Sunday, January 20, 2013

Rokok Elektronik...Suda Tukar Ka?

Korang penah dengar tak pasal ROKOK ELEKTRONIK?Penah??Tak penah??
Aku baru je tau pasal bendalah ni.Tu pun secara tak sengaja mase tengah tengok berita kat tv.Telinga dengar apa yang pemberita tu cakap,tapi mata dok fokus kat bahagian bawah yang cam iklan bergerak tu.
Entah camne aku leh terpandang plak pasal rokok elektronik ni.Aku pn bercot cet dengan pakcik google.Cari punya cari barula aku tau ape benda sebenarnya rokok elektronik ni.


Rokok elektronik ni merupakan rokok yang dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada perokok2 tegar.Selamat ke?Dah namenye pun elektronik kan..kang buatnye terbakar ke rentung ke tak ke haru.Hikhik.




Rokok elektronik ni juga boleh menjimatkan duit si perokok tegar ni.Yeke?Entah ek..Sebab aku tak penah cuba pun bendalah ni.
Rokok elektronik ni mengandungi cecair yang ade macam2 perisa buah dan menggunakan bateri untuk bakar cairan tersebut.(perisa durian tak de ye)




Sebenarnya satu penyelidikan terbaru menunjukkan rokok elektronik ni boleh merosakkan paru2.Bukan rokok biase je boleh.Walaupun nampak moden,guna cecair dan bateri,tapi rokok ni menyebabkan si pengguna kekurangan oksigen yang diserap oleh darah.Tapi ade jugak yang mengatakan rokok ni tak berbahaya.Mane satu ni? (-_-')
Rokok elektronik turut membebaskan nikotin.Maknanye cecair perisa buah ni ade nikotin la ye...




Kira2 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik ni.Erk! Ramai rupenye...Kebanyakan alat ni diimport dari China.Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri,atomizer dan katrij niotin.Apabila pengguna menyedut rokok elektronik,cip elektronik akan mengesan pengaliran udara didalamnye.Kemudian microprosessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.Hasilnya,pengguna akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
Rokok ini mengeluarkan asap yang sama seperti rokok biasa tapi tak mengandungi karbaon monoksida dan tidak berbau.

Rokok elektronik juga mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi seperti nikotin pelarut,propilen glikol,dietilen glikol dan gliseren.Kandungan yagn dicairkan ini akan menyebabkan terjadinya kanser.Namun sejauh mana bahaya atau tidak rokok elektronik ni terhadap kesihatan masih menjadi perbahasan.
Yang pasti,rokok ni tak keluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tak menyebabkan orang lain menerima kesan buruk yang sama seperti perokok elektronik.








No comments:

Post a Comment