Friday, January 11, 2013

Suka,Sayang,Cinta..Yang Mana Satu?

Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu..

Ok lupakan sebentar lagu AKU CINTA SAYANG KAMU nyanyian Black.Seringkali kita terdengar tentang SUKA,SAYANG DAN CINTA.Apakah maksud tu?
Kriiik!!Kriikk!! Nape plak ttbe aku jadi jiwang malam2 ni.Hahaha.Actually,someone asked me about love.
Dan aku pun gigih mintak tolong kat "pakcik Google" untuk mentafsirkan perkataan tersebut.Banyak sangat perkara tentang cinta ni jadi tajuk utama.Antaranya puisi,cerpen dan novel.
Tapi aku lebih tertarik dengan kata-kata yang membezakan antara suka,sayang dan cinta.




Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya dengan keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,
"Bolehkah aku mencium mu?"
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya kau akan bertanya,
"Bolehkah aku memeluk mu?"
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya..

SUKA adalah saat dia menangis kau akan berkata,
"Sudahlah,jangan menangis."
SAYANG adalah saat dia menangis kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat dia menangis kau akan membiarkan dia menangis di bahumu sambil berkata,
"Mari kita selesaikan perkara ini bersama."

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,
"Dia sangat cantik/tampan/menawan"
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihat dari hatimu dan bukan dari matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,
"Buatkan dia anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTA menyakitimu,kau akan berkata,
"Tak apa,dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan."

Pada saat kau SUKA padanya,kau akan memaksa dia menyukai dirimu.
Pada saat kau SAYANG padanya,kau akan membiarkan dia memilih.
Pada saat kau CINTA padanya,kau akan selalu menantinya dengan tulus ikhlas.

SUKA adalah kau akan menemaninya di saat dia menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah saat kau akan menemaninya dan tidak peduli pun bagaimana keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang meberi dengan rela.

dan bagi aku pula,SUKA itu bila mana kita hanya terpegun dengan bentuk fizikal seseorang.
SAYANG itu bila mana kita akan menerima kekurangan tanpa memandang kelebihan seseorang
CINTA itu saat dia melafazkan "Aku terima nikahnya.." dan mendidik kita menjadi bidadari untuknya di dunia dan akhirat.

^___^




Tuesday, January 08, 2013

Insya Allah atau In shaa Allah?

Tengah berbloging tadi,ttbe tertarik dengan satu info yang sedang hangat diperkatakan sekarang.Ramai yang terkeliru sebenarnya dengan penggunaan perkataan insya Allah atau in shaa Allah.Info ni dipetik daripada sumber jomfaham.




Soalan :

tTersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah dan pelu ditulis In shaa Allah.Betulkah perkara ini?

Jawapan :

Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab menterjemahkan/transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.


insya-Allah > jika diizinkan Allah.(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
insya-Allah > jika diizinkan Allah (Kamus Pelajar )
insya-allah > jika diizinkan Allah (Kamus Dewan Edisi Keempat )

Di Malaysia kita sudah sedia maklum apabila ditulis insya Allah ataupun in shaa Allah ertinya jika diizinkan Allah.Sepatutnya tiada masalah dalam perkara ini.

Wallahu'alam.

Tambahan : 

Dalam kalimah arab akan menjadi satu masalah apabila ditulis (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah.

dan sepatutnya ditulis ( إن شاءالله ) - bermaksud sekiranya dikehendaki Allah

( pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimah arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi.)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul kerana pakar bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengesahkan tulisan insya Allah itu ertinya Dengan izin Allah.

Kita hanya insan kerdil yang tidak berupaya mengetahui semua perkara melainkan dengan izin Allah.

Wallahu'alam.





Wednesday, December 26, 2012

Malam Tradisi Sastera Rakyat Ke-28

Fuhhh!!!Dah bersawang blog aku ni.Rasenye dah lame ak tak update pape.Yup!Memang dah lame pn.Aku terlalu bz.Buz!!! Sampai xd mase untuk diri sendiri.Macam2 bnda yang aku kena buat.
Alhamdulillah..semester 3 akan berakhir xlame lg.Seronok??Memang seronok sebab lbh kurang beberapa minggu lg aku nak balik kampung.Huhu.Berehat panjang (xdla panjang sgt,setakat cuti sebulan je) setelah hampir 4 bulan menyiapakan assignment yang pelbagai.
Ok..bercerita pasal assignment,sem ni aku blaja bnda baru.Selama ni aku tak pernah join dan tak pernah terpikir pn untuk terlibat dgn bnda2 cmni.Assignment ap tu?

MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT KE-28

Ha!Jangan tak tau aku dah jadi artis teater.Retiss la sangat.Haha.Sem ni aku amik subjek Sastera Rakyat dan secara tak langsung kami terlibat dalam teater untuk mengangkat cerita2 rakyat.Erk!
Bagi orang lain bila sebut TEATER BANGSAWAN,mereka akan mengatakan bosan.Sebabnya,kita sendiri tak suka dengan cerita2 mitos yang entah wujud ke tak.Tapi bagi aku pulak,tak kisahla bnda2 tu wujud ke tak,tak aku blaja bnda baru yg tak semua orang dapt blaja.Kau ada?

Dianggotai oleh 45 orang pelajar,kami bersama-sama melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan cemerlang.Cewah!Aku bangga dengan classmate aku..sebab walaupun kitorg 45 orang je (sorg bdk perhutanan) tapi kerja kitorg dpt pujian.Yelah..mane ade teater cuma 45 org je,paling tak pun mesti 100 lebih.Kalau tak sakittt woooo nak buat kerja.Aku dah rase..(-_-)

Kerja aku unit props,peralatan dan dekorasi pentas atau lebih glamor dengan name props.Ape itu props?
Props ni kejenye nampak senag tapi susah.Korg pernah tengok tak mane2 pentas yang kene buta deko2 kt pentas tu?Thats it! Itulah props.Kerja aku ni paling berat kot.Kene bertukang bagai.Pendek kate semuanye kerja2 lelaki r.Tapi nak wt camne..kitorg kekurangan lelaki.So nak tak nak dalam rela ku terpaksa la buat jugak.Tapi memang best.Aku blaja camne nak buat pondok,katak dan burung.Korang pandai?hehehe.
Ok aku nak tunjuk sikit majlis perasmian dan pameran MTSR yang dijalankan pada 23/11/2012 beberapa hari sebelum malam MTSR berlangsung.

VVIP disambut dengan persembahan tarian bunga rampai

bunga rampai diracik2..makin pandang bertambah cantik..

dekan fakulti merasmikan pameran MTSR

kami menari!!!

Ok yang kat atas ni hari pameran.Belum lagi hari pementasan teater.Hari pementasan sebenar berlangsung pada 28/11/2012.Tak banyak gambar yang aku dapat amik sebab BUZZ!!! Aku merupakan salah seorang penari dan pelakon.Cewah!!!Meletup gizewww!!!Tapi bukan watak utama la..Watak orang kampung.Tapi aku tetap nak bangga gak sebab muka aku terpamer kat atas pentas.Hahaha.Kita roll sikit tengok ap yang berlaku sepanjang malam pementasan teater GUA PUTERI.

retiss semua sedang dimekapkan

penyokong setia kami!thankz semua!!!

budak2 teknikal

babak 1 menari bersama org kampung

tuan hamba tidak kenalllll ini siapa???

majlis pertunangan

aku sumpah kalian menjadi batu!!

semua krew yg terlibat 

cikgu aida n abg faizal selaku tenaga pengajar

budak2 props

SINOPSIS GUA PUTERI

Kisah ni berlaku di daerah Lenggong,Perak.Semuanya bermula daripada sepasang suami isteri yang hidup dalam keadaan miskin.Suatu hari si suami bermimpi jika dia hendak menjadi kaya,dia perlu membunuh isterinya.Si isteri merelakan dirinya dibunuh oleh suami kerana ingin membuktikan kesetiaan dan cinta kasih kepada suaminya.Namun,disebabkan oleh sifat kesetiaannya itu,mereka dikejutkan dengan penemuan harta karun.Selepas itu mereka menjadi kaya.Mereka ditakdirkan mendapat anak perempuan yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai jejaka.Namun,semua peminangan jejaka2 tersebut ditolak.Suatu hari,rombongan meminang daripada pihak raja sampai ke rumah dan telah diterima oleh suami tersebut.Maka bermulalah sengketa apabila salah seorang jejaka yang merupakan pahlawan di situ tidak berpuas ati.Terjadilah pertumpahan darah sehingga memaksa pihak raja melarikan diri ke dalam gua dan bersanding di sana.Pahlawan tersebut mengetahui tentang perkara itu dan menyerang mereka.Oleh sebab keadaan yang bising kerana pihak raja dan pahlawan beradu tenaga,maka Sang Kelembai terkejut dari tidur lalu dengan marah menyumpah semua yang ada di dalam gua tersebut menjadi batu.




































Thursday, September 06, 2012

Zaman Dah Berubah

tengah lepak2 layan youtube,ttbe aku teringat plak cite kenakalan aku zaman sekolah dulu.kalau ingat2 balik,aku gelak sorg2.memang nakal sangat2 dulu.paling best mase zaman aku form 6.degil ya amatttttt.yela  paling senior dalam sekolah kan.tak semua sekolah ade form 6.so memang terasa len r.lagipun kitorg digelar pra-U.name je pra U,tapi langsung xmatured.budak2 baru nnak menginjak dewasa la katekan.

sebenarnye seronok bile mase form 6 ni.korgla kepala sebar dalam sekolah,bukan besar kepala ye.segala aktiviti dalam sekolah students form 6 yang create,berbanding students form 1-5 yang hanya ikot aktiviti cikgu wat.lagi 1,walaupun dalam seragam sekolah,tapi ade kelainan n perbezaan dari segi pakaian n cara layanan cikgu2.yela dah namenye form 6,umo dah 18,mestila cikgu layan cam orang besar.sebab umo 18 tu ikotkan memang xlayak dah digelar budak sekolah.dah tua pun.hahaha

ok kat bawah ni aku nak tunjuk zaman form 6 aku yang hepening.enjoy kegilaan aku dulu.hehehe

sastera crew 09/2010


aneh2 je

muke bahagia

rock u bebeh!!

beng!beng!

charlie angels

lap u!!

jangan lepaskan die!!

mak pipi saya kene cubit!!

budak pelik

mase lower 6

artifak aku

kak zu,zaries n aku

beriya budak 2 orang ni

ye ye oo je!!

cari maklumat sambil berFB

wekkkkk!!!!

letih ke bosan?

member

hot stuff~pantang nampak camera

papa n mama

kat mane2 mest muke ni ske interfrem

kene buli~hasil keje aku.hahahaha

jamuan hari raya

mangsa buli

lagi sekali interfrem

yeah!!kami ganas!!

hasil seni kami

rock u!!!

posing sakan~

the hulk~krekkk

teropong kamu

asyik aku je kene buli!hahaha~zaries

sempat posing walaupun tengah melukis

senget jap kepala aku

hari sukan sekolah

beriya melukis

daya n zaries

azri n didy

zaries,azri,didy n daya

kami pegi beraya!!

posing jap~cikgu xde dalam klaz

arghhhhh!!!sakit mate.kale baju striking sangat

teropong~

form 6 batch 09/2010~melawat SMK Bandar Tenggara

andai dapat ku undurkan putaran dunia..hehehe.aku nak msok form 6 balik.ni la dunia paling best n hepening.member sporting,gile2,cikgu plak best.tapi sekarang semua tu dah berubah.ni kenangan 2 tahun lepas.sekarang umo aku dah 21 tahun.lagi 2 tahun setengah aku nak grad.
member2 aku yang len alhamdulillah overall ok.ade yang jadi askar,ade yang sambung blaja cam aku.benda lepas wat kan kami makin matang.tapi aku tetap aku.matang tapi gile2 (err..matang ke?huhu).


p/s : wat klaz 6A4..kitekan ACA..Anak Cikgu Anuar.hehehe
        ^__^