Monday, January 21, 2013

Teddy Bear..Sweet Ke?

Semua perempuan suke teddy bear a.k.a Cik Ted ke?Nape ye?Aku pun heran..
Aku tak cakapla aku ni lelaki,aku pun perempuan gak tapi tak de bela sekor pun Cik Ted ni.Ramai member2 aku suke Cik Ted.Yang meroyan gile semacam bile nampak Cik Ted pun ade.Hahahaha.




Maybe budak2 perempuan suke sebab Cik Ted ni gebu n comel.Erk! Entah..tak de feeling aku dengan binatang ni.Dulu mase kecik2 aku suke r.Dah besar ni tak minat pulak dengan Cik Ted.Even Mr.Bean pun ade Cik Ted kan.



Tapi tak semua perempuan suke Cik Ted.Aku penah bace satu cerita ni.Brother tu ade sorang adik perempuan dan tak minat Cik Ted.Ade skali tu bro tu nak usik adik die dengan hadiahkan sekor teddy bear.Ape lg..naik hantu la adik die.Terus die bakar Cik Ted tu.Sadis tol! (-_-')

arwah dulu baik orangye...

Ade jugak lelaki yang suke teddy bear.Biase lelaki yang macam ni jenis sweet dan manja.Lagi2 dapat peluk Cik Ted yang besar gedabak tu.Konon2 cam peluk buah hati la tu.True...sebab aku penah jumpe orang camni.Sanggup curi2 amik Cik Ted adik perempuan die buat tido.Hikhik.
Jenis lelaki camni pun suke benda2 romantik dan sentimental.Kire untungla si awek sebab dapat lelaki yang lembut (bukan lelaki awww) dan romatik.
Aku tak bape minat dengan Cik Ted ni.Maybe terpengaruh dengan cite hantu CHUCKY.Bukan penakut,seram je.Hihihi.


Agak2 kalau malam2 nampak patung camni,mahu ca alif but kan..Lagipun tak elok simpan patung dalam rumah.Tapi kebanyakan perempuan buat teddy bear jadi bantal peluk diorang je.Patung diharuskan untuk permainan kanak2 sebab Aisyah r.a sendiri pernah bermain dengan patung mase kecik2.

Rujuk : Klik Sini

Aku pun ade Cik Ted jugak.sape cakap tak de.



Taraaaa...Ni la Cik Ted a.k.a Mr Nitemare aku kat rumah.Time cuti sem je aku peluk bantal ni.Aku rase bendalah ni lagi comel dari teddy bear.Hahaha.
Sampaikan someone cakap aku ni pelik sebab benda yang nampak seram tu aku cakap comel.Tapi aku tak cakap la hantu kak Limah tu comel ok...(-_-')










Kenapa Dengan .M.O.N.D.A.Y.

ISNIN..atau bahasa omputihnye monday.
Kenapa dengan ari ni..Biase ari isnin la ari yang aku paling malas.Sebab terpakse g klaz dalam keadaan mengantok.Yela..tak de semnagt nak g klaz kan.Cube kalau diajak g merayap ke hape,terbelolok mata tu,laju je kan kalau nak merayap.Hikhik.


mcm muke kucing kt cafe kolej aku..hihi

Kenapa ari isnin selalu diANAK TIRIkan?Entah ek..Sebab ari bermula pertama yang bakal menyemakkan kepala dengan segala macam keje kot.Haha.For sure la kan..dah sedaaappp 2 ari cuti,then bila nak masuk keje or g klaz kau jadi malas ek.Lemak katak ko!(katak ade lemak ke)

aku teringat sem lepas.Pagi2 je muke kitorg akan mengantok segar sebab takut kene sound dengan lecturer yang bermulut pedas manis.Hahaha.So,pagi2 semua kene datang awal.Kalau tak pintu kene kunci.(ugut je tu)
Biase aku suke masuk lewat,tapi ni jam tak de can r.Kalau masuk lewat mesti die tanye..

Lec : "kenapa datang lewat?"
Stud : "bangun lambat prof."
Lec : "oh..tak sembahyang subuh ke?agaga"

Slumber je lec aku sound camtu.Bikin malu daa...Dan semua mampu tunduk je.Karang tak pasal2 dengan kau2 skali kene sound.Hahaha.
Tapi sebenarnye die nak ajar kitorg supaya berdisiplin.Orang yang tak berdisiplin ni tak berjaya.Die slalu pesan camtu.So berdisiplin ke aku ni?Hihihi.

Hari yang paling tak sabar adalah hari JUMAAT.Sebab klaz aku sampai hari jumaat.So sabtu dan ahad aku leh rehat.


Yeahhh!!! Jumaat is coming...
Erk!! Baru masuk hari isnin la...(-_-')
Huhu..So jangan salahkan isnin sebab ari isnin hari pertama kita bekeje,hari pertama kita membina matlamat untuk berjaya.Kalau tak de ari isnin maka tak delah ari slase kan.Pastu tak delah ari jumaat.Then tak merasalah nak berjimba2 ari sabtu dan ahad.
Oleh itu hargailah ari isnin selagi ia masih ada.(dah cam iklan sayangi nyawa anda plak..huhu)

Sunday, January 20, 2013

Rokok Elektronik...Suda Tukar Ka?

Korang penah dengar tak pasal ROKOK ELEKTRONIK?Penah??Tak penah??
Aku baru je tau pasal bendalah ni.Tu pun secara tak sengaja mase tengah tengok berita kat tv.Telinga dengar apa yang pemberita tu cakap,tapi mata dok fokus kat bahagian bawah yang cam iklan bergerak tu.
Entah camne aku leh terpandang plak pasal rokok elektronik ni.Aku pn bercot cet dengan pakcik google.Cari punya cari barula aku tau ape benda sebenarnya rokok elektronik ni.


Rokok elektronik ni merupakan rokok yang dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada perokok2 tegar.Selamat ke?Dah namenye pun elektronik kan..kang buatnye terbakar ke rentung ke tak ke haru.Hikhik.




Rokok elektronik ni juga boleh menjimatkan duit si perokok tegar ni.Yeke?Entah ek..Sebab aku tak penah cuba pun bendalah ni.
Rokok elektronik ni mengandungi cecair yang ade macam2 perisa buah dan menggunakan bateri untuk bakar cairan tersebut.(perisa durian tak de ye)




Sebenarnya satu penyelidikan terbaru menunjukkan rokok elektronik ni boleh merosakkan paru2.Bukan rokok biase je boleh.Walaupun nampak moden,guna cecair dan bateri,tapi rokok ni menyebabkan si pengguna kekurangan oksigen yang diserap oleh darah.Tapi ade jugak yang mengatakan rokok ni tak berbahaya.Mane satu ni? (-_-')
Rokok elektronik turut membebaskan nikotin.Maknanye cecair perisa buah ni ade nikotin la ye...




Kira2 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik ni.Erk! Ramai rupenye...Kebanyakan alat ni diimport dari China.Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri,atomizer dan katrij niotin.Apabila pengguna menyedut rokok elektronik,cip elektronik akan mengesan pengaliran udara didalamnye.Kemudian microprosessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.Hasilnya,pengguna akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
Rokok ini mengeluarkan asap yang sama seperti rokok biasa tapi tak mengandungi karbaon monoksida dan tidak berbau.

Rokok elektronik juga mengandungi pelbagai jenis nikotin yang bervariasi seperti nikotin pelarut,propilen glikol,dietilen glikol dan gliseren.Kandungan yagn dicairkan ini akan menyebabkan terjadinya kanser.Namun sejauh mana bahaya atau tidak rokok elektronik ni terhadap kesihatan masih menjadi perbahasan.
Yang pasti,rokok ni tak keluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tak menyebabkan orang lain menerima kesan buruk yang sama seperti perokok elektronik.








Saturday, January 19, 2013

Perempuan Cepat Perasan?

kalau ada orang cakap perempuan ni cepat perasan lelaki tu suka kat die,or cepat sangat jatuh cinta..aku memang SETUJU.Hahaha.
Bila ada lelaki rapat sikit,usha sikit,amik tau semua pasal perempuan tu,amik berat segala macam benda,pendek kate CARING la konon2nye..perempuan akan dengan mudah perasan lelaki tu suke kat die dan cair macam coklat kene matahari.Padahal lelaki tu just anggap die macam kawan je.Hikhik.




Bila lelaki tu ada contact,mesej or berbual dengan perempaun lain,mulalah perempuan tu macam orang kene bomm!!Dush! Its true la..Cemburu tak memasal kan.Hehe.Then part yang best kalau perempuan tu dapat tau lelaki tu dah ade awek or tengah meng'usha' seorang awek,mulalah die jadi primadona air mata kate lelaki tu main2kan hati die la,curangla.
Oh you broke my heart! How dare you!
(nangis kot Neng Yatimah sebab shock ad orang lagi berbakat dri die).hehehe.

Whoaaa!! Mesti lelaki tu terpinga2 tak tau cite.Lagi2 bile die kene serang dengan segerombolan geng2 si perempuan tadi.Kesian die kan.Die tak de maksud pun nak kucar-kacirkan kehidupan si perempuan,lagipun die just anggap perempuan tersebut sebagai kawan biasa.Thats all!
Si perempuan pulak malu dan balik umah pam muka dalam tandas.Erk!!(dont try this at home)

"jangan cuba sentuh hati perempuan kalau kita tak ada niat apa2 terhadap dia"
UIA

Perempuan dan lelaki ditakdirkan untuk menjadi jodoh,bukan untuk jadi kawan baik.So berhati2 kepada perempuan ada BFF yang bernama lelaki.


p/s : aku ada BFF name USOP..ape citer ni woii!!OH TIDAKK!!!!




Wednesday, January 16, 2013

Muzik Dan Personaliti

Suka dengar muzik?Suka karoeke walupun suara tak sedap?Tahukah anda bahawa personaliti seseorang itu boleh dipengaruhi oleh jenis muzik yang didengari?
Acecehh...apehal ttbe ayat nak skema sangat ni.Hehehe.Korang mesti suka muzik kan.Tipula kalau tak suka sebab dalam bilik air pun korang akan menyanyi jugak kan.

Sebenarnya muzik boleh mempengaruhi jiwa dan personaliti korang.Macam mane tu?Semuanya berdasarkan    jenis muzik yang korang suka dengar.Kan sekarang macam2 jenis muzik yang ada kat pasaran.Ada balada,jiwang karat,rock kapak n macam2 lagi.


atototo..tomeynye baby..( ^_^ )


KLASIK,JAZZ dan BLUES
*kreatif
*bijak
*keyakinan diri tinggi
*senang untuk bergaul
*mempunyai IQ tinggi
*klasik > pendiam
*blues > lebih lemah lembut berbanding lain

POP
*rajin
*outgoing
*jujur
*lemah lembut
*konvensional
*keyakinan diri yang tinggi

RAP dan HIP HOP
*outgoing
*outspoken (spontan)
*keyakinan diri yang tinggi

ROCK dan HEAVY METAL
*dikaitkan dengan ganas,kebiasaannya lembut jika mengenali mereka
*kreatif
*pendiam
*keyakinan diri rendah

INDIE
*berintelektual
*kreatif
*kurang lemah lembut
*tak kuat bekerja
*keyakinan diri rendah
*pasif

Personaliti bukan 100% boleh dicerminkan melalui muzik.Contohnya aku sukakan muzik rock dan dikatakan pendiam.Tapi terbalik dengan personaliti sebenar aku.
So,benda ni sekadar suka2 yang dibuat kajian oleh ahli psikologi.Ingat..tak semua kajian daripada manusia selalunya tepat.
So kite enjoy!!!

^__^