimba ilmu.
Bantulah aku untuk menjadi manusia berguna.
Bantulah aku untuk menjadi manusia yang bukan sekadar pandai mengarang jawapan di atas kertas, namun sebaliknya bodoh tentang kehidupan.
Bantulah merealisasikan impian ibu bapaku untuk melihat anak ini berjaya.
Bantulah aku untuk membuktikan bahawa budak nakal ini mampu berjaya dalam hidup.

*pause*



Saturday, October 11, 2014

Dendam Berdarah

BAB 1

Dia termenung jauh di hadapan komputer riba. Melihat gambar-gambar lama yang kian dirobek waktu. Lalu dia tersenyum kecil mengingat masa lampau yang penuh kenakalan. Matanya terfokus kepada gambar seorang kanak-kanak berambut panjang. Itu Chenta. Kawan baiknya. Mereka sama-sama membesar di kampung sehinggalah bersama-sama menjejak kaki ke menara gading. Suka duka mereka tetap bersama.

"Haz! Kau Buat apa?" Sergah Chenta.

Hazliza terperanjat. Hampir tercampak komputer ribanya. Wajahnya cemburut menandakan sakit hati apabila tiba-tiba disergah. Chenta perasan riak wajah Hazliza berubah.

"Sorry..sorry.. aku gurau je. Tak tahu pulak kau terperanjat. Termenung jauh nampak? Teringat pakwe lama ke?" Chenta tergelak.

"Sorry sorry, naik lori lah. Kau buat lagi sekali, aku campak kau keluar balkoni ni." Hazliza sengaja mengugut. 

Bukan dia tak kenal Chenta. Nampak sopan tetapi perangainya gila-gila. Memang tak makan saman!

"Hahaha. Kau ingat aku kisah. Kau lupa aku ni spiderwoman? Sikit pun wa talak helan.." Chenta ketawa mengekek. 

Hazliza hanya ketap bibir. Ceh! Tahulah hobi dia wall climbing. Chenta seorang gadis lincah. Hidupnya sentiasa gembira setiap masa menyebabkan ramai yang sukakanya. Tambahan pula dia berperwatakan menarik pakej lengkap seorang model. Paling menarik perhatian adalah lesung pipit di pipi yang menghiasi wajah kala dia tersenyum. Berbeza pula dengan Hazliza, wataknya lebih kasar dan serius. Perwatakannya juga seperti lelaki dengan rambut pendek dan topi yang sentiasa menemaninya. Ramai yang mengusik mengatakan Hazliza itu 'dua alam' namun Chenta tidak kisah. Baginya, dia lebih mengenali Hazliza yang gemar dipanggil Haz itu kerana mereka membesar bersama-sama.

"Chenta, tadi aku nampak kau jalan dengan seorang lelaki. Siapa tu?" Hazliza serius bertanya. 

Chenta menoleh sekilas sebelum kembali mengasah kukunya.

"Kawan." balasnya pendek.

"Tahulah kawan. Tapi aku tak pernah nampak pun. Kau kenal kat mana? Kenapa aku tak tahu apa-apa ni?" Hazliza menyoal bertubi-tubi. 

Pergerakan Chenta terhenti. Dia menoleh ke arah Hazliza. Chenta bangun perlahan-lahan duduk di sebelah Hazliza. Chenta merenung mata Hazliza dalam-dalam. Lama. Kemudian dia meletakkan tangannya di pipi Hazliza.

"Haz, kau cintakan aku ke?"

Hazliza terperanjat. Automatik dia tertendang Chenta dan terus bangun dari kerusi.

"Adoi!! Apsal kau tendang aku?" Chenta merungut sambil menggosok punggunya.

"Habis kau merepek tanya soalan macam tu. Gila apa!" Hazliza mula marah.

"Sampai hati kau. Sakit tau. Aku tanya je. Habis dah kau caring sangat tanya macam pakwe aku." Muka Chenta berkerut menahan sakit.

Hazliza mula serba salah. Dia tahu perangai Chenta. Suka menyakat!

"Sakit ke? Sorrylah.. tak sengaja tadi. Tindakan refleksi. Hehehe." Hazliza tersengih.

"Sorry sorry, naik lorilah." Chenta sengaja memulangkan ayat Hazliza.

Hazliza geram lalu meluku kepala Chenta. Chenta hanya mampu tersengih.

"Tadi tu photographer. Nama dia Hadi. Aku dapat job baru. Esok gerak pergi Langkawi. So kau nak teman aku tak?" Chenta bertanya.

Selalunya Hazliza sentiasa menemani Chenta ke mana-mana. Kadangkala Chenta merasakan keluar dengan  Hazliza lebih selamat. Tidak ada yang berani mengusiknya kerana melihat perwatakan Hazliza yang seperti pengawal peribadinya. Tambahan pula Chenta memang tidak mempunyai teman lelaki.

"Esok tak boleh. Aku banyak kerja kat office. Tak boleh postpone ke? Kesian takde orang teman kau." Hazliza memberi idea.

"Emm..tak bolehlah. Esok je aku free. Hari lain memang full. " Chenta menggeleng kepala.

"Risaulah nak biar kau seorang. Kau tu dahlah nakal. Dah besar pun tak reti jaga diri lagi." Keluh Hazliza.

Chenta hanya ketawa. Dia akui dia agak kebudak-budakan sehingga memaksa Hazliza untuk menjaganya.

"Takde apalah. Tahulah aku jaga diri. Ni yang aku sayang lebih dekat kau. Muah!" Chenta melayangkan flying kiss ke arah Hazliza.

Hazliza mencebik lalu menunjuk penumbuk ke muka Chenta. Chenta ketawa riang.

"Aku sayang kau Haz."




BAB 2

"Chenta jom keluar tengok wayang. Ada cerita baru."  Hazliza mengajak.

"Malaslah. Aku penat ni. Kau ajaklah orang lain teman ye." Chenta menjawab sambil menutup mata. Dia sudah terbaring lesu di atas sofa. Badannya letih kerana baru balik dari membeli barang.

"Ala jomlah. Aku dah lama tak keluar dengan kau. Sejak dua menjak ni kau asyik busy je." Hazliza cuba memujuk.

"Tak naklah. Aku penat sangat ni. Baru je keluar shopping tadi. Esok dahlah ada photoshoot. Nak rehat je kat rumah.Kau keluarlah dengan member lain." Chenta masih menutup mata. Nafasnya teratur.

"Kau ni kalau si Hadi tu ajak keluar laju je! Penat-penat pun boleh lagi gagahkan badan tu keluar. Ni aku ajak keluar langsung tak nak. Kau ni dah berubahlah sejak kenal Hadi!" Hazliza meluah perasaan.

Mata Chenta tercelik. Dia bangun lalu memandang tepat ke arah Hazliza.

"Kau jangan nak babitkan Hadi. Dah aku memang penat. Kau yang gatal-gatal ajak aku keluar aku time penat. Dahtu nak salahkan orang lain pulak." Chenta membalas kembali.

"Apehal kau ni?? Yang kau backup sangat mamat tu kenapa? Aku tahulah dia tu balak kau, tapi takkan tak boleh nak spend time dengan aku kejap. Sejak couple dengan mamat tu, terus lupa kawan dah! Kau lupa masa kau susah senang dulu dengan siapa? Ada Hadi nak tolong? Aku jugak yang kau cari!" Dada Hazliza turun naik menahan marah.

"Kau ni kenapa?Tiba-tiba nak cari gaduh. Eh kalau aku lupa kawan pun itu masalah akulah! Aku tahulah kau jealous sebab kau takde balak kan. Takde lelaki nak pandang muka buruk kau tu. Nak bandingkan kau dengan aku, macam langit dengan bumi. Dahlah macam pengkid. Please r! Hei Haz! Kau ni dengki kan sebab aku cantik. Tu sebab kau sakit hati bila ada lelaki suka dekat aku. Mengaku jelah!" Chenta membuat gaya sombong sambil mengibas rambut panjangnya.

Hazliza terkedu. Selama dia berkawan dengan Chenta, tak pernah sekali pun gadis itu menghinanya. Kerana itu dia sayangkan Chenta. Terlalu sayang. Hazliza sanggup membuat apa sahaja demi Chenta.

"Aku sayangkan kau Haz"

"Aku sayangkan kau Haz"

"Aku sayangkan kau Haz"

Kata-kata Chenta itu terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Hazliza mula hilang kawalan. Matanya merah menahan marah. Tangan Hazliza mula menggigil. Matanya tajam merenung Chenta. Chenta yang sedar keterlajurannya itu sedikit ketakutan. Dia bimbang diapa-apakan oleh Hazliza. Tambahan pula Hazliza merupakan pemegang tali pinggang hitam seni karate. 

Chenta mengundur perlahan-lahan ke arah dapur. Dia bersiap sedia sekiranya Hazliza menyerang. Namun berlaku sebaliknya apabila Hazliza berlari keluar dari rumah. Chenta bimbang untuk mengejar namun setelah beberapa minit menunggu, Hazliza tidak juga muncul. Chenta memberanikan diri untuk menjengah ke luar pintu. Bayang Hazliza lagsung tidak ada.

"Mana kau pergi Haz?" Chenta mengeluh. 

Dia menyesal kerana terlanjur kata. Mereka berkawan sejak kecil. Antara punca mereka rapat kerana Chenta dibela oleh atuk dan nenek Hazliza. Chenta dijumpai di tangga surau oleh atuk Hazliza. Kedua orang tua Hazliza telah lama meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Oleh sebab itu mereka menjadi rapat ibarat kembar. Kini atuk dan nenek Hazliza telah tiada. Hazliza menggalas tanggungjawab menjaga Chenta kerana Chenta ibarat adiknya.

Chenta menunggu Hazliza sepanjang malam namun Hazliza masih tidak pulang ke rumah. Chenta mula risau namun masih sabar menunggu.


Hari ketiga..

Tok! Tok! Tok!

Chenta yang sedang tidur terus terjaga. Dia kelihatan mamai.

"Tadi macam bunyi orang ketuk pintu. Aku mimpi ke?" Chenta menggosok-gosok mata.

Tok! Tok! Tok!

Chenta cepat-cepat bangun. Dia membetulkan baju dan rambutnya yang tidak terurus. Chenta membuka pintu.

"Haz!!! Kau pergi mana? Dah tiga hari tak balik rumah." Chenta terus memeluk Haz.

Muka Hazliza kelihatan pucat. Matanya lebam seperti orang tidak cukup tidur. Badannya berbau sedikit hamis. Mungkin tidak mandi selama tiga hari.

"Haz, kenapa kau diam? Kau pergi mana? Jawablah. Aku risau tau." Chenta terus mendesak.

Hazliza hanya tersenyum nipis.

"Haz, aku minta maaf sebab sakitkan hati kau. Aku tak sengaja. Aku terlepas cakap. Aku takde niat pun nak cakap macam tu. Aku.." Chenta terdiam. Hazliza menutup mulut Chenta sambil menggeleng perlahan.

"Aku maafkan kau." Hazliza tersenyum.

Chenta terus memeluk Hazliza sambil menangis. Dia menyesal kerana tidak menjaga mulutnya. Dia tahu hati Hazliza terluka dengan kata-katanya.

"Aku lapar. Boleh teman aku makan?" Hazliza bertanya.

"Boleh Haz. Kau nak makan apa? Cakap je aku tak kisah. Aku masak untuk kau." Chenta mengesat air matanya sambil tersenyum gembira.

"Takpelah. Aku nak keluar kejap lagi. Ada kerja nak buat. Kau masak untuk makan malam jela ye. Aku nak mandi. Nak siap-siap." Hazliza hanya tersenyum lalu berjalan menuju ke arah bilik.

"Yelah aku masak sedap-sedap untuk makan malam." Chenta sedikit pelik. 

Hazliza nampak lain. Namun Chenta tidak mahu memikirkan apa-apa kerana dia hanya mahu menggembirakan hati Hazliza semula.




BAB 3

Hazliza membuka pintu rumah. Kelihatan Chenta sedang menyiapkan hidangan makan malam. Hazliza hanya tersenyum. Dia masuk tanpa bercakap sebutir kata. Chenta yang sedang khusyuk menghidangkan lauk di atas meja, terkejut apabila tiba-tiba sahaja Hazliza berada di sebelahnya.

"Bila kau balik? Terkejut aku." Chenta mengurut dada.

"Baru je." Hazliza menjawab sepatah.

"Jomlah makan. Mesti kau lapar kan." Chenta sibuk menuruh Hazliza duduk. Hazliza meletak beg hitam yang dibawanya tadi di atas kerusi.

Chenta menyenduk nasi ke dalam pinggan Hazliza. Kemudian dia menuang air.

"Eh aku tertinggal satu lagi lauk. Kejap aku ambil." Chenta terus bangun mengambil lauk di dapur.

Hazliza hanya diam membatu. Tidak lama selepas itu Chenta datang bersama lauk hati ayam kegemaran Hazliza. Hazliza hanya tersenyum kecil. Mereka makan tanpa berkata-kata. Suasana sunyi sepi. Tidak seperti selalu kedengaran suara Chenta yang gemar menyakat. 

Kali ini suasana itu kaku. Chenta tidak selesa namun terpaksa berdiam kerana takut terlepas kata lagi. Hazliza hanya menunuduk makan sambil mengunyah perlahan-lahan. Chenta hanya minum air kerana tidak berselera mengenangkan salahnya walaupun telah dimaafkan. Dia meneguk sehingga separuh. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Chenta cuba menahan mata.

"Kenapa kepala aku berat sangat ni?" Chenta berkata.

"Kau okey tak? Kalau tak okey, masuk bilik tu. Aku boleh kemas pinggan-pinggan ni." Hazliza bertanya.

"Takpe aku boleh tahan." Chenta cuba untuk menahan mata namun gagal. Penglihatan Chenta kabur. Dia hanya nampak bayang-bayang Hazliza. Akhirnya dia terkulai di atas meja makan.

Hazliza tersenyum nipis. Dirinya tenang. Dia menghabiskan sisa-sisa makanan dalam pinggannya. Kemudian, dia mengemas lauk-lauk di atas meja. Setelah siap, dia mengangkat Chenta ke ruang tamu. Hazliza menggulung Chenta yang tidak sedarkan diri dalam karpet. Lalu dia membawa masuk ke kereta. Lampu rumah dimatikan dan pintu rumah dikunci.

Hazliza membawa Chenta ke sebuah bangsal pertukangan. Bangsal tersebut merupakan bangsal lama atuknya yang tidak digunakan lagi. Lagipun bangsal tersebut berada di tempat yang terceruk daripada pandangan orang ramai. Tidak ada manusia yang lalu lalang di situ. Hazliza membawa Chenta turun daripada kereta. Dia mendukung Chenta masuk kedalam bangsal dan membaringkan Chenta di atas katil besi yang memang ada di situ. Kaki dan tangan Chenta diikat.

Hazliza menampar pipi Chenta untuk mengejutkannya. Chenta yang tersedar amat terkejut melihat keadaannya. Chenta menangis apabila melihat Hazliza duduk di penjuru katil.

"Haz, kau buat apa ni? Aku merayu dekat kau tolong lepaskan aku." Chenta cuba untuk melepaskan diri namun gagal. Ikatan tersebut terlalu kuat.

"Lepaskan? Kau ingat senang nak bawak kau ke sini? Hahaha" Hazliza ketawa mengilai.

Chenta ketakutan. Hazliza yang dia kenali dahulu telah berubah wajah. Wajah polos yang selalu melindunginya telah menjadi wajah yang menakutkan. Chenta merasakan Hazliza telah gila. Ya gila. Mana mungkin Hazliza yang selalu menjaga dan menyayangi dirinya boleh menjadi begitu. Melainkan memang Hazliza gila. Chenta merenung wajah Hazliza sambil air matanya berjuraian turun. Sungguh dia benar-benar takut.

Hazliza berhenti ketawa. Dia merenung kembali ke arah Chenta. Lama.
Chenta hanya mampu menelan air liur. Dia mengharapkan Tuhan membantunya.
Tuhan? Telah sekian lama dia tidak menyebut nama suci itu. Kenapa pada masa dia berada di ambang maut barulah dia mengingati Maha Pencipta?

"Haz bawak-bawak mengucap. Ingat Allah Haz." Dengan penuh yakin dia berkata kepada Hazliza.

Hazliza ketawa kuat. "Allah? Sejak bila kau pandai ingat Tuhan? Sejak kau bakal jadi mayat ke? Tak payah nak ingatkan aku. Kau tu hanya tahu menyundal je."

Chenta terkesan. Dia hanya menunduk. Chenta mengaku selama ini dia lalai. Walaupun dia nampak baik, tapi hakikatnya hanya Hazliza dan dirinya yang tahu. Dia berlagak alim. Seringkali Hazliza menegur agar dia tidak terlalu liar. Hazliza juga seperti dirinya telah hanyut. Tetapi Hazliza masih terkawal. Sedangkan dia terlalu hanyut. Akhirnya dia berubah juga.

Tetapi sejak dia berkenalan dengan Hadi, segalanya berubah. Dia kembali hanyut. Dan lebih memilukan lagi, dia memalukan Hazliza. Dia telah menghina Hazliza. Tiga hari lepas bukanlah kali pertama. Malah telah banyak kali dia menghina Hazliza. Dia cemburu kerana ramai yang memuji Hazliza cantik walaupun dia berpakaian seperti lelaki. Dan Hadi, teman lelakinya sendiri adakalanya memuji kecantikan Hazliza. Hazliza punya aura tersendiri. Chenta jadi cemburu lalu sengaja membuat onar agar sahabatnya itu sedar Chenta lebih dari segala-galanya. Dan hari ini Chenta menerima padah apabila tahap kesabaran Hazliza telah sampai ke hujungnya.

"Haz tolong aku. Aku sakit sangat. Kau sayangkan aku kan." Chenta merayu lagi.

"Memang aku sayangkan kau. Tapi sayang tu dah mati. Kau fikir aku takde perasaan bila kena hina?? Eh binatang pun tahu sayang kawanlah. Tapi kau ni lebih bangsat dari kawan!" Hazliza menghamburkan kemarahannya.

Hazliza menyalakan api dari pendiang api milik atuknya. Dia memanaskan besi yang ada di situ sambil memakai sarung tangan tebal. Chenta menggigil.

"Aku kecewa dengan kau Chenta. Dah lama kita kawan. Tapi kau khianati aku. Aku sedih Chenta. Aku sedih." luah Hazliza sambil mengalirkan air mata.

"Haz kita kan dah lama.. Arghhh! Haz sakit!" Belum sempat Chenta berkata, Hazliza telah menarik rambut panjangnya.

"Kau cantik Chenta. Tapi hati kau busuk. Sanggup kau buat cerita yang aku mengandung! Kau sengaja nak malukan aku. Tapi kau bodoh. Kau silap orang bila kau bermain dengan api!"

Chenta terdiam. Chenta terkenang janin berusia 4 bulan yang dilihatnya itu. Dek kerana nafsu, dia menggadaikan segalanya. Setelah kejadian itu, dia menjauhi lelaki. Kerana itulah Hazliza melindungi dirinya. Bimbang perkara yang sama berlaku. Hazliza juga berubah wajah. Menjadi tomboy kerana sayang dan mahu melindungi dirinya. Chenta tundukkan wajahnya kerana malu.

"Maafkan aku Haz. Aku tak patut buat kau macam tu. Aku tahu aku salah."

"Memamg kau salah. Dah puas kau hina aku, kau buat cerita bukan-bukan. Orang bercakap aku jadi tomboy sebab bencikan lelaki gara-gara aku mengandung. Padahal yang mengandung tu kau! Dasar perempuan sundal! Kau terimalah balasan dari aku." Hazliza berlari ke arah besi yang telah di panaskan tadi.

Chenta yang tahu Hazliza akan bertindah lebih jauh mula meronta-ronta. Chenta menjerit sekuat hati meminta tolong. Hazliza datang dengan senyuman yang mengerikan.

"Sekarang kau terima balasannnya sebab berani hina aku." Serentak itu Hazliza mencucuk pipi Chenta dengan menggunakan besi.

Chenta menjerit sekuat-kuatnya kerana menahan kesakitan. Hazliza terus mencucuk pipi licin itu.
Dan akhirnya.. tembus. Pipi gebu yang mempunyai lesung pipit itu kini berlubang. Darah pekat mengalir membasahi baju Chenta. Chenta terus menangis kerana kesakitan. Dari celah lubang pipi itu ternampak giginya yang berlumuran darah.

Hazliza masih tidak puas. Dia mengambil pisau pemotong daging yang baru dibelinya. Hazliza sengaja mengelar-ngelar seluruh badan Chenta sehingga darah meleleh dari luka itu. Chenta terus menjerit sambil merayu agar Hazliza berhenti. Hazliza tidak peduli. Hazliza melihat jari jemari runcing Chenta. Hazliza menyengih.

"Jangan Haz. Cukup! Aku sakit Haz!" Entah berapa kali Chenta merayu.

Hazliza terus menetak jari runcing itu. Chenta kembali menjerit sekuat hati Darah mengalir dengan laju. Kini jari Chenta telah kudung. Chenta telah cacat. Chenta masih menjerit-jerit kesakitan. Hazliza berang.

"Kau ni bisinglah! Aku nak main-main pun susah." Lantas terus menjolok besi panas ke dalam mulut Chenta.

Chenta meronta. Hazliza makin kuat menekan. Tembus. Besi itu tembus sehingga belakang kepala. Anak tekak Chenta telah pecah. Chenta tidak dapat lagi mengeluarkan bunyi. Chenta semakin letih apabila telah banyak kehilangan darah. Dia hanya menyerah. Hazliza kemudian mengeluarkan besi panas itu lalu mula mengorek biji mata Chenta. Chenta meronta-ronta apabila besi panas menusuk ke dalam matanya. Kedua-dua matanya berjaya dikorek. Hazliza ketawa sambil memegang biji mata. Biji mata itu dibuang ke bawah lalu dipijak sehingga penyek. Mata itu hancur.

Chenta menggelupur menahan sakit. Seluruh tubuhnya terlalu mengerikan. Mulutnya hancur dicucuh besi panas. Matanya berlubang dan tubuhnya mengeluarkan darah. Hazliza hanya ketawa berdekah-dekah lalu keluar meninggalkan rumah ladang itu dengan keretanya. Dia hanya membiarkan Chenta mati dalam kesakitan. Hazliza puas. Dia akan meninggalkan bumi Malaysia. Sesiapa pun tidak akan tahu tentang kewujudannya. Dia akan menukar identiti malam itu juga dengan bantuan rakannya yang bekerja sebagai pakar pembedahan plastik.. Hazliza terus ketawa dan terus ketawa di dalam kereta itu. Dendamnya telah terlaksana.

"Aku sayang kau Haz."

"Aku sayang kau Haz."

"Aku sayang kau Haz."










Wajah Baru

Assalamualaikum dan hi!

Hari ni aku rajin.
Tersangatlah rajin untuk tukar template blog.
Rajinlah jugak tu walaupun assignment belum siap.
Janji blog berwajah baru. Mihmih.

Ni dah kali ke 4 aku tukar template.
Template first tu dah macam blog berapi dengan background warna hitam dan oren.
Memang berapi-api lah yang membaca.

Template second tu dah sejuk sikit sebab tukar warna biru.
So macam air + ais jadi sky juice gitu.
Takdelah korang semak sangat kan nak baca entry aku yang suka merepek ni.

Template third pulak baru je guna berapa minggu.
Aku guna template diary.
Konon konon blog ni macam diary aku lah sebab aku takde diary pun. Kihkih.
Tapi tak lama sebab aku pun macam semak tengok design dia,
Walaupun cantik sebab banyak warna tapi mata aku pulak lama lama cakap tak cantik.

Last last aku tukar lagi dan taraaaa!
Guna template yang takde warna.
Mudah dan senang.
Orang nak baca pun tak semak otak.
Biarlah nampak kosong tapi banyak benda boleh isi.

Lagipun  template ni boleh ubah ubah ikut selera pembaca.
Macam macam gaya korang boleh baca.
Korang boleh je klik dekat CLASSIC, FLIPCARD, MAGAZINE, MOSAIC, SIDEBAR, SNAPSHOT dan TIMESLIDE.
Boleh tengok dekat atas sekali.

Yang aku apply kat blog ni Magazine. So korang nampaklah gambar gambar yang korang cam berminat je nak stalker.
Tengok belah kanan tu ada kotak warna hitam. Gambar aku tersembunyi kat situ.
So boleh lah korang follow aku di situ ye.


Toodless ^_^

Friday, October 10, 2014

One Shot Video Lagi

Hi!

Hari ni group aku kena present video lagi. Ala yang One Shot Video macam hari tu. 
Tapi yang ni lain sikit.
Ada 3 layer.
Contoh macam sorang menyanyi kat depan kamera ala ala bajet retis. Tu baru one layer.
Yang ahli group lain tu buat la berlakon sikit so jadila 2 layer.
 Lepas tu ada lagi satu group kat belakang tu orang luar yang takde kena mengena dengan kita. 
Tak kisahlah mat rempit ke, budak bidak main bola ke, yang penting ORANG LAIN. 
Kita buat je shooting sambil muka diorang tu masuk dalam video secara langsung. Bukan buat buat berlakon ok. Tu barulah 3 layer.
Paham tak aku cerita ni??
Kalau tak paham korang bacalah ulang ulang sampai paham.

Actually aku nak cerita benda lain.
Pagi tadi video aku dapat dipertonyonkan dengan jayanya.
TAPI....
Ada tapi jugak.
Video tu ada muzik, tapi suara penyanyi tak keluar. Berapa banyak tapi daa
And the moment you feel like.........
Err..how??
Why this thing happen?? =______=
Memang kelam kabut.

Benda ni dari semalam lagi dah kelam kabut.
Sebab kitorang dah try bukak dalam bilik kuliah tu. Hamik kau sekali takde suara.
Tapi bukak dekat bilik lain boleh pulak suara tu keluar.
So malam tadi aku puas lah berchatting dengan Encik Ehsan student master merangkap pembantu Dr.
Jenuh gak nak memikir sambil try godek godek (err aku lupa nak guna perkataan yang lagi sesuai) letop.
So kitorang amik keputusan datang awal ke kelas.

Tapiiiiiiii.......... (tapi lagi)
Sama je masalah tu.
Kesimpulannya senang cerita bagitau jela dekat Dr.
Lupa nak bagitau. Nama Dr ni Dr Normaliza Abd Rahim.
Nak lagi glamor Prof Madya Dr Normaliza Abd Rahim. hehe
*Ok sambung balik.

Aku pun cakaplah kat Dr kitorang teredit guna video version karoake.
Dr cakap takpe bukak je.
Dan akhirnya kitorang dapat present dengan jayanya walaupun agak lawak tengok member aku miming dalam video tu tapi takde suara orang nyanyi. Mihmih.

Dan hasilnya
Taraaaaa......
Six_Genx Production mempersembahkan kepada anda video kedua kami. ^_^






Saturday, September 27, 2014

Praktikal : Merantau

Assalamualaikum dan hi!

Since dah hampir sebulan lebih aku habis praktikal, nak jugak cerita perkara yang aku buat selama 8 minggu tu.
Ok here we start now. :D

Kitorang bermula dari Puduraya. Ada 6 orang yang akan turun nunnn jauh ke utara. 2 orang daripada kitorang memang asal dari sana, Zida dan Ikah. So 3 orang asal Johor (aku, Awin dan Liza) dan sorang dari Perak (Amy). Perjalanan kitorang ambil masa selama 6 jam jugak. Penat wooo! Lebih kurang 10.30 malam kitorang sampai. So, kami sampai di sini.
Terminal Bas Baling, Kedah. (gambar encik Google)

Mana tu? Kedah mai!
Apsal jauh sangat? Tu antara soalan yang ditanya bila aku cakap praktikal kat Kedah.
Alasan aku mudah.
Aku cari pengalaman hidup kat tempat orang. Nak merasa sendiri macam mana hidup jauh dari keluarga tanpa ada sebarang bayaran gaji.
Nama pun praktikal kan. Baru rare buat kat tempat orang. Kutub utara kutub selatan pulak tu. Bahahaaa.

Kat sana kitorang menyewa. Nasib baik jugaklah family support. So 4 oranglah duduk kat rumah tu memandangkan lagi 2 orang memang orang Baling.


Keluar rumah je nampak gunung Baling. Best kan?
Ni la rumah sewa kitorang. Bagi satu gambar je tak boleh lebih2. Kihkih.
Maka kitorang berempat pun tinggal kat sini disamping pelbagai kejadian aneh dan lawak sepanjang 2 bulan. Tempat praktikal pulak tak jauh dari rumah. 5 minit je dah sampai.
Disebabkan kitorang ni memang betul betul merantau, so pandai pandailah nak pergi kerja tu. Kitorang pergi kerja naik bas. Mampu kau? Haha.

gambar encik Google
Taraaa! Ni lah bas yang selalu kitorang naik. Lepas tu excited bila nampak bas ni. Bak kata Zida ni bas zaman Jepun. Kau hadoo? Memang rare bas ni sebab tingkap tak boleh tutup. Nasib baik 2 bulan tu tak permah pulak aku basah dalam basah. Kalau tak pergi kerja kang basah lencun je. Bas ni guna tiket zaman dulu tu. Memang betul betul rasa suasana zaman dulu. Sekarang susah nak jumpa bas macam ni. Guna tiket yang tekan tekan lepas tu keluar dari mesin tu je.


Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik.
8 minggu aku kat sini.
8 minggu aku belajar macam macam.
8 minggu konon konon aku macam pegawai.
8 minggu aku belajar jadi orang bawahan.
8 minggu ajar aku bersedia dengan zaman pekerjaan nanti.

gambar buat buat busy. mencik!
Ni meja aku. Ni lah jugak tempat hari hari aku duduk. Nampak tak customer tu? Aku jaga kaunter. Sambil sambil buat pertukaran sekolah, sambil sambil layan budak sekolah datang buat rayuan nak masuk sekolah, sambil sambil abang posmen mintak sign surat (feel like a bos), sambil sambil layan karenah orang.


Ha ni pun tempat aku jugak. Nampak tak fail fail kat tepi tu. Tu fail pertukaran sekolah. Yang cop cop berlambak tu cop pegawai PPD yang luluskan pertukaran sekolah. Setiap hari kerja aku main cop cop je. Bahhahaa.

Member sebantal, setilam, sepinggan

Duhai bonda..
Duhai ayahanda..
Dengarlah rayuan anakanda..
Yang jauh di mata..
(nyanyi sambil feel sedih)

Ni time raya. Kitorang tak balik kampung sebab cuti 2 hari je. So beraya kat rumah budak baju oren (kanan).  Ni nama dia Zida. Yang oren kiri tu Awin dan yang free hair tu Amy. Mihmih. Untuk pertama kali aku yang tak berapa gemar pulut, boleh makan sebanyak banyaknya. Haha. Boleh jadi orang Kedah tak?



Jalan jalan kat Pantai Merdeka. Lepas tu sempat merayap pergi Tanjung Dawai. Jadi jakun sebab tak pernah naik bot. Hahaha.




Last day at Baling. 
srottt..srotttt 
*sedut hingus

Ni moment yang tak boleh lupa sampai bila bila.
Masa ni kau belajar setia kawan.
Masa ni kau belajar kawan adalah orang kedua terpenting lepas family.
Masa ni kau belajar saling backup kawan kawan.
Masa ni kau belajar tanpa kawan siapalah aku.


Toodless. ^_^

Saturday, September 20, 2014

One Shot Video Clip la pulak....

Assalamualaikum dan hi!

Lama dah aku bercuti. Al maklumlah, dah nak habis belajar.
Sekarang aku jadi super senior merangkap senior semester akhir. Yeahh!!!
Semester ni sangat2 sibuk. Banyak sangat kerja nak buat.

Salah satu kerja aku..
ONE SHOT VIDEO CLIP.

Apa tu?
Ala yang macam korang nyanyi dalam bilik air tu.
Tapi yang ni 'miming'  sambil joget2. Siap kena upload kat youtube.
Jadi artis lagi sekali. Kihkih.

Mintak tolong korang review video ni untuk tambah viewer.
PENTING!
Sebab nak dapatkan markah.
Mintak tolong ye semua..
Terima kasih. ^__^




Ala ala rosalinda ayamor versi siti nurhaliza. kihkih

Thursday, July 31, 2014

Praktikal : Pabila Kami Beraya

Hi!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Maaf kalau entri sebelum ni ada yang terkasar bahasa dan buat pembaca terasa. :-)

Raya tahun ni aku tak berada di kampung. Raya ni sedih sikit sebab jauh dari family. Sebab sekarang tengah praktikal. Bos ada jugak bagi cuti tapi aku sekarang kat utara dan kampung aku nun jauhhhhh kat selatan.
Cuti pun kejap je so tak balik beraya. Sobs sobs.

Ni pengalaman pertama aku beraya tempat orang. Konon konon macam orang dan keje. Akekeh.
Tak pe..pengalaman berharga ni. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. This is campus life. Hehe.

Masa raya pertama tu buat apa? Taraaaaaa...sempat kami singgah kolam air panas. Member aku ajak lepak kat sana. Memang best. Badan pun relax je setelah hampir sebulan berpenat lelah bekerja. Huhu.
Kami pergi lebih kurang pukul 11 malam dan balik pukul 3 pagi. Memang lama berendam dalam air sebab kolam air panas tu bukak time malam je.
Tapi petang tu sempat jugak kami beraya rumah pakcik Zida. Memang bahagia sebab keje aku makan je. Lagi 2 minggu confirm gemok. -_-

















 Dapat bagi gambar ni je sebab gambar lain goyang sikit.
Esoknya, semua penat sangat. Yelah balik lambat, tido pun lambat. So raya kedua, kami duduk rumah je tak beraya mana mana. Just kemas rumah, kemas apa yang patut.

Raya ketiga pulak,hmmm... KENA KEJE! 
Tapi takde orang pun dekat ofis. Just kami sahaja budak budak praktikal.








Hasil sumbangan kuih raya dari cikgu yang sempat singgah dan budak praktikal lain. Hehe









Sorang buat iklan kuih raya, sorang buat muka tak puas hati.


Gambar atas ni ignore je. Tengah tu Zida dan memang orang sini. Yang indian tulah Amy..member yang aku cerita dalam entri Rumah Hantu. Hahaha.
Ni suasana dekat tempat keje. Ofis dipenuhi budak praktikal dan kuih raya. So keje kami makan..makan.. dan makan!

Siapa cakap raya jauh dari family tak seronok?
Tetap ada keseronokan tu. Yang penting kita pandai nikmati walaupun nun jauh dekat kutub utara. 

Salam perantauan. ^_~

Friday, July 18, 2014

Praktikal : Rumah Hantu

Assalamualaikum dan hi!

Pernah masuk rumah hantu tak?
Mesti seram kan. Aku ada satu kisah yang nak share dengan korang.


Kisah ini memang ada kena mengena dengan yang masih hidup sahaja.
Dialami oleh member aku sendiri, Amy.
Bacalah sendiri.

Hari tu elok je si Amy tengah rajin menyapu dekat dapur. Yang kitorang pulak tengah lepak kat ruang tamu layan movie sementara nak tunggu petang sikit masak juadah berbuka puasa.
Tiba-tiba Amy dengar ada suara budak-budak dekat luar rumah. Ada dua orang budak kalau tak silap. Sorang lelaki dan sorang lagi perempuan.
Entah macam mana budak perempuan tu tegur.
"Eh rumah ni ada orang tak?"
Yang budak lelaki tu pulak jawab.
"Mana ada orang. Kejap ea nak tengok."

Sebab tak puas hati, dua orang budak tu pun turun basikal dan jengah-jengah kat rumah kitorang. Kebetulan pulak tingkap dapur terbuka, so dapatlah diorang skodeng kat tingkap tu.
Budak lelaki tu pun cakap.
"Macam takde orang je tapi bersih."
So diorang teruskan agenda utama untuk skodeng rumah ni.

Dalam masa yang sama Amy pulak tengah menyorok disebalik peti ais. Budak 2 orang tu tak nampak Amy.
Tak tahulah diorang bincang apa lama-lama kat tingkap tu.
Amy pun dah penat nak menyorok. So dia pun keluar dari tempat persembunyian dia lepas yakin budak dua orang tu dah balik sebab sunyi je.
Amy pun basuh tangan kat sinki.
Tiba-tiba............



















"Wei pecut wei........pecut wei!!!!!"


Tahu tak sebab apa?
Diorang terkejut bila dengar bunyi air masa Amy basuh tangan.
Rupanya diorang ada lagi kat tingkap tu cuma Amy tak nampak diorang. Dan masalah bertambah lagi bila diorang pun tak nampak Amy.
Si Amy pulak terkejut dengar suara diorang, So Amy bukak pintu dapur tu jengah keluar.
Yang nampak cuma bayang rambut budak perempuan tu sambil pecut basikal laju-laju. Budak lelaki tu dah ghaib terus langsung tak nampak bayang.

Budak-budak tu fikir kitorang ni hantu ke? =_=

Actually rumah yang kitorang sewa ni dah lama takde orang duduk. Sebelum kitorang menyewa, kadang-kadang je penjaga rumah ni datang tido sini. Sekurang-kurangnya rumah ni tak dibiarkan kosong. Yang budak-budak tu pulak ingat takde orang lagsung kat rumah ni padahal dah dekat sebulan kitorang menyewa.


P/s : nasib baik diorang tak buat report cakap rumah ni berhantu. Kalau tak jadi macam cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak. Hahaha.





Praktikal : Kad Raya

Assalamualaikum dan hi!

Minggu ni last puasa kan.
InsyaAllah minggu depan kita akan beraya.
So dah buat persiapan?
Aku tak buat persiapan pape sebab sekarang ni tengah MERANTAU.

Merantau dalam erti kata lain, tengah praktikal jauh kat sebuah negeri.
Kira macam kutub utara kutub selatan la ni.
Akekeh.

Ok disebabkan aku ni budak praktikal kat Pejabat Pendidikan Daerah, so bos no 2 bagi kerja sikit.
Kerja dia senang je.
Buat kad raya.
Kad raya? -_-

Ok la tu..ada jugak sumbangan aku sementara tengah praktikal 2 bulan ni.
At least kad raya tu akan diedar ke seluruh agensi kerajaan negeri.
So femes jugaklah kan walaupun takde nama aku. Hahaha

Selain aku, ada lagi sorang member aku yang buat sekali. Nama dia zida. Dan campur sekali dengan budak-budak praktikal yang lain.
Inilah hasil kerja kitorang.





Simple je design ni.
Aku bukan designer pun.
Last minute punya tugasan memang kelam kabut.
Taubat tak mahu dah buat kad raya untuk orang.
Sakit kepala nak edit.
Hahaha

P/s : terfikir jugak..macam manalah yang edit gambar orang kawin cantik2 tu. Tak pun yang jadi designer kena edit gambar cantik2 untuk customer. Tak pening ke? ^_~

Friday, June 13, 2014

Paling Gila

Assalamualaikum dan hi!

Entry pun dah pasal gila.
Aku dah gila ke?
Atau ada orang gila hack aku???
Hahaha.

Dah lama tak update. So hari ni nak bukak cerita pasal KEGILAAN. Semua orang ada kegilaan masing2 kan. Salah salah anggap. Aku tak cakap korang gila.
I means semua orang ada kesukaan masing2 kan. Kihkih.

Ok nak cerita sikit kegilaan aku. Benda ni biasa je. Semua orang ada kegilaan spesis dengan aku.
Novel.
Buku.
Ok cukup.
Dah bagi banyak maksud dan imaginasi dekat korang kan.

Aku suka membaca. Tak kisah jenis buku yang penting tak bosan. Even buku ilmiah pun aku ada jugaklah baca walaupun tak ikhlas. Baca jugak tapi jarang. Kalau ada fakta menarik yang aku minat baru baca.
Kadang benda yang bosan macam sejarah pun aku baca. Sebab ada fakta menarik. Ada benda yang aku rasa nak tahu dan boleh dapat informasi.


Banyak lagi sebenarnya. tapi ni koleksi kesayangan sebab
aku minat Ramlee Awang Murshid. Dah boleh bukak kedai novel. haha


Satu lagi kegilaan.
Menulis.
Ya aku suka menulis.
Sebab tu aku buat blog walaupun blog ni macam berkurun je tak di update. Haha.
Banyak benda dalam kepala. Banyak benda nak bercerita. Tapi aku suka tulis panjang2 dalam Word.
Kalau rasa nak simpan, aku simpan.
Kalau tak, hai hai bye bye.

Aku menulis bila rasa happy, sedih dan lain2 perasaan. Biasa dalam bentuk watak atau dialog.
Watak dilahirkan ikut emosi aku.
So orang boleh fahamlah emosi aku tengah rasa apa masa tu.
Haha.

Seronok menulis ni. Sebab kau boleh luahkan macam2. Cuma jaga bahasa. Jangan keluar bahasa kasar. Biar berkias dalam menulis. Mungkin sebab aku orang sastera, lebih banyak berkias bila nak menulis sesuatu. Orang sastera bukan orang linguistik yang lebih tekankan tatabahasa. Jadi penulisan aku pun kalau korang perasan bukan formal pun.
Kalau rasa ada minat menulis, teruskan. Asah jangan bagi tumpul. Sebab kita menjana otak untuk berfikir. Bagus untuk elak daripada cepat nyanyuk.hahaha

Oklah..tu je nak cerita. Lain kali aku update lagi.
Daaa...hehehe

Friday, May 09, 2014

23 Hanya Sekadar Angka...

Assalamualaikum dan hai!

Hari ni pagi yang indah.
Bangun tidur celik mata tengok..
Eh matahari memancarkan sinarannya yang indah!
Hahaha.

Tiba2 mood pagi2 nak feeling2 dengan matahari pulak.
Emm...pelik2...
Anyway hari ni birthday aku!
Selamat Hari jadi Kaka!
Hehehe.

Semalam....
tengah sibuk buat assignment beramai2 dekat Sanggar 12 (ala2 dewan terbuka), diorang nyanyikan lagu Happy Birthday To You..
Ok sangat terharu!
Thankz untuk Awin, Zida, Amy, Vala, Aina, Syira, Dora, Mala dan Kak Ema sebab nyanyi ramai.
Walaupun aku tau ni mesti keje Awin kantoikan birthday aku. Hahaha.
Saje je cerita sebab nak letak nama korang.
luv you all!

Dan tiba2 tak lama lepas tu terdengar bunyi pelik.
Apalagi............
Semua serentak bangun pakat angkat beg masing dan balik r.hahahaha

Dalam kegembiraan sebenarnya ada terselit sesuatu.
Kecewa..
Sangat2 kecewa. Tapi aku cuba jugak buat macam biasa.
Seakan dilupakan...
Seakan dipinggirkan...
Takpela...
Kadang2 Allah beri satu kesedihan untuk menggantikan dengan sejuta kegembiraan.
Aku tau aku kuat!
So nikmatilah sejuta kegembiraan yang mampu melawan satu kesedihan.
Hahaha.

Dan seperti yang dijangka..
Orang yang tak pernah sekalipun lupa birthday aku.
Sentiasa mengintai dari jauh.
Terima kasih sebab wish semalam. :)

Yang terakhir nak tujukan untuk makcik Sharifah yang sedang sibuk menjahit dirumah..
Walaupun tau mama takkan baca blog ni, tapi tetap nak cakap gak.
Terima kasih sebab susah payah lahirkan org 23 tahun yang lepas..
Terima kasih sebab masak sedap2 untuk org..
Terima kasih sebab basuhkan baju org..
Terima kasih sebab doakan org dari jauh..
Terima kasih kerana masih menyayangi walaupun org pernah menghancurkan hati mama...
:'(

Sebenarnya ada nada2 rindu terperuk dalam hati.
Tapi mungkin aku terlalu ego untuk mengaku.
Terlalu kebal untuk meluahkan.
Dalam setiap saat sebenarnya tak pernah aku lupa.
Dalam hati tak pernah terlepas untuk berdoa tentang kalian.

Ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas pada hari ini..
peliharalah mereka2 yang aku sayang sepertimana Kau menjaga dan memelihara diriku dari sebarang kecelakaan..
Keluarga dan sahabat..
mereka separuh dari jiwaku...







Friday, April 11, 2014

Nazi Tatabahasa ke Grammar Nazi?

Salam.
Hello dan hai!
Kita berjumpa lagi dalam blog ni. Hehehe.

Dah lama sebenarnya curious nak tahu. Hari-hari asyik dengar perkataan GRAMMAR NAZI. Selalu sangat tertanya-tanya. Apo bondo tu? Heh. Maklumlah..English aku tak power. So banyaklah perkataan yang tak berapa nak tahu sangat.
Nak dijadikan cerita aku pun mintak tolong Encik Google.
Rupanya................

Grammar Nazi is someone who believes it's their duty to attempt to correct any grammar or spelling mistakes they observe.

Faham tak? Haha. Maksud dia lebih kurang golongan yang secara automatiknya akan membetulkan kesalahan tatabahasa, dengan niat untuk MENEGUR atau MEMALUKAN.
Ok sekarang aku dah faham. Tapi biasa teguran ni jadi bahan lawak atau gurauan. Alaaa....kadang2 member2 aku pun sama gak jadi NAZI.Hahaha.


Orang asyik bercerita pasal grammar nazi. Dahtu, sape nak jadi TATABAHASA NAZI?
Erk! Ada ke tatabahasa nazi dalam bahasa Melayu? Nak kena pelangkung dengan cikgu Bahasa Melayu aku ni. Hehehe.

Sebenarnya banyak je kesalahan ayat yang selalu kita gunakan dalam bahasa Melayu. Paling mudah nak tengok, kita selalu terkeliru dengan penggunaan PALING dan TER.

Aku bagi satu contoh ayat...
Dia PALING TERcantik dalam sekolah.

Pelik tak? Sedangkan sebenarnya 'paling' dan 'ter' membawa maksud yang sama iaitu menggambarkan yang terbaik.

Ok kita betulkan semula ayat.
Dia Paling cantik dalam sekolah.
Dia Tercantik dalam sekolah.

Ha lagi satu pulak penggunaan DI. Seriously aku cakap bukan korang je terkeliru, aku yang budak bahasa ni pun kadang2 terkeliru.Hahaha.

Aku bagi contoh ayat.
Aku Disini engkau Disana.
Buku Di ambil dari atas meja.

Ni pun pelik jugak. Perkataan 'di' yang digunakan untuk kedudukan mestilah dijarakkan. Selain daripada tu, seperti menunjukkan kata kerja atau kata sifat perlu didekatkan.

Kita betulkan semula ok.
Aku di sini engkau di sana.
Buku diambil dari atas meja.

Sekian sahaja kelas tatabahasa kita untuk hari ini. Daaaa..... ^__^