Monday, December 23, 2013

MAAFKAN AKU FULL DRAMA



Hope korang enjoy persembahan amatur daripada kami INDERA ARTISTIK PRODUCTION...
Cerita ini tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Segala jalan cerita adalah asli dan tiada penciplakan daripada mana-mana terbitan.
Video ini di bawah bimbingan Dr. Arbaie Sujud dan dihasilkan oleh pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu UPM.

Enjoy it... ^___^

Drama . Kami . Indera Artistik Production

Minggu ni dah start STUDY WEEK!!!
Ni la masa untuk berjimba2 study habis-habisan sebelum final exam.
Seminggu je lagi...SYERAMMM!!!!

Nak cite sikit pasal assignment konon2 paling gempak semester ni.
Err..gempak ke? -___-
Boleh la kot sebab aku dah siap upload dalam youtube bagai.
Retisss kau! hahaha

Ok semester ni aku amik subjek BBK3309 Drama Melayu dengan Dr. Arbaie Sujud. Sangat-sangat best sebab kitorang dapat tugasan berkumpulan untuk berlakon.
Aliran drama kitorang dapat adalah aliran realisme, so senang sikit keje. Tak payah nak pikir cerita yang susah-susah.

Pada mulanya keje aku sebagai tukang rakam video merangkap tukang edit video. Kiranya keje belakang tabir la ni. Tapi boleh pulak member-member aku memang dengki sengaja letakkan setiap orang ada watak masing-masing. Ahli kumpulan aku ada 10 orang dan setiap 10 orang ni muka masing-masing wajib kena masuk dalam video. Patut ke tak? -____-

Nak dipendekkan cerita,ni la aktiviti kami yang aku nak share kat korang. Sambil-sambil tu bolehlah tengok keindahan UPM yang rasanya semester ni baru aku jejak tempat-tempat tu. Hehehe.
Video tu nantilah aku upload k...daaaa ^___^


para pelakon








bos besar belanja makan aiskrim.hehehe

Sunday, November 03, 2013

Aku Yang Sekarang Macam Dulu Ke?

Sape cakap aku takde perasaan?
Gila ke ap?
Hahahaha

Aku ni manusia..bukan alien versi manusia yang takde perasaan.
Nampak je buat tak kisah tapi aku ambil kisah.
Walaupun aku selalu suka cakap "ade aku kisah?"
Hahaha.

Tipulah...bohonglah..
Kalau suatu masa dulu aku takde perasaan.
Ada..walaupun sikit..
Tapi tetap ada.

Lebih-lebih lagi bila kau ambil berat segala bagai.
Ibarat pelindung,penjaga hati.
Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.
Tapi kau tetap ada tempat dalam hati.

Tapi semua tu dah berlalu.
Aku tak nak..tak sanggup nak main teka teki.
Macam dulu..
Takut jadi hiburan semata.
Langkah terbaik..
Aku angkat kaki teruskan perjalanan.
Sebab kau mampu buaikan hati aku dengan kata-kata kau
Dalam masa yang sama mampu musnahkannya sekelip mata.

Aku tak nak hidup dalam teka teki.
Cukuplah sekali..
Yang aku nak hanya kepastian.
Bukan setakat mainan kata yang boleh buat aku rebah.
Sakit..
Lebih-lebih lagi bila aku tak mampu nak berkata-kata
Bila perasaan cemburu datang
Aku hanya mampu terus ketawa

Kali ini kau datang lagi
Selepas aku dah kuburkan semua perkara tu
Betul..
"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang"
Aku tak nak tersadung lagi
Jalannya..letakkan tembok setinggi-tingginya
Macam penghadang jalan tapi lagi tinggi
Biar tak terjejas biar tak sakit
Lagipun aku dah ada DIA

DIA yang setia walaupun kadang-kadang gatal jugak aku tengok
DIA yang suka cari gaduh walaupun selalu kalah dengan aku
DIA yang selalu nasihat aku walaupun kadang-kadang perangai lebih kurang aku
DIA yang cuba jaga hati aku walaupun kadang-kadang menyakitkan hati
DIA yang cuba jadi dewasa walaupun kadang-kadang macam budak-budak
DIA yang berlagak macho walaupun sebenarnya gedik
DIA yang selalu temankan aku tidur walaupun tiap kali mesej dia yang tidur dulu
DIA yang selalu layankan mulut kepoh aku walaupun kadang-kadang aku yang sebenarnya layan kepoh dia
DIA yang sabar layan perangai ntah pape aku walaupun sebenarnya dah hilang sabar
DIA yang.........

Kalau nak bercerita pasal DIA memang banyak. Bukan sebab DIA perfect tapi sebab DIA menerima seadanya. Dan disebabkan DIA aku cuba belajar jadi seorang yang setia walaupun aku gila-gila.

DIA yang membantu aku melupakan seseorang yang pernah ada dalam hati suatu ketika dahulu.
Yang pasti aku sedang membina bahagia dengan DIA.

p/s : tengah buat skrip untuk esaimen drama..
imagine watak feeling2 ni...hahahaha



Friday, October 18, 2013

Gadis Seperti Aku

Memang takkan ada gadis seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang takkan ada gadis sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

 Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang takkan ada gadis seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang takkan ada gadis secomel aku
Tapi yang lebih comel banyak

Maka tak perlu pujuk rayu itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku tuk jadi pacarmu

Oh baby baby jangan kau marah
Sebab ku tolak
Ku tahu kamu kaya dan baik budi bahasa
Ku yakin pasti ada gadis yang akan suka

Oh baby baby jangan kau dendam
Sebab ku enggan
Bercinta aku mahu tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu kekasih yang menunggu

Ceritanya aku mahu belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak bisa mendua

Thursday, October 17, 2013

Saya Dah Jumpa..Yeahhh!!!

Semua orang mesti ada masalah rambut kan especially perempuan termasuklah aku..T_T
Rambut aku tak pernah pun buat macam-macam style. Sebab aku lagi suka rambut ori ikal mayang aku ni.
Dan lagi satu aku ni jenis bertudung. Memang malas nak menjaga rambut.

Tapi lately ni aku rasa rambut yang dulu kengkonon tebal..jadi NIPIS!
Omaigod!!

Hari tu saje blogwalking dan terjumpa pasal ni...

 Setiap hari rambut kita memang akan gugur cuma yang normal less than 100 helai tapi kalau dah terlebih tu alamat nak botak la. T_T
Aku pun tryla beli walaupun tak confident sangat sebenarnya. Sebab sebelum ni dah bermacam shampoo aku try tapi sama jugak keadaannya. So aku menggagahkan diri untuk guna jugak produk Dove ni.

Hasilnya....

Yeahhh!!
Rambut kurang gugur dalam hanya 2 minggu. Tagline Dove Hairfall Recsue pun memang tulis "hasil ketara dalam masa 2 minggu".. Dan memang terbukti berkesan!
Aku perasan sebab tiap kali mandi just 3,4 helai je. Tak macam selalu lebih kurang 50 helai kot sekali gugur. T_T
Yang bestnyee tiap kali lepas shampoo rambut korang akan berbau harum dan segar. Aku pun jadi confident bila nak kibas-kibas rambut kat muka orang. Bau dia memang tahan lama dan sesuai untuk wanita perempuan bertudung macam aku.Takdelah bau tengik semacam. Hahaha.
Tak percaya? Cubalah sendiri. Aku dah guna dekat sebulan lebih.
Thanks to Namee Roslan sebab dia buat entry pasal tips ni. Hehe.


Ni botol ke 2. Yang botol pertama tu aku beli kecik sebab nak try dulu.

Aku guna shampoo dan conditioner rambut. Memang best. Yang botol lagi satu tu serum rambut. Korang boleh beli kat kedai saloon. Aku lagi suka guna serum sebab tak berminyak compare guna minyak johnson baby. Rambut pun bau wangi dan lembut je.

Read with a smile..^__^







Bila Lelaki Cepat Terperasan...

Kita selalu dengar orang cakap
" jangan layan perempuan lebih-lebih. nanti dia cepat perasan dan jatuh cinta"
Ok aku setuju dengan statement ni. Tapi macam mana pulak dengan lelaki? Adakah mereka juga mudah jatuh cinta?
Jawapannya adalah YA!!
Hahaha.

Chill r. Mereka pun sama seperti kita yang perempuan ni. Lelaki pun ada perasaan walaupun kadang-kadang macam takde perasaan. Cuma mereka ni kadang-kadang tak tunjuk sifat perasan tu. Haruslah!! Kemachoan itu perlu dijaga hokayy!! Hahaha.

Cerita ni kisah benar daripada kisah peribadi aku.
Just want to share.
So orang tak anggap selalu perempuan je cepat perasan. kihkih.

Al-kisah bermula..masa tu aku baru habis form6. Umur baru 20 tahun. Kengkonon ceritanya sambil-sambil tunggu result STPM tu, aku buatlah part time dekat sebuah kedai yang dirahsiakan nama dan lokasinya. Biasalah budak baru abis belajar mestilah nak cari duit topupkan.
Selang 2,3 kedai dari kedai tempat aku keje tu ade sebuah kedai serbaneka. Nak dipendekkan cerita, selalu jugak aku pegi sana sebab nak beli air or biskut. Maka bermulalah perkenalan aku dengan sorang budak lelaki (bawah umur aku setahun). Rajin gaklah aku melayan dia berbual sampailah aku berhenti keje dan jadi minah kilang. Gamaknye saje nak cari duit lebih sementara nak masuk U.

Pastu kitorang lost contact jap sebab aku buzy dengan keje. Then tak lama lepas tu aku masuk UPM. Dia ada gak contact aku tapi aku jarang balas mesej dia. Dah lama sangat kitorang lost contact smapailah aku beli handphone baru yang canggih dan install wechat.

Maka bermulalah detik tegur-menegur sebab no telefon dia aku tak delete pun. Lepas dah bape lame tu, aku tengok budak ni lain macam je. Ayat pun nak tacing-tacing dengan aku yang takde perasaan ni. Hahaha.
Sampailah tetiba dia cakap..
"saya nak gtau satu benda. awaklah orang pertama yang saya sayang."

Aku pulak jawab..
"Erk!!" terkedu jap.
Pehal la pulak budak ni.

Hahaha. Aku anggap dia tu macam adik-adik aku je walaupun aku takde adik. Patutla dia marah bila aku cakap dia tu pangkat adik-adik je. Now aku nak cakap..tak kiralah lelaki ke perempuan,layanlah mereka dengan berpada-pada. Jangan sesekali membuai perasaan sebab sakitnya dikecewakan rasa macam hati kena shoot dengan pistol. Pernah rasa tak? Kalau tak pernah tryla buat. Hahaha




p/s : patutlah bf aku marah kalau aku layan lelaki baik sangat...hikhik

Friday, September 27, 2013

Hati Macam Fragile

Tak pernah aku membayangkannya
Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

Siang hari ku bagaikan malam
Pelangai pun berwarnakan kelam
Inikah yang dinamakan patah hati

Tak ingin ku jalani cinta yang sebegini
Yang ku tahu cinta itu indah

Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku

Jari jemari menari di atas papan kekunci sambil diperhatikan oleh bibir yang terdiam membisu..



p/s : duduk diam2 sambil tengok bulan..eh ade bulan ke malam ni? -___-


Monday, September 02, 2013

Kawan Itu Macam...

Kawan itu macam main FUTSAL,
Mula-mula kejar,dah dapat sepak.

Kawan itu bukan macam main SKATE,
Mula-mula gosok,lepas tu pijak.

Kawan itu bukan macam main RAGBI,
Mula-mula tangkap,dah dapat tendang.

Kawan itu bukan macam PAMPERS,
Dah pakai,buang.

Kawan itu bukan macam BARANG KEMAS,
Waktu baru beli pakai,dah sengkek gadai.

Kawan itu bukan macam PELANGI,
Hari cerah takde,hujan gerimis baru muncul.

Kawan itu bukan macam KERETA,
Rosak sikit jual,ambil kereta baru.

Kawan itu bukan macam CHIPSMORE,
Sekejap ada,sekejap takde.

Kawan itu bukan macam BANK,
Bila takde duit,pergi cucuk sana.

Kawan itu macam apa ek?
Haa kawan itu macam AWAKLA...^_^







Kalaulah Diberi Pilihan...

Kita selalu dengar orang berkata..
"kalaulah diberi pilihan..aku nak kembali ke zaman kanak-kanak"
"kalaulah diberi pilihan..aku nak awek lame dulu."
"kalaulah diberi pilihan..aku nak kereta ferarri."

Tapi kalau tanya kat aku pulak,aku jawab,
"kalau diberi pilihan aku nak hp SONY XPERIA E."
Hahaha.

Sebenarnya kita tak pernah sedar,kadang-kadang pilihan yang ada depan mata tu adalah yang terbaik.
Pilihan yang kita dapat tu boleh membahagiakan walaupun orang akan cakap dengan nada terpaksa,
"Apa pilihan lagi yang aku ada?"

Contohnya macam aku sekarang menggunakan hp Nokia 7610 yang dah hampir nazak.Apa lagi pilihan yang aku ada?Hanya mampu menggunakan khidmat Nokia 7610 walaupun kalau diberi pilihan aku nak Sony Xperia E.

Macam tula manusia.Kita selalu tak bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita selalu memandang kelebihan yang orang lain ada,sampai kita lupa tentang kelebihan yang orang lain takde.Walaupun Nokia 7610 aku ni dah nazak,tak macam hp orang lain,tapi kelebihan yang dia ada adalah kalau jatuh terhempas tu still elok lagi (sebab dah banyak kali buat testimoni)hikhik.Compare dengan hp orang lain yang mahal-mahal tu,kalau jatuh sikit terus nazak.

Manusia ni memang tak penah puas dengan apa yang mereka ada.Sekali dah ditarik balik nikmat tu,baru nak menangis.Macam akulah tak penah puas ati dengan hp Nokia ni.Last-last hp ni merajuk asyik hang je.(tapi aku tak nangis hokey).



p/s : cite sebenar yang aku nak sampaikan kat sini adalah aku nak tukar HANDPHONE. -___-
tapi ada maksud mendalam yang aku nak sampaikan..
Happy reading...^_^



Tuesday, March 26, 2013

Perempuan Bahasa Pelik,Lelaki Dengar Pelik

Wow!! Dah lame aku tak update blog. Buzzz mengalahkan wakil rakyat.Minggu ni pulak minggu test bersamaan dengan minggu stress. Huwaaaa!!!
Ok tadi aku ada baca orang share kat fb.
Pasal BAHASA PELIK PEREMPUAN...apakah?

Pernah tak gf @isteri korang tetibe cakap bahasa pelik yang korang tak paham?Bukan bahasa orang marikh tau.Tapi bahasa yang pusing2 dan tak terus terang.



Contohnye dalam situasi si suami tengah minum air cool blog,yang si isteri pulak tengah makan aiskrim magnum.Si isteri pun bertanyalah dekat suaminya tu.."Sedap tak air cool blog tu sayang?" Dan si suami pulak dengan muka selamba cakap "Sedap sangat darling" tanpa menyedari si isteri menelan air liur melihat suami minum air cool blog tu dengan wajah penuh kenikmatan dengan harapan suaminya akan cakap "Sedap ni darling..cubalah rasa"
Ha! Perasan tak si isteri tu cuba nak sampaikan maksud "Sayang nampak macam sedap je air cool blog tu,nak rasa sikit".Tapi sebab malu,perempuan lebih suka cakap dengan bahasa yang berpusing2.Si suami pulak tak paham dan mengandaikan pertanyaan tersebut ahnya sebagai pertanyaan biasa.

Ada kajian yang mengatakan kebiasaan wanita,apabila mereka berkomunikasi mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus.Mereke menggunakan bahasa berlapik dan maksud terbalik dan berpusing2.
Laporan ScienceDaily (Jan.21, 2005) berjudul "Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter" yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan "kominukasi-bahasa-tidak-terus".

Kita boleh tahu bahasa tidak terus ni apabila.....

1. Bila si bf pujuk si gf ajak teman pegi stadium bola dan gf jawab "tengoklah".jawapan macam tu ada kemungkinan besar si gf memang tak nak ikut pun.
2. Bila si suami nak romantik honeymoon kat tepi pantai tapi si isteri nak honeymoon dengan aktiviti panjat gunung (ade ke?).Bila dah penat bertelagah pendapat si isteri pun jawab "sayang tak kisah".Jawapan tu menunjukkan tanda2 si isteri kecewa dan tetap nak panjat gunung jugak.
3. Bila si gf bertanya "awak bz tak hari ni?" dan si bf pun jawab "ari ni saya pegi jamming".Sebenarnya si gf tu tanya sebab nak ajak si bf teman die carikan hadiah untuk perkahwinan member diorang.

Orang lelaki tak paham sebab selalunya bahasa diorang ni terus atau straight to the point.Tak payah nak konar sana konar sini.Tapi kadang2 perlu jugak paham bila perempuan mula berbahasa pelik,teliti balik ayat yang cuba disampaikan.

Happy Reading.

^__^

Wednesday, February 27, 2013

Perempuan Macho vs Lelaki Jelita Bab 1


Gadis berjaket itu kelihatan tergesa-gesa seperti mengejar sesuatu.Adakalanya dia berlari-lari sambil melihat jam di tangan.Sesekali dia membetulkan topi yang senget di kepalanya.
“Adoi..matilah aku ! Dah lambat sangat ni.Mesti budak-budak tu dah lama tunggu aku.”
Gadis itu berlari sehingga tiba di hadapan sebuah pintu.Dia terus menerjah masuk.
Dommm!
“Opocot mak kau meletup! Woi apa ni?Kau main terjah je masuk sini.Dahla datang lambat.Tak reti nak bagi salam ke?Kang tak pasal-pasal aku gol nanti baru kau tahu.Aku ni bujang trang tang tang lagi tau.” Marah Izdiyad.
“Hehe..Sorryla pakcik.Aku bangun lambat la tadi.Jangan marah ok.Tak macho la muka kau.”
“Sorry sorry naik lori la.And one more thing,my name is Izy.Not pakcik.Muka hensem-hensem macam ni suka hati pankreas kau je nak panggil aku pakcik kan.” Izdiyat berangin mendengar panggilan tersebut.
“Woi korang! Cepatlah.Bila nak mulanya ni?Perut aku dah berdondang sayang ni.”
 Rania mula kurang sabar mendengar perbalahan mereka.Perutnya sudah  berkeroncong kelaparan.Dia tidak sempat bersarapan kerana kesuntukan masa dan takut dimarahi oleh rakan-rakan yang lain.Wafi hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan mereka bertiga.
“Ok beb.Shall we start now?Let’s do it.1,2,3,4”
Gitar berbunyi diikuti ketukan drum.Gemersik suara gadis itu pun kedengaran.
At first I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
Without you by my side
But then I spent so many nights
Thinking how you did me wrong
And I grew strong
And I learned how to get along
And so you're back
From outer space
I just walked in to find you here
With that sad look upon your face
I should have changed that stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
You'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
Just turn around now
‘Cause you're not welcome anymore
Weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
Did you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
Oh as long as i know how to love
I know I'll stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
And I'll survive
I will survive (hey hey)

AD rancak menyanyikan lagu “I Will Survive” nyanyian Gloria Gaynor.Dia bersama rakan-rakannya gemar berjamming pada waktu lapang.Mereka turut menubuhkan band sendiri yang diberi nama “Fiksyen Akustik”.Nama itu diberi sendiri oleh AD dan Izdiyat kerana nama tersebut dianggap unik.Fiksyen bermaksud cerita iaitu menggambarkan lagu-lagu yang dinyanyikan diinspirasikan daripada sebuah cerita kehidupan manakala Akustik pula memberi maksud bunyi-bunyian.Ops! Lupa nak perkenalkan siapa AD.Nama sebenar AD ialah Adelia Rania Hisyam dan merupakan vokalis serta gitaris..Dah macam nama penyanyi lagu “I Set Fire To The Rain” Adele pun ada.Kawan baik perempuan AD pula bernama Rania Husna.Rania bermain bass.Secara kebetulan nama mereka sama menyebabkan mereka berdua menjadi kawan baik.Tambahan pula wajah mereka seiras menyebabkan mereka bertambah rapat.Lagi dua orang kawan baik band AD ialah Izdiyat atau nama glamornya Izy merupakan gitaris utama band mereka dan Wafi pula merupakan drummer..Mereka berempat memang tak boleh berpisah
 “AD! Kau ni nak makan ke tak nak?Aku ni dah macam mangsa kebuluran,kau sempat lagi berangan.Kau berangan nak kahwin ye?Haha.”
Rania mula menyakat AD.Dia tahu AD cukup pantang apabila dikaitkan dengan perkahwinan.AD yang sedang membelek gitar ditangan tersentak apabila disergah begitu.
“Kau ni kalau satu hari tak cakap pasal makan tak boleh agaknya.Asyik makan makan makan.Badan tak gemuk jugak.Kering macam papan lapis.Dahla pagi tadi tak kejut aku,sampai terlambat nak datang studio.Ha lagi satu bukan aku yang gatal nak kahwin,kau tu yang miang sangat.Hari-hari belek baju kat butik pengantin mama.Huh!”
“Ele aku belek sebab cantik.Kau tu takde perasaan ke tengok kehalusan seni tangan mama?Kan cantik baju-baju kat butik tu.Buta seni betul.Puas dah aku gegar bilik kau tu,tapi tak bangun-bangun jugak.Telinga badak betul.”
AD mencebik.
“Yeke kau ada kejut?Sorryla aku tak dengar.Aku pakai walkman la masa tido.Ala masalahnya kau tu bukan tengok kehalusan seni tangan mama.Kau tu dok berangan bersanding dengan prince charming kau yang tak berapa nak charming sangat tu.Lagipun mama tu Cuma designer ok,bukan tukang jahit baju.Kau jangan nak merepekla.”
AD ketawa mengekek apabila teringat wajah kekasih Rania yang dikatakan seiras pelakon korea Lee Dong Wook.Rania cakap pelakon cerita My Girl.Pengaruh cerita korea la ni.Uiks! Sapa tu?Bukan aku kenal pun.AD masih ketawa.
“Hei kau jangan nak kutuk-kutuk pakwe aku tau.Sekurang-kurangnya dia ada gaya mutu keunggulan.” Rania mengerutkan dahi.Erk! Apa aku ni tiba-tiba promote iklan rokok Dunhill.Pakwe aku tak hisap rokok pun.
“Oi setakat guna iklan rokok nampak macam macho tapi rupanya cantik tak guna jugak.Lagipun taste aku lelaki melayu tulen.Barulah nampak macho.Bukan memanjang asyik nak jaga style.” AD membidas.
Rania pening.Bahasa apa pulak si AD pakai ni.Dah macho lepas tu cantik pulak.Inilah salah seorang contoh yang bakal merosakan bahasa.Adik-adik yang di luar sana jangan ikut contoh yang tak baik ni ye.
“Apa kau cakap ni AD?Bila masa pulak pakwe aku tu cantik.Kalau aku ni memang yela terbukti kecantikkannya sejak azali lagi.” Rania ketawa.
AD menjelir lidah.Perempuan ni kalau satu hari tak membangga diri tak sah agaknya.Tahulah dia tu cantik ada iras-iras Juhi Chawla.Tapi aku pun apa kurangnya.Ramai cakap muka aku comel macam Preity Zinta.Bukan aku yang cakap.Orang yang cakap.AD tersengih sendiri.
“Ha tu apasal sengih sorang-sorang?Kena sampuk ke?” Rania menyergah.
AD terkejut dan tersipu-sipu malu.
“Tak payah nak membangga diri sangatlah.Cantik pun mati masuk kubur.Pakai kain kapan warna putih jugak.Orang tak pakaikan kau dengan baju ada labuci segala.” Riak muka AD selamba.
Rania tersentak.Astagfirullahalazim! Mintak dijauhkan aku daripada sifat bongkak dan membangga diri.Insaf sekejap minah ni.Sekejap je tu.Percayalah cakap aku!
Rania merupakan anak angkat keluarga AD kerana keluarga Rania telah meninggal selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Hanya Rania yang masih hidup dan merupakan anak tunggal.Rania merupakan sepupu kepada AD.AD juga anak tunggal.Disebabkan hal itu,dia dan Rania sangat rapat seperti adik beradik.AD menganggap Rania seperti adik kandungnya sendiri wahlal jarak umur mereka hanya 2 bulan.Wafi hanya memandang mereka sambil menggelengkan kepala.Antara mereka berempat,Wafi paling pendiam.Namun dia tetap menjadi menjadi pujaan hati ramai jelitawan kerana mempunyai pakej lengkap seorang lelaki macho dan anak orang kaya.
“Dahla tu,kalau asyik nak bergaduh je sampai bila-bila pun kita tak makan.Jomla makan.Aku pun dah lapar gila ni.Takde tenaga dah.Kang aku pengsan korang nak angkat aku ke?” Izdiyat cuba meleraikan keadaan.
“Huh! Badan kau tu macam tong drum,ada hati nak suruh kitorang angkat.Jom Rania.Jangan layan mamat tu.Makan lagi bagus.” Serentak AD terus menyambar topi di atas meja dan menarik Rania keluar dari bilik jamming.
Izdiyat tercengang melihat telatah mereka berdua manakala Wafi tersenyum nipis.Gaduh-gaduh manja la konon !

p/s : aku takde idea nak update blog,so aku hanya menaip apa yang ada dalam kepala.saje2 buat hilang boring.hehehe
Happy reading....^__^

Saturday, February 16, 2013

Rahsia Kulit Udang

Semalam mak aku masak udang sambal petai.Fuhhhh memang terbaekkk dari ladang.Aku pun makan dengan lahap sopannya.Bak kata bapak aku,kalau mak mentua lalu belakang pun tak nampak.
Err...pa, memang la tak nampak.Mata kan kat depan bukan kat belakang.
Ok la ni makan sedap...sebelum aku balik ke UPM tercinta.



Aku ni ada satu habit.Biasa orang makan udang buang kulit kan..Tapi aku pulak tak buang kulit sebab malas aku rasa udang makin sedap bila makan dengan kulit.Hohoho.

Kalau nak tahu,sebenarnya kulit udang ni ada khasiat tersendiri.Kulit udang mengandungi satu bahan yang dinamakan chitosan yang boleh membantu kita kurangkan berat badan dan membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan. ( patotla aku kurus sekeping je)
Tak percaya? Ha research ni telah dijalankan oleh Dr. Hossain dan rakan-rakannya daripada sebuah universiti di Bangladesh mengenai kulit udang.
Selain itu,kulit udang ni sebenarnya pemanis.Compare udang yang dibuang kulit dengan yang tak dibuang kulit,udang yang masak dengan kulit lagi manis.
Kalau tak percaya,try la masak.hehehe


Friday, February 15, 2013

Fakta atau Auta..Santan Baik Untuk Kesihatan?

Macam tak percaya je bila aku baca artikel ni.Selalu kita dengar santan tak baik untuk kesihatan sebab mengandungi kolesterol yang tinggi.
Biasanya santan komersial (yang dalam pek selalu jual kat kedai) telah diperbaharui nilai nutrisi seperti tanpa kolesterol dan sebagainya.Santan ni jadi pilihan bagi mereka yang menjaga kesihatan.



Tahukah anda (cewahhh ayat..) sebenarnya dalam santan mengandungi sejenis khasiat.Khasiat apa?
Asid lemak dalam santan merupakan asid laurik iaitu sejenis lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu.
Lemak dalam asid ni membantu perkembangan otak dan menguatkan tulang.Lemak dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA).

MCFA merupakan asid lemak yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan sistem imunisasi dalam badan. (sama macam lemak dalam susu ibu)
Santan juga membekalkan nutrisi yang sangat baik untuk mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. ( Erk! makan santan tak gemuk ke? )




Sebabnya MCFA cepat diasimilasi dalam badan.Santan mampu untuk membaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin,mineral dan asid amino.Selain itu ia dapat memperbaiki penyerapan kalsium dan magnesium serta menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Isu santan tak bagus kepada kesihatan sebenarnya bergantung kepada kuantiti yang diambil.Bagi yang nak menjaga kesihatan,jangan ambil santan secara berlebihan sebab santan merupakan lemak tepu dan kalau terlebih boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

So,setiap makanan  ada khasiat tersendiri cuma terpulang kepada kuantiti dan cara pengambilan makanan oleh setiap  individu.

Thursday, February 14, 2013

Valentine Day..Antara Hukum Dan Kehendak

14 Februari..Selalunya bila tarikh ni disebut mesti akan mengingatkan kita tentang sambutan Valentine Day.
Apa itu Valentine Day?
Valentine Day disebut juga sebagai Hari Menyambut Kekasih dan disambut oleh orang Kristian di seluruh negara pada 14 Februari.
Dan ramailah muda-mudi terikut-ikut menyambut hari yang dikatakan sebagai Hari Menyambut Kekasih atau Hari Memperingat Kekasih.

Statement yang buat aku tergelak.14 Februari je kau ingat kekasih? Habis hari2 lain kau tak ingat? Maknenye setahun sekali la baru kau nak ingat kekasih dan konon2 wish supaya hubungan korang kekal.
Gitu?



Ramai yang tahu asal usul dan pengasas Valentine Day.Tapi ada jugak yang tahu sebab tu still sambut kot.Ok aku nak share sikit macam mana boleh tercipta sambutan Valentine Day ni.

SANTO VALENTINO..siapa dia?
Sejarah Valentine Day mengatakan dia merupakan seorang paderi yang dianggap pelindung orang bercinta.Dia dikenakan hukuman mati kerana melanggar perintah yang dibuat oleh Maharaja Claudius II Gothicus.Maharaja Claudius melarang pemuda-pemuda bujang berkahwin.Dia menganggap tentera yang masih bujang jauh lebih berprestasi berbanding yang sudah berkahwin.Perkara ini ditentang oleh Valentino dan tanpa pengetahuan maharaja,dia telah mengahwinkan pemuda-pemuda tersebut.Valentino telah dihukum pancung di Rom pada 14 Februari 270 M (ada sumber kata 269 M) dan dikebumikan di tepi jalan Flaminia.

Pada tahun 496 M,pihak Vatican yang diketuai oleh Paus Glasisus I telah menjadikan kisah ini sebagai satu perayaan dengan nama St.Valentine's Day sebagai menghormati Santo Valentino.




Valentine Day adalah sebuah upacara keagamaan Romawi yang menyembah Dewa Lupercus (dewa kesuburan,padang rumput dan haiwan ternakan) dan penyembahan Dewa Faunus (dewa alam semesta dan pemberi wahyu) yang diadakan di bukit Falatine.Upacara atau festival tersebut dipimpin dan diawasi oleh suatu badan keagamaan yang disebut Luperci dan para pendetanya digelar Luperci.

Upacara ini dimulakan dengan mengorbankan beberapa ekor kambing dan seekor anjing yang dipimpin oleh para Luperci.Upacara tersebut dilakukan dalam sebuah gua bernama Lupercal.Setelah itu dua orang pemuda akan dibawa ke sebuah altar,kemudian sebuah pisau yang berlumuran darah disentuhkan pada kening mereka dan darah itu diseka dengan kain wool yang telah dicelupkan ke daalm susu.Setelah itu dua orang itu harus tertawa.

Kemudian para Luperci akan memotong kulit kambing yang dikorbankan dan dijadikan cambuk.(kalau ikut kamus cambuk ni sejenis alat sebatan).Kemudian mereka berlari dalam dua kumpulan mengelilingi bukit Falatine dan tembok-tembok kuno di Falatine,mencambuki setiap wanita dalam kumpulan atau yang mereka temui di jalanan.Wanita tersebut menerima cambukan itu dengan senang hati kerana mereka menganggap cambukan itu akan menyebabkan atau mengembalikan kesuburan.

Ada juga versi yang mengatakan Valentine Day disambut bagi meraikan kejatuhan pemerintahan Islam Andalusia di Cordova berkait rapat dengan perana seorang paderi bernama St.Valentino.Dia berperanan sebagai seorang perisik yang bermuka-muka dengan pemimpin Islam dalam masa yang sama menghasut dan membangkitkan semangat kebencian masayarakat Kristian dengan pemerintahan khalifah Islam.

Peranan talam dua muka St.Valentino amat disanjung oleh Rati Isabella dan dengan jasanya itu,St.Valentino dianggap kekasih rakyat.Tanggal 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan menganggap agama Islam adalah zalim.

Ada juga yang berpendapat Hari Valentine disambut apabila St.Valentino menyatkan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Proteston selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol,timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentino adalah seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Proteston,lebih-lebih lagi paderi diharamkan berkahwin.Tindakan St.Valentino untuk berkahwin telah menimbulkan kemurkaan Ratu Isabella,lalu memenjarakan St.Valentino sementara waktu.Ratu menetapkan sendiri 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentino sendiri.

Versi lain pula menyatakan 14 Februari dipilih berdasarkan hari cuti bagi orang Juno,iaitu Ratu kepada dewa-dewi Rom ketika pemerintahan maharaja Rom kuno.Pada hari berikutnya iaitu 15 Februari akan bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom.Pada malam itu nama gadis-gadis Rom akan ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta itu berlangsug dan gadis-gadis itu boleh melakukan hubungan seks dengan jejaka-jejaka tersebut.

Bagi tentera Rom di perbatasan pula,mereka meraikan Pesta Lupercalia ini dengan memilih pasangan sejenis untuk melampiaskan nafsu masing-masing.Malah adakalanya askar-askar yang mabuk ini akan melakukan seks dengan binatang seperti kambing dan anjing yang diikat.

Nauzubillah!

Kadang2 Selalu kita tengok ramai umat Islam ghairah nak sambut.Ada jugak yang terlebih ghirah nak sambut Hari Krismas dan Sambutan Tahun Baru,tapi kalau bab sambutan lain macam Maulidur Rasul,solat terawih,puasa bulan Ramadhan takde plak yang beriya nak sambut.Tak pedulik pun!

Rasulullah s.a.w pernah berpesan :

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

SUMBER : KLIK SINI


Tuesday, February 12, 2013

Simple Giveaway Aisyah Humaira'

First time join contest macam ni...^__^
Jom klik banner kat bawah ni.


Berhati-Hati Dengan Penyambungan Nama

Hari ni nak kongsi pengetahuan baru untuk korang.Actually takdela baru sangat,benda ni dah lama aku tau tapi takde masa nak update.
Mungkin ramai yang tahu,mungkin ramai yang tak tahu,mungkin ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu.
Tapi aku nak jugak bagitahu.

NAMA..sesuatu yang penting supaya orang kenal kita dan kita dapat kenal orang.Setiap manusia ada nama masing2,walaupun nama sama tapi orangnya tetap berbeza.
Sekarang menjadi trend,ramai wanita muslimah yang telah bernikah akan menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya.
Contoh : Aisyah telah bernikah dengan Amiruddin,kemudian memakai nama "Aisyah Amiruddin".

Dalam ajaran Islam,HUKUM PENAMAAN adalah hal yang penting.
Setiap lelaki atau perempuan hanya dibenarkan menambahkan "NAMA AYAHNYA" sahaja dibelakang nama.HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya,walaupun nama tersebut adalah nama suaminya.


Dalam Islam,nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak daripada lelaki tersebut.
Tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) bukan wali band  sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat (kafir)
Contoh : isteri Bill Clinton : Hillary Clinton nama asalnya Hlillary Diane Rodham
isteri Barrack Obama : Michelle Obama nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson

Hadith mengenai perihal nama
Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Barangsiapa yang mengaku sebagai anak selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya,maka baginya laknat Allah,malaikat dan segenap manusia.Pada Hari Kiamat nanti,Allah tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib mahupun yang sunnah"
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Sumber : Klik Sini

Monday, February 11, 2013

10 Perlakuan Yang Merosakkan Otak

Hari ni macam rajin pulak aku nak update blog lepas dah berapa hari aku biarkan bersawang.
Tengah2 dok google,aku pun terjumpa satu artikel yang menarik pasal otak.So,aku share la untuk aku dan korang baca sama2.



# TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah.Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

# TERLEBIH MAKAN
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

# PEROKOK
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'

# PENGGUNAAN GULA YANG BERLEBIHAN
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Selain itu akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

# PENCEMARAN UDARA
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pnecemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

# TERLEBIH TIDUR
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel dalam otak kita mati.

# MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dikoksida dari oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

# MEMBIARKAN OTAK BEKERJA SEMASA KITA BERADA DALAM KEADAAN KURANG SIHAT
Bekerja semasa dalam keadaan kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan dan merosakkan sel-sel otak.

# KURANG BERIMAGINASI
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita.Kurangnya imaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

# JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif.Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Tuesday, January 29, 2013

Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti

Korang penah dengar tak pasal penyakit kecelaruan personaliti?Penyakit ni ada kaitan dengan gangguan dalam otak.Contohnya dalam cerita SAM (Saya Amat Mencintaimu).Watak Sam tu ada kaitan dengan kecelaruan personaliti.Jap die jadi baik,jap die jadi lelaki bertopeng tu.Nampak tak?




Aku pun baru tau rupanya penyakit ni ada macam2 jenis.Aku ingatkan SKIZOFRENIA je.Ape benda plak tu?Ha len kali jela aku cite.Sekarang aku nak cite pasal jenis2 kecelaruan personaliti.

ANTISOSIAL
-> Tak ikut norma sosial dan selalu melakukan perkara yang menyalahi undang2.
-> Suka menipu,memutar belitkan fakta dan berbohong untuk kepentingan diri sendiri.
-> Melakukan hal2 yang tak dirancang sebelumnya.
-> Selalu marah,agresif dan bergaduh.
-> Tak pentingkan keselamatan orang lain.
-> Tak bertanggungjawab dan tak ada perasaan kesal.

AVOIDANT (MENGELAK)
-> Suka elak buat keje yang diberi sebab takut kena kritik dan diketepikan.
-> Tak suka bergaul sebab takut dimalukan@diperkecilkan.
-> Selalu rasa rendah diri.
-> Selalu takut hadapi risiko buat aktiviti baru sebab takut gagal dan dipandang rendah.
-> Susah nak buat keputusan dalam urusan harian.
-> Timbul rasa ketakutan yang tak munasabah apabila terpaksa berdikari.

BORDERLINE
-> Selalu berusaha nak hilangkan perasaan diabaikan atau ditinggalkan.
-> Susah nak adakan hubungan sosial yang stabil.
-> Gangguan identiti.
-> Selalu meluahkan ancaman bunuh diri@cederakan diri sendiri.
-> Merasakan hdupnya kosong.
-> Susah kawal marah.

DIAGNOSA
-> Hanya dilakukan jika personaliti itu mengganggu fungsi sosial atau pekerjaan individu tersebut.
-> Setiap individu akan mempunyai suatu personaliti tertentu dan biasanya personaliti ini mempunyai campuran dengan pelbagai personaliti lain.
-> Misalnya,seorang itu boleh bersifat obsessif,sekaligus mereka juga suka mengelak daripada tugas@selalu bersikap syak wasangka.

HISTRIONIK
-> Selalu inginkan perhatian orang lain.
-> Emosi sering berubah2 dalam waktu yang pendek.
-> Menggunkan penampilan fizikal untuk menarik perhatian orang lain.
-> Suka memperbesarkan hal remeh. 
-> Mudah dipengaruhi oleh kata2@pendapat orang lain.

NASISISTIK
-> Suka membanggakan diri semdiri.
-> Selalu berfikir tentang kejayaan,khayalan,kecantikan dan kekuasaan.
-> Percaya bahawa diri unik dan berada dalam golongan atasan.
-> Amat suka mendapat pujian  berlebihan.
-> Suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.
-> Kurang memahami perasaan orang lain.
-> Cemburu@dengki dengan kejayaan orang lain.
-> Perasaan bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.

OBSESSIF-KOMPULSIF
-> Inginkan kesempurnaan dalam semua urusan sehingga menyusahkan orang lain.
-> Jadi hamba abdi dalam tugasan
-> Sensitif dalam hal2 yang melibatkan moral dan nilai2 sosiobudaya.
-> Tak yakin dengan kemampuan orang lain.
-> Bersikap degil dan tak mahu dengar pendapat orang lain.

PARANOID
-> Selalu bersyak wasangka
-> Sensitif dengan kritikan dan bertindak agresif.
-> Selalu berfikiran buruk tentang orang lain.
-> Tak suka hubungan sosial yang rapat.
-> Suka kegiatan bersendirian.

PSIKOTERAPI
-> Memberi sokongan moral dan melahirkan kepercayaan antara kakitangan dengan pesakit.
-> Psikoterapi secara berkelompok digunakan bagi menimbulkan kesedaran individu tentang kesan tingkah lakunya pada orang lain dengan harapan pesakit akan menukar pola tingkah lakunya.

SCHIZOTYPAL
-> Kepercayaan kepada hal2 yang karut,khayalan@kuasa2 ghaib yang menyimpang.
-> Pemikiran dan pendapat yang kurang jelas dan ganjil.
-> Seringkali bersikap syak wasangka.
-> Penampilan ganjil dan tak sesuai dengan keadaan.
-> Kurang bergaul.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA




Friday, January 25, 2013

Kepulangan Siti Hajar Ke Rahmatullah

Arwah Siti Hajar

Siapa Siti Hajar binti Ahmad Sabir?Arwah merupakan pelajar UTeM yang kemalangan pada 6 Januari lalu melibatkan 4 orang pelajar.3 daripada 4 pelajar tersebut selamat,namun Siti Hajar mengalami kecederaan serius.Beliau mengalami keretakan di bahagian tulang belakang,tisu saraf tunjangnya koyak dan kedua-dua kaki beliau patah di mana kebarangkalian untuk lumpuh adalah 90%.

Aku nak kogsikan sikit rentetan hari2 terakhir beliau yang ditulis oleh ibu beliau sendiri dan aku kongsikan daripada blog sahabat baik beliau,Nadia Mujahidah.Semoga kita mendapat pengajaran dan hikmah daripada setiap yang berlaku.



 6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’


8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.



9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.



10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.



Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.


11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

                                   

Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.

Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.





12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.

Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.





13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.



Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.



Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’



14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.



Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.



Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.



15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)



Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?



Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.

Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.



Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.



Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.



Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.



Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.


Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.



Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.



Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.



Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.


Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.



19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.



Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.



Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.



Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.


Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.



Sungguh,hati yang keras ini mampu menangis membaca luahan hati seorang ibu.Mungkin ada hikmahnya.Mungkin niat dakwah daripada arwah akan sampai dengan membaca hasil penulisan ibunya.



Dari Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali.

Al-Fatihah.