Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul..Apa Itu Wasatiyyah?

Hari ni merupakan sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau 2013 Masihi dan jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013(hari Khamis).
Tema sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada kali ini adalah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Apa maksud Wasatiyyah?
Merujuk kepada kamus bahasa arab,wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat yang (الوسط)  diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana).Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil,sederhana dan terbaik.
Sumber : Klik Sini


Sebenarnya Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah s.a.w walaupun sekali.Begitu juga para sahabat,tidak pernah menyambut kelahiran Rasulullah ketika hayat baginda.Malah para sahabat tidak pernah menyambut kelahiran mereka sendiri.Hal ini kerana sambutan seperti ini belum menjadi budaya mereka pada masa itu.
Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran mereka kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka.Mereka juga tidak perlu menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah s.a.w terutama apabila berasa rindu.Walaupun tiada kesempatan bertemu Rasulullah s.a.w,sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi'in,umat Islam telah berselerakkan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh daripada Makkah dan Madinah.Tidak dinafikan,sebahagian daripada mereka lupa untuk mengamalkan ajaran Islam lantaran semakin jauh daripada roh dan ajaran perjuangan Rasulullah s.a.w.Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif membimbing orang ramai ke jalan benar.

Kemudian lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji.dalam karya tersebut mengandungi kisah semasa kelahiran singga wafatnya Rasulullah s.a.w.Karya tersebut dibacakan kepada orang ramai dan dipersembahkan dengan cara yang menark bagi membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w.Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Sumber : Klik Sini




Tuesday, January 22, 2013

Tips Hilangkan Bau Ketiak Hangit

Err...agak melampau perkataan hangit tu kan.Tapi aku tak peduli.Gara2 bau hangit tula aku hampir pengsan.Grrr!!!
Penah tak korang nampak sorang mamat ni hensem or awek ni cun gile dalam bas.Korang pun konon2 terpegun jap.Kebetulan tempat duduk korang tu kosong.Si mamat or awek ni pun duduk kat sebelah korang.Ttbe hidung korang kembang kempis.Bukan sebab bangga dapat duduk sebelah manusia hensem or cantik.Tapi terhidu bau yang KURANG MENYENANGKAN.




Penah tak alami benda camtu?Aku dah banyak kali alami since pandai ronda2 bandar naik bas.Hadoiii...nak pengsan,nak muntah pun ade.Ade skali member aku yang tengah lapar gile2 terus hilang selera makan satu hari gara2 terkesan dengan bau tu.Ahakz!!!
Ni petua orang2 tua.Tak payah nak pegi spa sangatla habis beratus hengget.

Setiap kali mandi dan semasa nak mandi,duduk mencangkung.Lepas tu tenyeh atau sental ketiak korang tu kat kepala lutut sambil selawat 3 kali.Mula2 ketiak kanan tehn ketiak kiri plak.Sental je kuat sampai korang yakin bau hangit tu boleh hilang.Jangan melecet dahla.Hikhik.

Petua lain plak,korang leh gunakan limau nipis.Cara ni pun berkesan gak.Ambil tiga or empat biji limau nipis.Potong semua buah limau tu.Then sental r kat ketiak lepas mandi.Sibuk sangat nak mandi limau,mandi bunga nak cepat dapat jodoh..Hah!Sental dulu limau tu bagi hilang bau ketiak.

Amalkan setiap hari.Insyaallah hilanglah bau hangit tu.Lepas tu kalau nak kuar jalan2 dan tak yakin dengan bau badan sendiri,jangan lupe plak pakai REXONA.

Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru

Since dah start berblogging,macam2 entri aku dah bace.Semuanye menarik dan leh tambah ilmu.Sambil2 tu aku pun nak cari follower gakla.Hehe
Ok aku terjumpa satu entri yang menarik khusus untuk blogger baru macam aku ni.Syaratnye follower korang mestilah kurang 300,instead of over 300 ok.Boldkan sikit.Hehe.
Tujuan page ni diisikan oleh Blogger Baru untuk menaikkan traffic dan meningkatkan follower.Done.
Lets do it!

  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang-------->Done!
  2. Buat entri yang bertajuk "Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ni---->Done!
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen------Done!
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya,namun saya berbesar hati jika ada yang sudi---->Done!
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda--------->Done!
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong-------->Done!

Monday, January 21, 2013

Teddy Bear..Sweet Ke?

Semua perempuan suke teddy bear a.k.a Cik Ted ke?Nape ye?Aku pun heran..
Aku tak cakapla aku ni lelaki,aku pun perempuan gak tapi tak de bela sekor pun Cik Ted ni.Ramai member2 aku suke Cik Ted.Yang meroyan gile semacam bile nampak Cik Ted pun ade.Hahahaha.




Maybe budak2 perempuan suke sebab Cik Ted ni gebu n comel.Erk! Entah..tak de feeling aku dengan binatang ni.Dulu mase kecik2 aku suke r.Dah besar ni tak minat pulak dengan Cik Ted.Even Mr.Bean pun ade Cik Ted kan.



Tapi tak semua perempuan suke Cik Ted.Aku penah bace satu cerita ni.Brother tu ade sorang adik perempuan dan tak minat Cik Ted.Ade skali tu bro tu nak usik adik die dengan hadiahkan sekor teddy bear.Ape lg..naik hantu la adik die.Terus die bakar Cik Ted tu.Sadis tol! (-_-')

arwah dulu baik orangye...

Ade jugak lelaki yang suke teddy bear.Biase lelaki yang macam ni jenis sweet dan manja.Lagi2 dapat peluk Cik Ted yang besar gedabak tu.Konon2 cam peluk buah hati la tu.True...sebab aku penah jumpe orang camni.Sanggup curi2 amik Cik Ted adik perempuan die buat tido.Hikhik.
Jenis lelaki camni pun suke benda2 romantik dan sentimental.Kire untungla si awek sebab dapat lelaki yang lembut (bukan lelaki awww) dan romatik.
Aku tak bape minat dengan Cik Ted ni.Maybe terpengaruh dengan cite hantu CHUCKY.Bukan penakut,seram je.Hihihi.


Agak2 kalau malam2 nampak patung camni,mahu ca alif but kan..Lagipun tak elok simpan patung dalam rumah.Tapi kebanyakan perempuan buat teddy bear jadi bantal peluk diorang je.Patung diharuskan untuk permainan kanak2 sebab Aisyah r.a sendiri pernah bermain dengan patung mase kecik2.

Rujuk : Klik Sini

Aku pun ade Cik Ted jugak.sape cakap tak de.



Taraaaa...Ni la Cik Ted a.k.a Mr Nitemare aku kat rumah.Time cuti sem je aku peluk bantal ni.Aku rase bendalah ni lagi comel dari teddy bear.Hahaha.
Sampaikan someone cakap aku ni pelik sebab benda yang nampak seram tu aku cakap comel.Tapi aku tak cakap la hantu kak Limah tu comel ok...(-_-')










Kenapa Dengan .M.O.N.D.A.Y.

ISNIN..atau bahasa omputihnye monday.
Kenapa dengan ari ni..Biase ari isnin la ari yang aku paling malas.Sebab terpakse g klaz dalam keadaan mengantok.Yela..tak de semnagt nak g klaz kan.Cube kalau diajak g merayap ke hape,terbelolok mata tu,laju je kan kalau nak merayap.Hikhik.


mcm muke kucing kt cafe kolej aku..hihi

Kenapa ari isnin selalu diANAK TIRIkan?Entah ek..Sebab ari bermula pertama yang bakal menyemakkan kepala dengan segala macam keje kot.Haha.For sure la kan..dah sedaaappp 2 ari cuti,then bila nak masuk keje or g klaz kau jadi malas ek.Lemak katak ko!(katak ade lemak ke)

aku teringat sem lepas.Pagi2 je muke kitorg akan mengantok segar sebab takut kene sound dengan lecturer yang bermulut pedas manis.Hahaha.So,pagi2 semua kene datang awal.Kalau tak pintu kene kunci.(ugut je tu)
Biase aku suke masuk lewat,tapi ni jam tak de can r.Kalau masuk lewat mesti die tanye..

Lec : "kenapa datang lewat?"
Stud : "bangun lambat prof."
Lec : "oh..tak sembahyang subuh ke?agaga"

Slumber je lec aku sound camtu.Bikin malu daa...Dan semua mampu tunduk je.Karang tak pasal2 dengan kau2 skali kene sound.Hahaha.
Tapi sebenarnye die nak ajar kitorg supaya berdisiplin.Orang yang tak berdisiplin ni tak berjaya.Die slalu pesan camtu.So berdisiplin ke aku ni?Hihihi.

Hari yang paling tak sabar adalah hari JUMAAT.Sebab klaz aku sampai hari jumaat.So sabtu dan ahad aku leh rehat.


Yeahhh!!! Jumaat is coming...
Erk!! Baru masuk hari isnin la...(-_-')
Huhu..So jangan salahkan isnin sebab ari isnin hari pertama kita bekeje,hari pertama kita membina matlamat untuk berjaya.Kalau tak de ari isnin maka tak delah ari slase kan.Pastu tak delah ari jumaat.Then tak merasalah nak berjimba2 ari sabtu dan ahad.
Oleh itu hargailah ari isnin selagi ia masih ada.(dah cam iklan sayangi nyawa anda plak..huhu)