Gadis berjaket itu kelihatan
tergesa-gesa seperti mengejar
sesuatu.Adakalanya
dia berlari-lari sambil melihat jam di tangan.Sesekali dia membetulkan topi
yang senget di kepalanya.
“Adoi..matilah
aku ! Dah lambat sangat ni.Mesti budak-budak tu dah lama tunggu aku.”
Gadis itu
berlari sehingga tiba di hadapan sebuah pintu.Dia terus menerjah masuk.
Dommm!
“Opocot mak kau
meletup! Woi apa ni?Kau main terjah je masuk sini.Dahla datang lambat.Tak reti
nak bagi salam ke?Kang tak pasal-pasal aku gol nanti baru kau tahu.Aku ni
bujang trang tang tang lagi tau.” Marah Izdiyad.
“Hehe..Sorryla
pakcik.Aku bangun lambat la tadi.Jangan marah ok.Tak macho la muka kau.”
“Sorry sorry
naik lori la.And one more thing,my name is Izy.Not pakcik.Muka hensem-hensem
macam ni suka hati pankreas kau je nak panggil aku pakcik kan.” Izdiyat
berangin mendengar panggilan tersebut.
“Woi korang!
Cepatlah.Bila nak mulanya ni?Perut aku dah berdondang sayang ni.”
Rania mula kurang sabar mendengar perbalahan
mereka.Perutnya sudah berkeroncong
kelaparan.Dia tidak sempat bersarapan kerana kesuntukan masa dan takut dimarahi
oleh rakan-rakan yang lain.Wafi hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan
mereka bertiga.
“Ok beb.Shall
we start now?Let’s do it.1,2,3,4”
Gitar berbunyi
diikuti ketukan drum.Gemersik suara gadis itu pun kedengaran.
At first I
was afraid
I was
petrified
Kept thinking
I could never live
Without you
by my side
But then I
spent so many nights
Thinking how
you did me wrong
And I grew
strong
And I learned
how to get along
And so you're
back
From outer
space
I just walked
in to find you here
With that sad
look upon your face
I should have
changed that stupid lock
I should have
made you leave your key
If I had
known for just one second
You'd be back
to bother me
Go on now go
walk out the door
Just turn
around now
‘Cause you're
not welcome anymore
Weren't you
the one who tried to hurt me with goodbye
Did you think
I'd crumble
Did you think
I'd lay down and die
Oh no, not I
I will
survive
Oh as long as
i know how to love
I know I'll
stay alive
I've got all
my life to live
I've got all
my love to give
And I'll
survive
I will
survive (hey hey)
AD rancak
menyanyikan lagu “I Will Survive” nyanyian Gloria Gaynor.Dia bersama
rakan-rakannya gemar berjamming pada waktu lapang.Mereka turut menubuhkan band
sendiri yang diberi nama “Fiksyen Akustik”.Nama itu diberi sendiri oleh AD dan
Izdiyat kerana nama tersebut dianggap unik.Fiksyen bermaksud cerita iaitu
menggambarkan lagu-lagu yang dinyanyikan diinspirasikan daripada sebuah cerita
kehidupan manakala Akustik pula memberi maksud bunyi-bunyian.Ops! Lupa nak
perkenalkan siapa AD.Nama sebenar AD ialah Adelia Rania Hisyam dan merupakan
vokalis serta gitaris..Dah macam nama penyanyi lagu “I Set Fire To The Rain”
Adele pun ada.Kawan baik perempuan AD pula bernama Rania Husna.Rania bermain
bass.Secara kebetulan nama mereka sama menyebabkan mereka berdua menjadi kawan
baik.Tambahan pula wajah mereka seiras menyebabkan mereka bertambah rapat.Lagi
dua orang kawan baik band AD ialah Izdiyat atau nama glamornya Izy merupakan
gitaris utama band mereka dan Wafi pula merupakan drummer..Mereka berempat
memang tak boleh berpisah
“AD! Kau ni nak makan ke tak nak?Aku ni dah
macam mangsa kebuluran,kau sempat lagi berangan.Kau berangan nak kahwin
ye?Haha.”
Rania mula
menyakat AD.Dia tahu AD cukup pantang apabila dikaitkan dengan perkahwinan.AD
yang sedang membelek gitar ditangan tersentak apabila disergah begitu.
“Kau ni kalau
satu hari tak cakap pasal makan tak boleh agaknya.Asyik makan makan makan.Badan
tak gemuk jugak.Kering macam papan lapis.Dahla pagi tadi tak kejut aku,sampai
terlambat nak datang studio.Ha lagi satu bukan aku yang gatal nak kahwin,kau tu
yang miang sangat.Hari-hari belek baju kat butik pengantin mama.Huh!”
“Ele aku belek
sebab cantik.Kau tu takde perasaan ke tengok kehalusan seni tangan mama?Kan
cantik baju-baju kat butik tu.Buta seni betul.Puas dah aku gegar bilik kau
tu,tapi tak bangun-bangun jugak.Telinga badak betul.”
AD mencebik.
“Yeke kau ada kejut?Sorryla
aku tak dengar.Aku pakai walkman la masa tido.Ala masalahnya kau tu bukan
tengok kehalusan seni tangan mama.Kau tu dok berangan bersanding dengan prince
charming kau yang tak berapa nak charming sangat tu.Lagipun mama tu Cuma
designer ok,bukan tukang jahit baju.Kau jangan nak merepekla.”
AD ketawa
mengekek apabila teringat wajah kekasih Rania yang dikatakan seiras pelakon
korea Lee Dong Wook.Rania cakap pelakon cerita My Girl.Pengaruh cerita korea la
ni.Uiks! Sapa tu?Bukan aku kenal pun.AD masih ketawa.
“Hei kau jangan
nak kutuk-kutuk pakwe aku tau.Sekurang-kurangnya dia ada gaya mutu keunggulan.”
Rania mengerutkan dahi.Erk! Apa aku ni tiba-tiba promote iklan rokok
Dunhill.Pakwe aku tak hisap rokok pun.
“Oi setakat
guna iklan rokok nampak macam macho tapi rupanya cantik tak guna jugak.Lagipun
taste aku lelaki melayu tulen.Barulah nampak macho.Bukan memanjang asyik nak
jaga style.” AD membidas.
Rania
pening.Bahasa apa pulak si AD pakai ni.Dah macho lepas tu cantik pulak.Inilah
salah seorang contoh yang bakal merosakan bahasa.Adik-adik yang di luar sana
jangan ikut contoh yang tak baik ni ye.
“Apa kau cakap
ni AD?Bila masa pulak pakwe aku tu cantik.Kalau aku ni memang yela terbukti
kecantikkannya sejak azali lagi.” Rania ketawa.
AD menjelir
lidah.Perempuan ni kalau satu hari tak membangga diri tak sah agaknya.Tahulah
dia tu cantik ada iras-iras Juhi Chawla.Tapi aku pun apa kurangnya.Ramai cakap
muka aku comel macam Preity Zinta.Bukan aku yang cakap.Orang yang cakap.AD
tersengih sendiri.
“Ha tu apasal
sengih sorang-sorang?Kena sampuk ke?” Rania menyergah.
AD terkejut dan
tersipu-sipu malu.
“Tak payah nak
membangga diri sangatlah.Cantik pun mati masuk kubur.Pakai kain kapan warna
putih jugak.Orang tak pakaikan kau dengan baju ada labuci segala.” Riak muka AD
selamba.
Rania
tersentak.Astagfirullahalazim! Mintak dijauhkan aku daripada sifat bongkak dan
membangga diri.Insaf sekejap minah ni.Sekejap je tu.Percayalah cakap aku!
Rania merupakan
anak angkat keluarga AD kerana keluarga Rania telah meninggal selepas terlibat
dalam satu kemalangan jalan raya.Hanya Rania yang masih hidup dan merupakan
anak tunggal.Rania merupakan sepupu kepada AD.AD juga anak tunggal.Disebabkan
hal itu,dia dan Rania sangat rapat seperti adik beradik.AD menganggap Rania
seperti adik kandungnya sendiri wahlal jarak umur mereka hanya 2 bulan.Wafi
hanya memandang mereka sambil menggelengkan kepala.Antara mereka berempat,Wafi
paling pendiam.Namun dia tetap menjadi menjadi pujaan hati ramai jelitawan
kerana mempunyai pakej lengkap seorang lelaki macho dan anak orang kaya.
“Dahla tu,kalau
asyik nak bergaduh je sampai bila-bila pun kita tak makan.Jomla makan.Aku pun
dah lapar gila ni.Takde tenaga dah.Kang aku pengsan korang nak angkat aku ke?”
Izdiyat cuba meleraikan keadaan.
“Huh! Badan kau
tu macam tong drum,ada hati nak suruh kitorang angkat.Jom Rania.Jangan layan
mamat tu.Makan lagi bagus.” Serentak AD terus menyambar topi di atas meja dan
menarik Rania keluar dari bilik jamming.
Izdiyat
tercengang melihat telatah mereka berdua manakala Wafi tersenyum
nipis.Gaduh-gaduh manja la konon !
p/s : aku takde idea nak update blog,so aku hanya menaip apa yang ada dalam kepala.saje2 buat hilang boring.hehehe
Happy reading....^__^