Tuesday, January 15, 2013

Personaliti Seindah Warna

Baru je lepas hujan panas tadi.Wow! Pelangi la..cantek sangat.Teringat plak lagu Stacy "Pelangi Senja".Kita nyanyi sikit ok.

Wahai..sang pelangi indah
Muncul seketika..
Sayang tak ku lihat..
Kini tiada..

Stop! Tak leh lebih2.Karang tak pasal2 hujan lagi.Menangis Stacy kalau tau suara aku lagi power daripada die.Hahaha.Ok lupakan merepek kerepek aku tadi.
Bila nampak pelangi,aku terpegun kejap dengan keindahan warna tu.So timbul idea untuk bercot cet dengan pakcik google.Tekan sana,klik sini,maka tertarik dengan tajuk Warna dan Personaliti.


Aku rasa ramai yang dah tahu warna ni akan mempengaruhi kehidupan.Tapi aku tetap nak share jugak sebab sharing is caring.Right?Kajian2 ni telah dilakukan oleh pakar jiwa,perubatan dan pakar psikologi.Bukan orang sakit jiwa tau!

Biru muda : pengasih dan penyayang
Biru tua : rajin dan penuh dedikasi
Oren : semangat dan komited
Kuning : ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : tenang dan tidak banyak karenah
Merah : berani dan emosional
Ungu : kejayaan dan sikap positif
Hitam : rasmi,serius atau hiba
Coklat : matang dan bertanggungjawab
Putih : bersih dan amanah

HITAM
  • degil dan berdikari
  • semangat yang kuat,terlalu yakin pada pendapat sendiri dan berdisiplin
  • kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya
  • tak suka mengaku kalah
  • menyerah pada saat2 akhir


MERAH
  • suka mendesak dan lincah
  • ada cita2 tinggi,akalu nak sesuatu akan buat dengan pantas
  • suka menjadi yang terbaik
  • suka jadi tumpuan tapi tak amik kisah perasaan orang bila dah glamor
  • bukan pendengar yang baik
  • suka memaksa dan mudah bertindak kalau keadaan terdesak
  • boleh jadi pemimpin
  • berani dan peramah,tapi cepat marah kalau tak dapat apa yang die nak


PUTIH
  • matang,positif,optimis
  • bersih dan amanah
  • suka menyendiri
  • suka gaya hidup sederhana dan bebas tekanan


BIRU LEMBUT
  • kreatif,mudah mengerti dan sensitif
  • berdaya imaginasi yang tinggi
  • teliti dalam teguran
  • penasihat yang baik
  • tak suka terburu2
  • suka suasana selamat dan damai

BIRU GELAP
  • cerdik,ada keyakinan tinggi dan perasaan yang mendalam
  • bertanggungjawab
  • suka persekitaran tenang
  • suka dibelai dengan kasih sayang
  • mudah terganggu dengan keadaan yang bising

MERAH JAMBU
  • penyayang
  • mudah bersimpati dan memahami
  • mudah menunjukkan kelemahan diri bila emosi tak terkawal
  • memerlukan dorongan
  • kebudak-budakkan
  • merhargai diri sendiri

OREN
  • mudah mempengaruhi
  • tak sabar
  • berdikari
  • kreatif
  • sangat bertenaga tapi mudah gelisah
  • aktif
  • suka bersaing
  • periang

HIJAU
  • susah percaya kepada orang lain
  • suka kesunyian dan kedamaian
  • bermurah hati
  • sensitif

KUNING
  • ceria
  • aktif
  • semangat tinggi
  • spontan dan bijak berkomunikasi
  • pemikiran tinggi
  • sukakan pembaharuan

UNGU
  • mempunyai perasaan yang mendalam
  • cita2 tinggi
  • berkebolehan sesuatu dengan bisikan hati

PERANG
  • jujur
  • realistik
  • suka tolong-menolong
  • menghargai sesuatu dengan baik
  • bersifat pelindung
  • suka memendam emosi

KELABU
  • pendekatan tersendiri
  • pandai mengawal diri
  • suka mengasingkan diri
  • pengkritik yang baik
  • menjadi orang pembuat keputusan


Ni kaitan warna dalam kehidupan.Tak wajib untuk percaya pun.Just jadikan sebagai info tambahan.Mana tau ada yang tepat atau sipi2 je.
Sekian sahaja pembelajaran subjek psikologi kita pada hari ini.(berangan nak jadi lecturer..kihkih).

^__^





No comments:

Post a Comment