Sunday, January 20, 2013

Rokok Elektronik...Suda Tukar Ka?

Korang penah dengar tak pasal ROKOK ELEKTRONIK?Penah??Tak penah??
Aku baru je tau pasal bendalah ni.Tu pun secara tak sengaja mase tengah tengok berita kat tv.Telinga dengar apa yang pemberita tu cakap,tapi mata dok fokus kat bahagian bawah yang cam iklan bergerak tu.
Entah camne aku leh terpandang plak pasal rokok elektronik ni.Aku pn bercot cet dengan pakcik google.Cari punya cari barula aku tau ape benda sebenarnya rokok elektronik ni.


Rokok elektronik ni merupakan rokok yang dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada perokok2 tegar.Selamat ke?Dah namenye pun elektronik kan..kang buatnye terbakar ke rentung ke tak ke haru.Hikhik.




Rokok elektronik ni juga boleh menjimatkan duit si perokok tegar ni.Yeke?Entah ek..Sebab aku tak penah cuba pun bendalah ni.
Rokok elektronik ni mengandungi cecair yang ade macam2 perisa buah dan menggunakan bateri untuk bakar cairan tersebut.(perisa durian tak de ye)




Sebenarnya satu penyelidikan terbaru menunjukkan rokok elektronik ni boleh merosakkan paru2.Bukan rokok biase je boleh.Walaupun nampak moden,guna cecair dan bateri,tapi rokok ni menyebabkan si pengguna kekurangan oksigen yang diserap oleh darah.Tapi ade jugak yang mengatakan rokok ni tak berbahaya.Mane satu ni? (-_-')
Rokok elektronik turut membebaskan nikotin.Maknanye cecair perisa buah ni ade nikotin la ye...




Kira2 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik ni.Erk! Ramai rupenye...Kebanyakan alat ni diimport dari China.Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri,atomizer dan katrij niotin.Apabila pengguna menyedut rokok elektronik,cip elektronik akan mengesan pengaliran udara didalamnye.Kemudian microprosessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.Hasilnya,pengguna akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
Rokok ini mengeluarkan asap yang sama seperti rokok biasa tapi tak mengandungi karbaon monoksida dan tidak berbau.

Rokok elektronik juga mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi seperti nikotin pelarut,propilen glikol,dietilen glikol dan gliseren.Kandungan yagn dicairkan ini akan menyebabkan terjadinya kanser.Namun sejauh mana bahaya atau tidak rokok elektronik ni terhadap kesihatan masih menjadi perbahasan.
Yang pasti,rokok ni tak keluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tak menyebabkan orang lain menerima kesan buruk yang sama seperti perokok elektronik.








Saturday, January 19, 2013

Perempuan Cepat Perasan?

kalau ada orang cakap perempuan ni cepat perasan lelaki tu suka kat die,or cepat sangat jatuh cinta..aku memang SETUJU.Hahaha.
Bila ada lelaki rapat sikit,usha sikit,amik tau semua pasal perempuan tu,amik berat segala macam benda,pendek kate CARING la konon2nye..perempuan akan dengan mudah perasan lelaki tu suke kat die dan cair macam coklat kene matahari.Padahal lelaki tu just anggap die macam kawan je.Hikhik.




Bila lelaki tu ada contact,mesej or berbual dengan perempaun lain,mulalah perempuan tu macam orang kene bomm!!Dush! Its true la..Cemburu tak memasal kan.Hehe.Then part yang best kalau perempuan tu dapat tau lelaki tu dah ade awek or tengah meng'usha' seorang awek,mulalah die jadi primadona air mata kate lelaki tu main2kan hati die la,curangla.
Oh you broke my heart! How dare you!
(nangis kot Neng Yatimah sebab shock ad orang lagi berbakat dri die).hehehe.

Whoaaa!! Mesti lelaki tu terpinga2 tak tau cite.Lagi2 bile die kene serang dengan segerombolan geng2 si perempuan tadi.Kesian die kan.Die tak de maksud pun nak kucar-kacirkan kehidupan si perempuan,lagipun die just anggap perempuan tersebut sebagai kawan biasa.Thats all!
Si perempuan pulak malu dan balik umah pam muka dalam tandas.Erk!!(dont try this at home)

"jangan cuba sentuh hati perempuan kalau kita tak ada niat apa2 terhadap dia"
UIA

Perempuan dan lelaki ditakdirkan untuk menjadi jodoh,bukan untuk jadi kawan baik.So berhati2 kepada perempuan ada BFF yang bernama lelaki.


p/s : aku ada BFF name USOP..ape citer ni woii!!OH TIDAKK!!!!




Wednesday, January 16, 2013

Muzik Dan Personaliti

Suka dengar muzik?Suka karoeke walupun suara tak sedap?Tahukah anda bahawa personaliti seseorang itu boleh dipengaruhi oleh jenis muzik yang didengari?
Acecehh...apehal ttbe ayat nak skema sangat ni.Hehehe.Korang mesti suka muzik kan.Tipula kalau tak suka sebab dalam bilik air pun korang akan menyanyi jugak kan.

Sebenarnya muzik boleh mempengaruhi jiwa dan personaliti korang.Macam mane tu?Semuanya berdasarkan    jenis muzik yang korang suka dengar.Kan sekarang macam2 jenis muzik yang ada kat pasaran.Ada balada,jiwang karat,rock kapak n macam2 lagi.


atototo..tomeynye baby..( ^_^ )


KLASIK,JAZZ dan BLUES
*kreatif
*bijak
*keyakinan diri tinggi
*senang untuk bergaul
*mempunyai IQ tinggi
*klasik > pendiam
*blues > lebih lemah lembut berbanding lain

POP
*rajin
*outgoing
*jujur
*lemah lembut
*konvensional
*keyakinan diri yang tinggi

RAP dan HIP HOP
*outgoing
*outspoken (spontan)
*keyakinan diri yang tinggi

ROCK dan HEAVY METAL
*dikaitkan dengan ganas,kebiasaannya lembut jika mengenali mereka
*kreatif
*pendiam
*keyakinan diri rendah

INDIE
*berintelektual
*kreatif
*kurang lemah lembut
*tak kuat bekerja
*keyakinan diri rendah
*pasif

Personaliti bukan 100% boleh dicerminkan melalui muzik.Contohnya aku sukakan muzik rock dan dikatakan pendiam.Tapi terbalik dengan personaliti sebenar aku.
So,benda ni sekadar suka2 yang dibuat kajian oleh ahli psikologi.Ingat..tak semua kajian daripada manusia selalunya tepat.
So kite enjoy!!!

^__^





Tuesday, January 15, 2013

Personaliti Seindah Warna

Baru je lepas hujan panas tadi.Wow! Pelangi la..cantek sangat.Teringat plak lagu Stacy "Pelangi Senja".Kita nyanyi sikit ok.

Wahai..sang pelangi indah
Muncul seketika..
Sayang tak ku lihat..
Kini tiada..

Stop! Tak leh lebih2.Karang tak pasal2 hujan lagi.Menangis Stacy kalau tau suara aku lagi power daripada die.Hahaha.Ok lupakan merepek kerepek aku tadi.
Bila nampak pelangi,aku terpegun kejap dengan keindahan warna tu.So timbul idea untuk bercot cet dengan pakcik google.Tekan sana,klik sini,maka tertarik dengan tajuk Warna dan Personaliti.


Aku rasa ramai yang dah tahu warna ni akan mempengaruhi kehidupan.Tapi aku tetap nak share jugak sebab sharing is caring.Right?Kajian2 ni telah dilakukan oleh pakar jiwa,perubatan dan pakar psikologi.Bukan orang sakit jiwa tau!

Biru muda : pengasih dan penyayang
Biru tua : rajin dan penuh dedikasi
Oren : semangat dan komited
Kuning : ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : tenang dan tidak banyak karenah
Merah : berani dan emosional
Ungu : kejayaan dan sikap positif
Hitam : rasmi,serius atau hiba
Coklat : matang dan bertanggungjawab
Putih : bersih dan amanah

HITAM
  • degil dan berdikari
  • semangat yang kuat,terlalu yakin pada pendapat sendiri dan berdisiplin
  • kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya
  • tak suka mengaku kalah
  • menyerah pada saat2 akhir


MERAH
  • suka mendesak dan lincah
  • ada cita2 tinggi,akalu nak sesuatu akan buat dengan pantas
  • suka menjadi yang terbaik
  • suka jadi tumpuan tapi tak amik kisah perasaan orang bila dah glamor
  • bukan pendengar yang baik
  • suka memaksa dan mudah bertindak kalau keadaan terdesak
  • boleh jadi pemimpin
  • berani dan peramah,tapi cepat marah kalau tak dapat apa yang die nak


PUTIH
  • matang,positif,optimis
  • bersih dan amanah
  • suka menyendiri
  • suka gaya hidup sederhana dan bebas tekanan


BIRU LEMBUT
  • kreatif,mudah mengerti dan sensitif
  • berdaya imaginasi yang tinggi
  • teliti dalam teguran
  • penasihat yang baik
  • tak suka terburu2
  • suka suasana selamat dan damai

BIRU GELAP
  • cerdik,ada keyakinan tinggi dan perasaan yang mendalam
  • bertanggungjawab
  • suka persekitaran tenang
  • suka dibelai dengan kasih sayang
  • mudah terganggu dengan keadaan yang bising

MERAH JAMBU
  • penyayang
  • mudah bersimpati dan memahami
  • mudah menunjukkan kelemahan diri bila emosi tak terkawal
  • memerlukan dorongan
  • kebudak-budakkan
  • merhargai diri sendiri

OREN
  • mudah mempengaruhi
  • tak sabar
  • berdikari
  • kreatif
  • sangat bertenaga tapi mudah gelisah
  • aktif
  • suka bersaing
  • periang

HIJAU
  • susah percaya kepada orang lain
  • suka kesunyian dan kedamaian
  • bermurah hati
  • sensitif

KUNING
  • ceria
  • aktif
  • semangat tinggi
  • spontan dan bijak berkomunikasi
  • pemikiran tinggi
  • sukakan pembaharuan

UNGU
  • mempunyai perasaan yang mendalam
  • cita2 tinggi
  • berkebolehan sesuatu dengan bisikan hati

PERANG
  • jujur
  • realistik
  • suka tolong-menolong
  • menghargai sesuatu dengan baik
  • bersifat pelindung
  • suka memendam emosi

KELABU
  • pendekatan tersendiri
  • pandai mengawal diri
  • suka mengasingkan diri
  • pengkritik yang baik
  • menjadi orang pembuat keputusan


Ni kaitan warna dalam kehidupan.Tak wajib untuk percaya pun.Just jadikan sebagai info tambahan.Mana tau ada yang tepat atau sipi2 je.
Sekian sahaja pembelajaran subjek psikologi kita pada hari ini.(berangan nak jadi lecturer..kihkih).

^__^





Monday, January 14, 2013

No.4 Atau Bongsu?

Yeahhh!!! Cuti semester bermula.Indahnya rasa bila bangun pagi tak payah pikir nak pegi klaz,assignment bagai..Final exam lagi..Hohoho


Final paper yang bertajuk FRENCH II membuatkan aku terdiam seketika.1,2,3.....SUSAH!!!!!!
Tak tahulah result alu macam mane nanti.Hopefully it will be ok.At least kalau tak dapat dekan pun,cecah 3.5 obove pun dah cantek.Hope so...But im hepy now sebab tak payah nak mengadap buku2 yang buat aku serabut selama 1 bulan.Best wooo!!!


Opss!! Terlebih suda..Ok berbalik kepada tajuk asal,kerja aku sekarang adalah bercot cet dengan pakcik google.Sementara belum dapat keje part time,nila keje full time aku kat umah.Hehe.Ttbe terpikir nak google personaliti sebab someone told me aku ni cam anak sulung..padahal aku anak BONGSU dan bernombor 4.Nak tergelak pun ada.Haha.Let see sifat-sifat anak SULONG,KEDUA,KETIGA,KEEMPAT dan BONGSU.Cukupla tu..tak larat nak cerita lebih2.Hehe.

ANAK SULONG

  • Berdikari.
  • Bertanggungjawab tapi kadang2 beraksi ditaktor jugak.
  • Mendengar kata.
  • Kalau dah manja mengalahkan anak bongsu.
  • Penyayang
  • Cerewet sikit
  • Baran tu ada tapi mengikut tahap baran tersendiri dan garang.
  • Tegas dan berpendirian.
  • Suka mengalah walaupun terpaksa.
  • Bekerja keras.


ANAK KEDUA

  • Cerewet.
  • Penyabar tapi tak berapa nak sabar.
  • Kepala batu/angin/besar semuanye die.
  • Penggeli
  • Mementingkan kehenseman/kecantikan/peribadi.
  • Berdikari
  • Tidak terlalu manja tapi kadang over jugak.
  • Menggelabah
  • Suka orang ikut cakap die je
  • Rajin tu tak lah sangat tapi still leh harap.


ANAK KETIGA

  • Kepala batu/besar dan hanya ikut cakap mak/ayah seorang je
  • Kuat merajuk tapi mudah dipujuk.
  • Tak suka disuruh.Biar die buat semdiri dengan rela hati.Nanti nampak macam ringan tulang.
  • Tak suka meminta.
  • Suka memendam dan penyabar orangnye.
  • Suka buat hal sendiri dan tak terlalu banyak cakap kosong.
  • Tak cerewet sangat.
  • Suka mengusik adik-beradik.
  • Perangai die adalah bajet2 cool sikit.
  • Berpendirian dan berdikari

ANAK KEEMPAT

  • Mempunyai hati yang lembut dan mudah terasa/tersinggung.
  • Suka bertolak ansur dan mengalah.
  • Pemalu tapi peramah.
  • Manja dan penyayang.
  • Rajin dan ringan tulang.
  • Suka nampak kemas/hensem/cantek
  • Suka bertanya dan sifat ingin tahu yang tinggi.
  • Gopoh sikit dalam membuat keje.
  • Sangat menghormati orang yang lebih tua.

ANAK BONGSU

  • Manja tapi tak leh kalah dengan anak sulong sebenarnye.
  • Bertanggungjawab
  • Peramah tapi becoknye non stop.
  • Tak cerewet sangat.
  • Mempunyai hati yang lembut.
  • Kepala batu/keras.
  • Kuat merajuk tapi senang je nak pujuk.
  • Penggeli.
  • Mementingkan kecantikan/kehenseman/peribadi.
  • Tak suka disiuruh.Nak buat baru die buat!

Benda ni tak leh nak caye sangat.Just jadi panduan je.Sebabnye tak semua karektor tu ada pada aku.Contohnye anak no.4..pemalu tapi peramah.Aku ni slumber tak reti malu.Hahaha.Maybe karektor aku tu dah bercampur dengan anak no.4 dan anak bongsu sebab aku ni anak no.4 merangkap anak bongsu dalam family aku.Hehehe.

^__^