Wednesday, December 26, 2012

Malam Tradisi Sastera Rakyat Ke-28

Fuhhh!!!Dah bersawang blog aku ni.Rasenye dah lame ak tak update pape.Yup!Memang dah lame pn.Aku terlalu bz.Buz!!! Sampai xd mase untuk diri sendiri.Macam2 bnda yang aku kena buat.
Alhamdulillah..semester 3 akan berakhir xlame lg.Seronok??Memang seronok sebab lbh kurang beberapa minggu lg aku nak balik kampung.Huhu.Berehat panjang (xdla panjang sgt,setakat cuti sebulan je) setelah hampir 4 bulan menyiapakan assignment yang pelbagai.
Ok..bercerita pasal assignment,sem ni aku blaja bnda baru.Selama ni aku tak pernah join dan tak pernah terpikir pn untuk terlibat dgn bnda2 cmni.Assignment ap tu?

MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT KE-28

Ha!Jangan tak tau aku dah jadi artis teater.Retiss la sangat.Haha.Sem ni aku amik subjek Sastera Rakyat dan secara tak langsung kami terlibat dalam teater untuk mengangkat cerita2 rakyat.Erk!
Bagi orang lain bila sebut TEATER BANGSAWAN,mereka akan mengatakan bosan.Sebabnya,kita sendiri tak suka dengan cerita2 mitos yang entah wujud ke tak.Tapi bagi aku pulak,tak kisahla bnda2 tu wujud ke tak,tak aku blaja bnda baru yg tak semua orang dapt blaja.Kau ada?

Dianggotai oleh 45 orang pelajar,kami bersama-sama melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan cemerlang.Cewah!Aku bangga dengan classmate aku..sebab walaupun kitorg 45 orang je (sorg bdk perhutanan) tapi kerja kitorg dpt pujian.Yelah..mane ade teater cuma 45 org je,paling tak pun mesti 100 lebih.Kalau tak sakittt woooo nak buat kerja.Aku dah rase..(-_-)

Kerja aku unit props,peralatan dan dekorasi pentas atau lebih glamor dengan name props.Ape itu props?
Props ni kejenye nampak senag tapi susah.Korg pernah tengok tak mane2 pentas yang kene buta deko2 kt pentas tu?Thats it! Itulah props.Kerja aku ni paling berat kot.Kene bertukang bagai.Pendek kate semuanye kerja2 lelaki r.Tapi nak wt camne..kitorg kekurangan lelaki.So nak tak nak dalam rela ku terpaksa la buat jugak.Tapi memang best.Aku blaja camne nak buat pondok,katak dan burung.Korang pandai?hehehe.
Ok aku nak tunjuk sikit majlis perasmian dan pameran MTSR yang dijalankan pada 23/11/2012 beberapa hari sebelum malam MTSR berlangsung.

VVIP disambut dengan persembahan tarian bunga rampai

bunga rampai diracik2..makin pandang bertambah cantik..

dekan fakulti merasmikan pameran MTSR

kami menari!!!

Ok yang kat atas ni hari pameran.Belum lagi hari pementasan teater.Hari pementasan sebenar berlangsung pada 28/11/2012.Tak banyak gambar yang aku dapat amik sebab BUZZ!!! Aku merupakan salah seorang penari dan pelakon.Cewah!!!Meletup gizewww!!!Tapi bukan watak utama la..Watak orang kampung.Tapi aku tetap nak bangga gak sebab muka aku terpamer kat atas pentas.Hahaha.Kita roll sikit tengok ap yang berlaku sepanjang malam pementasan teater GUA PUTERI.

retiss semua sedang dimekapkan

penyokong setia kami!thankz semua!!!

budak2 teknikal

babak 1 menari bersama org kampung

tuan hamba tidak kenalllll ini siapa???

majlis pertunangan

aku sumpah kalian menjadi batu!!

semua krew yg terlibat 

cikgu aida n abg faizal selaku tenaga pengajar

budak2 props

SINOPSIS GUA PUTERI

Kisah ni berlaku di daerah Lenggong,Perak.Semuanya bermula daripada sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan miskin.Suatu hari si suami bermimpi jika dia hendak menjadi kaya,dia perlu membunuh isterinya.Si isteri merelakan dirinya dibunuh oleh suami kerana ingin membuktikan kesetiaan dan cinta kasih kepada suaminya.Namun,disebabkan oleh sifat kesetiaannya itu,mereka dikejutkan dengan penemuan harta karun.Selepas itu mereka menjadi kaya.Mereka ditakdirkan mendapat anak perempuan yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai jejaka.Namun,semua peminangan jejaka2 tersebut ditolak.Suatu hari,rombongan meminang daripada pihak raja sampai ke rumah dan telah diterima oleh suami tersebut.Maka bermulalah sengketa apabila salah seorang jejaka yang merupakan pahlawan di situ tidak berpuas ati.Terjadilah pertumpahan darah sehingga memaksa pihak raja melarikan diri ke dalam gua dan bersanding di sana.Pahlawan tersebut mengetahui tentang perkara itu dan menyerang mereka.Oleh sebab keadaan yang bising kerana pihak raja dan pahlawan beradu tenaga,maka Sang Kelembai terkejut dari tidur lalu dengan marah menyumpah semua yang ada di dalam gua tersebut menjadi batu.