Saturday, January 18, 2014

Oh My Anak Bongsu!

Assalamualaikum dan Hi!

Sape kat sini anak bongsu angkat tangan!
Eh bukan..
Sape anak bongsu kita geng!
Hahaha.

Topik hari ni kita cerita pasal anak bongsu.
Selalu anak bongsu dikaitkan dengan apa ek?
Comel?
Manja? 
Garang?
Hahaha.

Mama kenapa adik kecik sangat? -___-




Ok jom tengok FAKTA ANAK BONGSU hasil daripada kajian Dr. Fadzillah Kamsah.

1. Senang nak maafkan orang. (baik hati la ni)
2. Garang macam harimau. ( macam singa betina takde ke..hahaha)
3. Kalau gelak tak ingat dunia. (tau takpe)
4. Sensitif dan lembut hati. erk!
5. Ramai peminat. (Oh my!)
6. Mudah menyayangi orang lain.
7. Sukar melupakan orang yang dia sayang. (untungla!)
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai. (no komen)
9. Senyuman tetap di bibir walaupun sedih.
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.
11. Manja. krikk..krikk!!
12. Suka haiwan
13. Peramah.
14. Lemah dalam percintaan. ( aku macho r!)

Teman pun idok le tau betul ke tidak.. Tapi 90% tu adalaaa sikit persamaan.
Anda pulak bagaimana?

^__^

Monday, January 06, 2014

Manja vs Gedik..ada beza tau!

Hai!
Minggu ni final exam.
Nak tunggu lagi satu paper je ni.
Last payyperr...hahaha.

Ok berbalik kepada topik asal..
APA ITU MANJA DAN GEDIK?
Orang cakap sama tapi bagi aku berbeza.
Sangat berbeza.

Maksud gedik tu apa?
Gedik tu jenis spesies yang terlebih mengada2 atau berlebih-lebihan.
Dia nak tunjuk manja, tapi manja tu mengada2 sampai nak mintak pelempang.
Tu memang gedik tak bertempat.
Nak tau orang tu gedik ke tak senang je.
Korang tengok cara dia cakap. Orang gedik ni suka lenggok2 kan gaya dia cakap.
Lepas tu kadang jari tak reti diam. Suka cucuk2 orang.
Then kalau cakap pulak mata tu main peranan.
Terkelip2 bajet comel.
Lagi satu yang suka guna perkataan Euuuwwww tu.
Kebanyakan yang gedik ni plastik.
Hiprokit je lebih. Depan kita cakap macam sotong, belakang kita garang macam singa betina.

pinjam ganbar kat http://cikyalah.blogspot.com/



Manja pulak beza sikit dengan gedik.
Contoh paling senang nak tengok kat perempuan garang.
Biasa perempuan garang ni nampak tegas, tapi cer tengok bila diorang lepak dengan bf/suami.
Mesti nampak keayuan dan kemanjaan diorang. Hahaha.
Macam kucingla senang cite.

pinjam gambar kat http://salamkaito.blogspot.com/



Orang gedik selalunya memanjang control. Nak makan pun control sampai tak luak makanan dalam pinggan.
Tapi orang manja ni macam2 cara kita leh nampak dia manja.
Even dia tampar2 pipi pasangan diorang pun benda tu manja walaupun kita nampak macam nak gaduh.
Mungkin cara diorang macam tu dan diorang selesa.

So, orang selalu cakap perempuan ni gedik.
Kenapa ek?
Senang je.

1. Nak tarik perhatian. Ha yang ni memang tak dapat dinafikan. Tu sebab kadang2 miangnya melampau. Cuba try cakap kuat2 dekat dalam restoran, tak pun lompat2 dalam shopping mall. Mesti orang semua pandang kan? Thats it.

2. Nak cairkan hati. selalunya yang terkena lelakila. Ada perempuan yang sengaja buat2 manja (padahal gedik) sebab nak cairkan hati lelaki. Diorang tak tahu kot budak2 lelaki tu rasa nak tampo je sebab meluat. (ikut cite member aku)

3. Bercita-cita nak jadi pelakon. Diorang ni kan plastik. Orang plastik kan memang suka berlakon. So diorang jadila gedik dengan harapan David Teo akan ambil diorang berlakon dalam mana2 filem dia. Sekarang kan tengah musim semua orang nak jadi popular. Haha.

Tak salah nak menggedik kalau benda tu sifat semula jadi. Tapi biar berpada2.
Jangan sampai orang meluat.
Mungkin kita rasa kita manja, tapi pandangan orang lain pulak berbeza.
Perempuan Manja vs Gedik?
Mana satu pilhan anda.

Monday, December 23, 2013

MAAFKAN AKU FULL DRAMA



Hope korang enjoy persembahan amatur daripada kami INDERA ARTISTIK PRODUCTION...
Cerita ini tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Segala jalan cerita adalah asli dan tiada penciplakan daripada mana-mana terbitan.
Video ini di bawah bimbingan Dr. Arbaie Sujud dan dihasilkan oleh pelajar Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu UPM.

Enjoy it... ^___^

Drama . Kami . Indera Artistik Production

Minggu ni dah start STUDY WEEK!!!
Ni la masa untuk berjimba2 study habis-habisan sebelum final exam.
Seminggu je lagi...SYERAMMM!!!!

Nak cite sikit pasal assignment konon2 paling gempak semester ni.
Err..gempak ke? -___-
Boleh la kot sebab aku dah siap upload dalam youtube bagai.
Retisss kau! hahaha

Ok semester ni aku amik subjek BBK3309 Drama Melayu dengan Dr. Arbaie Sujud. Sangat-sangat best sebab kitorang dapat tugasan berkumpulan untuk berlakon.
Aliran drama kitorang dapat adalah aliran realisme, so senang sikit keje. Tak payah nak pikir cerita yang susah-susah.

Pada mulanya keje aku sebagai tukang rakam video merangkap tukang edit video. Kiranya keje belakang tabir la ni. Tapi boleh pulak member-member aku memang dengki sengaja letakkan setiap orang ada watak masing-masing. Ahli kumpulan aku ada 10 orang dan setiap 10 orang ni muka masing-masing wajib kena masuk dalam video. Patut ke tak? -____-

Nak dipendekkan cerita,ni la aktiviti kami yang aku nak share kat korang. Sambil-sambil tu bolehlah tengok keindahan UPM yang rasanya semester ni baru aku jejak tempat-tempat tu. Hehehe.
Video tu nantilah aku upload k...daaaa ^___^


para pelakon








bos besar belanja makan aiskrim.hehehe

Sunday, November 03, 2013

Aku Yang Sekarang Macam Dulu Ke?

Sape cakap aku takde perasaan?
Gila ke ap?
Hahahaha

Aku ni manusia..bukan alien versi manusia yang takde perasaan.
Nampak je buat tak kisah tapi aku ambil kisah.
Walaupun aku selalu suka cakap "ade aku kisah?"
Hahaha.

Tipulah...bohonglah..
Kalau suatu masa dulu aku takde perasaan.
Ada..walaupun sikit..
Tapi tetap ada.

Lebih-lebih lagi bila kau ambil berat segala bagai.
Ibarat pelindung,penjaga hati.
Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.
Tapi kau tetap ada tempat dalam hati.

Tapi semua tu dah berlalu.
Aku tak nak..tak sanggup nak main teka teki.
Macam dulu..
Takut jadi hiburan semata.
Langkah terbaik..
Aku angkat kaki teruskan perjalanan.
Sebab kau mampu buaikan hati aku dengan kata-kata kau
Dalam masa yang sama mampu musnahkannya sekelip mata.

Aku tak nak hidup dalam teka teki.
Cukuplah sekali..
Yang aku nak hanya kepastian.
Bukan setakat mainan kata yang boleh buat aku rebah.
Sakit..
Lebih-lebih lagi bila aku tak mampu nak berkata-kata
Bila perasaan cemburu datang
Aku hanya mampu terus ketawa

Kali ini kau datang lagi
Selepas aku dah kuburkan semua perkara tu
Betul..
"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang"
Aku tak nak tersadung lagi
Jalannya..letakkan tembok setinggi-tingginya
Macam penghadang jalan tapi lagi tinggi
Biar tak terjejas biar tak sakit
Lagipun aku dah ada DIA

DIA yang setia walaupun kadang-kadang gatal jugak aku tengok
DIA yang suka cari gaduh walaupun selalu kalah dengan aku
DIA yang selalu nasihat aku walaupun kadang-kadang perangai lebih kurang aku
DIA yang cuba jaga hati aku walaupun kadang-kadang menyakitkan hati
DIA yang cuba jadi dewasa walaupun kadang-kadang macam budak-budak
DIA yang berlagak macho walaupun sebenarnya gedik
DIA yang selalu temankan aku tidur walaupun tiap kali mesej dia yang tidur dulu
DIA yang selalu layankan mulut kepoh aku walaupun kadang-kadang aku yang sebenarnya layan kepoh dia
DIA yang sabar layan perangai ntah pape aku walaupun sebenarnya dah hilang sabar
DIA yang.........

Kalau nak bercerita pasal DIA memang banyak. Bukan sebab DIA perfect tapi sebab DIA menerima seadanya. Dan disebabkan DIA aku cuba belajar jadi seorang yang setia walaupun aku gila-gila.

DIA yang membantu aku melupakan seseorang yang pernah ada dalam hati suatu ketika dahulu.
Yang pasti aku sedang membina bahagia dengan DIA.

p/s : tengah buat skrip untuk esaimen drama..
imagine watak feeling2 ni...hahahaha