Friday, May 09, 2014

23 Hanya Sekadar Angka...

Assalamualaikum dan hai!

Hari ni pagi yang indah.
Bangun tidur celik mata tengok..
Eh matahari memancarkan sinarannya yang indah!
Hahaha.

Tiba2 mood pagi2 nak feeling2 dengan matahari pulak.
Emm...pelik2...
Anyway hari ni birthday aku!
Selamat Hari jadi Kaka!
Hehehe.

Semalam....
tengah sibuk buat assignment beramai2 dekat Sanggar 12 (ala2 dewan terbuka), diorang nyanyikan lagu Happy Birthday To You..
Ok sangat terharu!
Thankz untuk Awin, Zida, Amy, Vala, Aina, Syira, Dora, Mala dan Kak Ema sebab nyanyi ramai.
Walaupun aku tau ni mesti keje Awin kantoikan birthday aku. Hahaha.
Saje je cerita sebab nak letak nama korang.
luv you all!

Dan tiba2 tak lama lepas tu terdengar bunyi pelik.
Apalagi............
Semua serentak bangun pakat angkat beg masing dan balik r.hahahaha

Dalam kegembiraan sebenarnya ada terselit sesuatu.
Kecewa..
Sangat2 kecewa. Tapi aku cuba jugak buat macam biasa.
Seakan dilupakan...
Seakan dipinggirkan...
Takpela...
Kadang2 Allah beri satu kesedihan untuk menggantikan dengan sejuta kegembiraan.
Aku tau aku kuat!
So nikmatilah sejuta kegembiraan yang mampu melawan satu kesedihan.
Hahaha.

Dan seperti yang dijangka..
Orang yang tak pernah sekalipun lupa birthday aku.
Sentiasa mengintai dari jauh.
Terima kasih sebab wish semalam. :)

Yang terakhir nak tujukan untuk makcik Sharifah yang sedang sibuk menjahit dirumah..
Walaupun tau mama takkan baca blog ni, tapi tetap nak cakap gak.
Terima kasih sebab susah payah lahirkan org 23 tahun yang lepas..
Terima kasih sebab masak sedap2 untuk org..
Terima kasih sebab basuhkan baju org..
Terima kasih sebab doakan org dari jauh..
Terima kasih kerana masih menyayangi walaupun org pernah menghancurkan hati mama...
:'(

Sebenarnya ada nada2 rindu terperuk dalam hati.
Tapi mungkin aku terlalu ego untuk mengaku.
Terlalu kebal untuk meluahkan.
Dalam setiap saat sebenarnya tak pernah aku lupa.
Dalam hati tak pernah terlepas untuk berdoa tentang kalian.

Ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas pada hari ini..
peliharalah mereka2 yang aku sayang sepertimana Kau menjaga dan memelihara diriku dari sebarang kecelakaan..
Keluarga dan sahabat..
mereka separuh dari jiwaku...







Friday, April 11, 2014

Nazi Tatabahasa ke Grammar Nazi?

Salam.
Hello dan hai!
Kita berjumpa lagi dalam blog ni. Hehehe.

Dah lama sebenarnya curious nak tahu. Hari-hari asyik dengar perkataan GRAMMAR NAZI. Selalu sangat tertanya-tanya. Apo bondo tu? Heh. Maklumlah..English aku tak power. So banyaklah perkataan yang tak berapa nak tahu sangat.
Nak dijadikan cerita aku pun mintak tolong Encik Google.
Rupanya................

Grammar Nazi is someone who believes it's their duty to attempt to correct any grammar or spelling mistakes they observe.

Faham tak? Haha. Maksud dia lebih kurang golongan yang secara automatiknya akan membetulkan kesalahan tatabahasa, dengan niat untuk MENEGUR atau MEMALUKAN.
Ok sekarang aku dah faham. Tapi biasa teguran ni jadi bahan lawak atau gurauan. Alaaa....kadang2 member2 aku pun sama gak jadi NAZI.Hahaha.


Orang asyik bercerita pasal grammar nazi. Dahtu, sape nak jadi TATABAHASA NAZI?
Erk! Ada ke tatabahasa nazi dalam bahasa Melayu? Nak kena pelangkung dengan cikgu Bahasa Melayu aku ni. Hehehe.

Sebenarnya banyak je kesalahan ayat yang selalu kita gunakan dalam bahasa Melayu. Paling mudah nak tengok, kita selalu terkeliru dengan penggunaan PALING dan TER.

Aku bagi satu contoh ayat...
Dia PALING TERcantik dalam sekolah.

Pelik tak? Sedangkan sebenarnya 'paling' dan 'ter' membawa maksud yang sama iaitu menggambarkan yang terbaik.

Ok kita betulkan semula ayat.
Dia Paling cantik dalam sekolah.
Dia Tercantik dalam sekolah.

Ha lagi satu pulak penggunaan DI. Seriously aku cakap bukan korang je terkeliru, aku yang budak bahasa ni pun kadang2 terkeliru.Hahaha.

Aku bagi contoh ayat.
Aku Disini engkau Disana.
Buku Di ambil dari atas meja.

Ni pun pelik jugak. Perkataan 'di' yang digunakan untuk kedudukan mestilah dijarakkan. Selain daripada tu, seperti menunjukkan kata kerja atau kata sifat perlu didekatkan.

Kita betulkan semula ok.
Aku di sini engkau di sana.
Buku diambil dari atas meja.

Sekian sahaja kelas tatabahasa kita untuk hari ini. Daaaa..... ^__^


Wednesday, February 05, 2014

Redha Itu Ikhlas..Pasrah Itu Menyerah

Assalamualaikum dan Hi!

Acecehhh...
Tajuk entry tu macam pernah dengar je kan..
Macam tau je kan..
Tapi kat mana ek?
Hahaha.
Sape pernah tengok filem OMBAK RINDU mesti tahu kan.
So aku pinjam jap tagline filem tu.

Korang pernah tak kehilangan sesuatu?
Tak pun pernah tak kecewa?
Tak kisahlah kecewa bercinta ke, kecewa sebab gagal JPJ ke, kecewa sebab tengok orang lain kecewa.
*ade ke?

Mesti korang rasa nak menangis, nak menjerit cam orang gila (tapi tak jerit sebab takut kena hantar kat spital gila)..
Mesti ada kan.. tipulah kalau takde sebab kita ni manusia ada perasaan, bukan cam alien.

Ada masa aku pun macam tu jugak. Takde manusia yang perfect pun walaupun orang selalu cakap aku takde perasaan. *Erk!
Seriously mood akan tiba2 down, malas nak buat kerja, tak nak buat semua benda lain.
Nak duduk termenung dan menangis.
Pernah macam tu kan?
Aku pun pernah gak. Haha.

Tapi cara aku simple.
Kalau hati rasa tak happy, sakit hati, marah dan lain2..
Aku suka duduk jauh2 dari orang.
Redakan semula hati yang macam Ombak Rindu tengah mengganas.
Hanya Tuhan je yang tahu..

Tapi..........
Duduk jauh2 tu bukan untuk aku menangis.
Cuma taklah tiba2 aku terEMO depan orang.
Buat malu je..ye tak?

Kalau korang sedih, tengah marah ke apa..
Cuba banyakkan istighfar.
Then bacalah benda2 lawak.
Jangan pulak bila tengah sedih kau layan lagu jiwang karat.
Kang jadi macam ais mencurah curah ke ladang gandum.
Hahaha.

Kenapa ek aku tiba2 nak bukak cerita pasal ni?
Al-kisahnya aku tengok cerita Ariana Rose. So aku tengoklah si Adam tu tak ingat nama betul nampak pasrah bila dia nak dikahwinkan dengan orang yang dia tak kenal. Dan tiba2..jeng..jeng..jeng..
Rupanya dia tunang kepada perempuan yang memang dia suka, sayang dan cinta.
Aku pun tengah berfeeling2 down ni.
So dari situlah aku tersedar sesuatu.




Bilamana kita belajar untuk REDHA tentang sesuatu perkara,
sesuatu perkara baik akan datang tanpa disangka.
Laa tahzan innallah ma'ana.


Saturday, January 18, 2014

Oh My Anak Bongsu!

Assalamualaikum dan Hi!

Sape kat sini anak bongsu angkat tangan!
Eh bukan..
Sape anak bongsu kita geng!
Hahaha.

Topik hari ni kita cerita pasal anak bongsu.
Selalu anak bongsu dikaitkan dengan apa ek?
Comel?
Manja? 
Garang?
Hahaha.

Mama kenapa adik kecik sangat? -___-




Ok jom tengok FAKTA ANAK BONGSU hasil daripada kajian Dr. Fadzillah Kamsah.

1. Senang nak maafkan orang. (baik hati la ni)
2. Garang macam harimau. ( macam singa betina takde ke..hahaha)
3. Kalau gelak tak ingat dunia. (tau takpe)
4. Sensitif dan lembut hati. erk!
5. Ramai peminat. (Oh my!)
6. Mudah menyayangi orang lain.
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang. (untungla!)
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai. (no komen)
9. Senyuman tetap di bibir walaupun sedih.
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.
11. Manja. krikk..krikk!!
12. Suka haiwan
13. Peramah.
14. Lemah dalam percintaan. ( aku macho r!)

Teman pun idok le tau betul ke tidak.. Tapi 90% tu adalaaa sikit persamaan.
Anda pulak bagaimana?

^__^

Monday, January 06, 2014

Manja vs Gedik..ada beza tau!

Hai!
Minggu ni final exam.
Nak tunggu lagi satu paper je ni.
Last payyperr...hahaha.

Ok berbalik kepada topik asal..
APA ITU MANJA DAN GEDIK?
Orang cakap sama tapi bagi aku berbeza.
Sangat berbeza.

Maksud gedik tu apa?
Gedik tu jenis spesies yang terlebih mengada2 atau berlebih-lebihan.
Dia nak tunjuk manja, tapi manja tu mengada2 sampai nak mintak pelempang.
Tu memang gedik tak bertempat.
Nak tau orang tu gedik ke tak senang je.
Korang tengok cara dia cakap. Orang gedik ni suka lenggok2 kan gaya dia cakap.
Lepas tu kadang jari tak reti diam. Suka cucuk2 orang.
Then kalau cakap pulak mata tu main peranan.
Terkelip2 bajet comel.
Lagi satu yang suka guna perkataan Euuuwwww tu.
Kebanyakan yang gedik ni plastik.
Hiprokit je lebih. Depan kita cakap macam sotong, belakang kita garang macam singa betina.

pinjam ganbar kat http://cikyalah.blogspot.com/



Manja pulak beza sikit dengan gedik.
Contoh paling senang nak tengok kat perempuan garang.
Biasa perempuan garang ni nampak tegas, tapi cer tengok bila diorang lepak dengan bf/suami.
Mesti nampak keayuan dan kemanjaan diorang. Hahaha.
Macam kucingla senang cite.

pinjam gambar kat http://salamkaito.blogspot.com/



Orang gedik selalunya memanjang control. Nak makan pun control sampai tak luak makanan dalam pinggan.
Tapi orang manja ni macam2 cara kita leh nampak dia manja.
Even dia tampar2 pipi pasangan diorang pun benda tu manja walaupun kita nampak macam nak gaduh.
Mungkin cara diorang macam tu dan diorang selesa.

So, orang selalu cakap perempuan ni gedik.
Kenapa ek?
Senang je.

1. Nak tarik perhatian. Ha yang ni memang tak dapat dinafikan. Tu sebab kadang2 miangnya melampau. Cuba try cakap kuat2 dekat dalam restoran, tak pun lompat2 dalam shopping mall. Mesti orang semua pandang kan? Thats it.

2. Nak cairkan hati. selalunya yang terkena lelakila. Ada perempuan yang sengaja buat2 manja (padahal gedik) sebab nak cairkan hati lelaki. Diorang tak tahu kot budak2 lelaki tu rasa nak tampo je sebab meluat. (ikut cite member aku)

3. Bercita-cita nak jadi pelakon. Diorang ni kan plastik. Orang plastik kan memang suka berlakon. So diorang jadila gedik dengan harapan David Teo akan ambil diorang berlakon dalam mana2 filem dia. Sekarang kan tengah musim semua orang nak jadi popular. Haha.

Tak salah nak menggedik kalau benda tu sifat semula jadi. Tapi biar berpada2.
Jangan sampai orang meluat.
Mungkin kita rasa kita manja, tapi pandangan orang lain pulak berbeza.
Perempuan Manja vs Gedik?
Mana satu pilhan anda.