Thursday, September 06, 2012

Zaman Dah Berubah

tengah lepak2 layan youtube,ttbe aku teringat plak cite kenakalan aku zaman sekolah dulu.kalau ingat2 balik,aku gelak sorg2.memang nakal sangat2 dulu.paling best mase zaman aku form 6.degil ya amatttttt.yela  paling senior dalam sekolah kan.tak semua sekolah ade form 6.so memang terasa len r.lagipun kitorg digelar pra-U.name je pra U,tapi langsung xmatured.budak2 baru nnak menginjak dewasa la katekan.

sebenarnye seronok bile mase form 6 ni.korgla kepala sebar dalam sekolah,bukan besar kepala ye.segala aktiviti dalam sekolah students form 6 yang create,berbanding students form 1-5 yang hanya ikot aktiviti cikgu wat.lagi 1,walaupun dalam seragam sekolah,tapi ade kelainan n perbezaan dari segi pakaian n cara layanan cikgu2.yela dah namenye form 6,umo dah 18,mestila cikgu layan cam orang besar.sebab umo 18 tu ikotkan memang xlayak dah digelar budak sekolah.dah tua pun.hahaha

ok kat bawah ni aku nak tunjuk zaman form 6 aku yang hepening.enjoy kegilaan aku dulu.hehehe

sastera crew 09/2010


aneh2 je

muke bahagia

rock u bebeh!!

beng!beng!

charlie angels

lap u!!

jangan lepaskan die!!

mak pipi saya kene cubit!!

budak pelik

mase lower 6

artifak aku

kak zu,zaries n aku

beriya budak 2 orang ni

ye ye oo je!!

cari maklumat sambil berFB

wekkkkk!!!!

letih ke bosan?

member

hot stuff~pantang nampak camera

papa n mama

kat mane2 mest muke ni ske interfrem

kene buli~hasil keje aku.hahahaha

jamuan hari raya

mangsa buli

lagi sekali interfrem

yeah!!kami ganas!!

hasil seni kami

rock u!!!

posing sakan~

the hulk~krekkk

teropong kamu

asyik aku je kene buli!hahaha~zaries

sempat posing walaupun tengah melukis

senget jap kepala aku

hari sukan sekolah

beriya melukis

daya n zaries

azri n didy

zaries,azri,didy n daya

kami pegi beraya!!

posing jap~cikgu xde dalam klaz

arghhhhh!!!sakit mate.kale baju striking sangat

teropong~

form 6 batch 09/2010~melawat SMK Bandar Tenggara

andai dapat ku undurkan putaran dunia..hehehe.aku nak msok form 6 balik.ni la dunia paling best n hepening.member sporting,gile2,cikgu plak best.tapi sekarang semua tu dah berubah.ni kenangan 2 tahun lepas.sekarang umo aku dah 21 tahun.lagi 2 tahun setengah aku nak grad.
member2 aku yang len alhamdulillah overall ok.ade yang jadi askar,ade yang sambung blaja cam aku.benda lepas wat kan kami makin matang.tapi aku tetap aku.matang tapi gile2 (err..matang ke?huhu).


p/s : wat klaz 6A4..kitekan ACA..Anak Cikgu Anuar.hehehe
        ^__^



Eyka vs Ika

huwaaa....bosannye duk kat umah!!!sambil mengira detik 2 ari lagi kembali ke pangkuan kolej tersayang.krekk!!
ok semalam aku hang out dengan member lama merangkap member bek aku..spe member lama aku tu?bpe ramai member bek aku ade??hehe.die ni member bek dari zaman aku form 6 lagi.kiotorg start rapat mase upper 6.sebabnye kitorg duk sebelah2.tapi mule2 kitorg duk sebelah tingkap.aku duk kat belah kiri paling hujung n die plak kanan paling hujung.nth budak klaz aku setting tmpat duduk (knon2 nak wat style kedudukan dalam dewan kuliah) sampi akhirnye kitorg duk kat sebelah2.


bagi ceramah motivasi kat pelajar form 6

ramai orang tanye aku..die tu gugurl,aku plak cam boboy  kasar.bukan macam tapi memang kasar.huhu.cne leh rapat ek??semuanye bermula dari S E N I.die ni teramatla gilekan seni lukis n aku plak teramatlah minat nyampah gile bile part seni.sebab aku xreti lukis!!bukan aku xminat seni,cume part men lukis2 je mesti aku jadi down.xtau r kat mane silapnye.memang aku ni xd bakat or tangan aku keras cam kayu susah nak lentur.hahaha.
semalam kitorg hang out same2 sambil posing2.ade gak oarang tengok kitorg pelik je.peduli ape ak!hahaha.sekurang2nye sempat jugakla aku jumpa 2,3 orang member aku sebelum cuti sem ni abis.mase raye dahla ku xsempat jumpa member2 lame.sory guys..aku bz gile dengan keje part time.huhu.cuti next sem  plak kite hang out k.

baru aku perasan ni bukan makan tapi melantak.hahaha

makan2

posing dulu sebelom makan

sweet

peace yo!

muke hepy makan banyak

princess Ika

ade mase kite hang out lagi k.kali ni tengok wayang plak.hehehe




Monday, September 03, 2012

Ada Apa Dengan Otak

otak??ape tu?adakah sejenis otak2??otak is brain n brain is otak.hahaha.otak merupakan salah satu sistem yang penting terletak di atas kepala,bkn di kepala lutut ye.terdapat byk sel2 neuron yg hidup di dalam otak.sel neuron tu ape?sel neuron merupakan sel yang menyimpan segala maklumat dalam otak.kire sel neuron ni cam cik seketery la,tolong simpan fail2 maklumat.

ni bentuk otak dalam kepala manusia

ni plak bentuk sel neuron mse aku blaja subjek biology time form 5

err...yg ni plak sejenis otak2.untuk dimakan ye adik2.sedap ni..dh lme aku xmkn.

ok sel neuron ni bukan satu je yg ade dalam otak,tapi ade berBILLION TRILLION lagi.ko bayangkan berape banyak maklumat kite leh simpan.no wonder la manusia ni ramai yang pandai2.sebenarnye semakin kerap atau kuat kite berfikir,semakin banyak sel neuron terbentuk.orang yang jarang berfikir atau memerah otak untuk berfikir paling minimum mempunyai 10 billion sel.tapi orang yang kuat dan rajin berfikir mempunyai 1 trillion sel dalam kapasiti otak yang sama.can you imagine that??mesti korg penah tengok iklan susu yang ade tunjuk sel neuron saling berhubung.camtula jadi dalam otak korg bile kite rajin berfikir.

sel neuron saling berhubung

otak terbahagi kepada 2 bahagian,otak kanan dan otak kiri.setiap bahagian otak ade fungsi masing2.nak tau ape die fungsi otak?kite skroll bwk cket..


OTAK KANAN
*imaginasi
*berfikir secara kreatf
*irama

*khayalan
*emosi
*ilham

*gerak hati
*warna
*muzik

OTAK KIRI
*mengingati maklumat atau pengetahuan
*menyimpan data dan fakta
*menganalisis
*memahami logik,bahasa dan matematik


so..dah tau kan ape fungsi otak.kebiasaan orang yang menggunakan otak kanan ni suke benda2 seni dan kreatif.otak kiri plak biasenye seseorang yang lebih suke bermain dengan nombor.dah tau korang dalam kategori mane sekarang?
aku suke sangat kaji pasal otak ni.sebab ape?sebab otak kite ni banyak sangat kelebihan yang kite xtau.selain menyimpan banyak maklumat,otak mampu memanipulasi minda orang lain.hah!!macam mane tu??kalau nak tau,tunggu next entry plak.aku dah penat nak menaip..hehehe

Saturday, September 01, 2012

Assignment Aku

ari ni aku nak tunjuk sikit assignment yang aku wat mase sem 2.ha ni assignment bakat kreatif.setiap pelajar fakulti bahasa moden dan komunikasi atau nme glamernye FBMK wajib amik.subjek ni berkaitan psal puisi,cerpen n cam2 lagi penghasilan penulisan kreatif.yela dh nmenye pun bakat kreatif kn...

ok kite skroll bawah tgk ape yg ade..



gambar ni aku edit sendiri.juz for fun.berangan konon2 aku ade novel sendiri.hehehe.ni tajuk cerpen aku.cerpen pertama yang aku wat.tu pun sebab assignment ni wajib anta.kalau x..memang xdenye aku rajin nak menaip.
kat bawah ni aku sertakan skali jalan cerita (full) yang aku wat.hope korg enjoy..^__^
*
*
*
*
*

Malam semakin dingin.Kedengaran suara cengkerik bersahutan meraikan malam yang kian kelam.Ika bersiap sedia di meja bagi menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarahnya.Mulutnya terkumat-kamit menyanyi mengikut rentak lagu yang kedengaran dari komputer riba miliknya.Jari jemarinya ligat mengetuk papan kekunci bagi menyudahkan semua pekerjaannya.
Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

            Tingkahnya terjeda.Bibirnya terkelu.Telinganya menadah alunan lembut muzik yang mendamaikan lagi menenangkan jiwa.Matanya terpejam rapat menghayati lagu tersebut.Dirinya seakan-akan dipukau,terus kaku dan membisu.Hatinya tersentak mendengar alunan pilu bait-bait lirik lagu tersebut.Perlahan-lahan Ika membuka mata.Lagu tersebut seperti menceritakan semula kenangannya.
                        Biar ku pujuk hati ini
                        Merawat rinduku sendiri
                        Setelah aku kau lukai
                        Sedangkan kau tahu
                        Kasih aku hanyalah untukmu
                        Tiada lain dalam diriku
                        Tak kan berubah walau dipisah laut biru
Benar..saat ini dia sememangnya memujuk hati yang rawan.Tercampak ke negeri orang merupakan permulaan untuk merawat lukanya.Universiti Putra Malaysia menjanjikan kehidupan sebagai seorang pelajar yang sangat sibuk.Dari sinilah Ika membina kekuatan bagi mencapai cita-citanya.Ika belajar menghadapi ujian yang kecil ini dengan hati yang lapang.Syukur alhamdulillah..setapak demi setapak dia bangkit kembali.Walau hatinya pernah terluka,namun itu bukan alasan untuk dia terus rebah.Masih ada sinar harapan yang melewati hari-hari yang mendatang.Ika tahu dia seorang perempuan yang tabah dan kuat.
            Selama ini tidak pernah sekali pun dipertontonkan luka di hatinya.Dia tidak sesekali mengalah dalam percaturan hidup.Ika yakin takdir boleh diubah.Doa itu senjata umat Islam,kerana itu dia tetap meneruskan perjuangan.Harapan daripada ayah dan bonda menjadi azimat.Namun,hari ini Ika merasakan dia kalah.Alunan lembut suara Adira bergemersik menyanyikan lagu Lara Lagi daripada filem Ombak Rindu.Perlahan-lahan air matanya mengalir lesu.Masih terbayang-bayang lagi di tubir matanya peristiwa yang membuatkan hatinya terguris.
**********************************************************************************************************
8 tahun lepas..
            “Ika,jom teman aku beraya di rumah Fahmi.Kan kau dah janji nak temankan aku.”Ina berkata.
“Bila masa aku ada janji macam tu?Setahu aku,kau yang paksa aku temankan kau.”Ika membantah apabila Ina cuba untuk menuntut janjinya.
“Ala,aku seganlah nak jumpa dengan mak Fahmi.Kau kan tahu aku ni pemalu..Hehe.”
“Kau pemalu?Hahaha..aku macam tak percaya je kawan aku ni pemalu.Bukan kau ni memang jenis tak tahu malu ke,nak jadi perempuan Melayu terakhir lah kononnya.Cis!Dasar hipokrit punya kawan..Haha.”.Ika sengaja mengutuk Ina dengan niat hanya untuk menyakat rakannya itu.
“Ala..bolehlah Ika.Kau saja kawan aku yang terbaik.Kau mesti akan tolong aku kan.Betul tak?Sekali ni saja aku minta kau temankan aku.Please..”.Ina tetap berusaha untuk memujuk Ika.
“Yalah..nanti aku temankan kau.Tapi sebelum itu kau kena belanja aku air.Air mineral aku dah habislah.”
“Ok..aku tak kisah.Janji kau dah setuju temankan aku.”Mereka berdua berjalan beriringan ke kantin sekolah setelah selesai menjalani latihan silat.Ika dan Ina merupakan pesilat bagi sekolah mereka.Ina dan Fahmi berumur sebaya,iaitu 17 tahun,manakala Ika berumur 16 tahun.
*******************************************************************************************************
Di rumah Fahmi..
“Eh Mi,tu adik kau ke?Aku tak pernah nampak pun.”Ika bertanya kepada Fahmi.
“Ya..tu adik aku.Dia tak sekolah di kawasan ini.Dia sekolah di Port Dickson.Adik aku tu bakal tentera tau.Kau nak kenal dengan dia ke?Haha.”Fahmi menerangkan serba sedikit mengenai adiknya kepada Ika sambil menyakat gadis itu.Ika mencemik muka lalu berlalu pergi ke arah Ina.Mereka pulang selepas itu dengan ditemani oleh Fahmi dan adiknya.Di sepanjang jalan,usikan nakal kedengaran daripada Ina dan Fahmi yang giat menyakat Ika dan adiknya,Fikri.Ika dan Fikri hanya mendiamkan diri tanpa mahu mengambil pusing tentang usikan tersebut.
“Hai Ika,senyap sahaja.Selalu kau banyak mulut,ada sahaja idea kau membidas orang.Tiba-tiba cik srikandi kita ni jadi pendiam pula.” Fahmi mengusik.
“Betul tu Ika,aku pun peliklah.Kau malu ke?Aku tak sangka pula perempuan yang selalu berwajah selamba ni pemalu rupanya.Haha.”Ina pula menyokong kata-kata Fahmi.
“Sudahlah,aku malas mahu melayan kalian.Bukan aku malu,cuma aku letih sahaja.” Balas Ika sambil menjeling ke arah Fikri.Fikri hanya tersenyum sambil mengangkat bahu menandakan dia tidak masuk campur perbualan mereka itu.Fahmi dan Ina ketawa mendengar alasan yang diberikan oleh Ika sedangkan pada hakikat sebenar mereka tahu Ika malu apabila berhadapan dengan Fikri.Mungkin selama ini Ika yang terkenal sebagai seorang yang bergaya selamba tidak pernah mengambil endah tentang lelaki,tidak seperti kebanyakan pelajar yang mula berjinak-jinak dengan cinta di usia yang muda.Ika hanya menumpukan perhatian pada pelajaran dan persatuan silat mereka sehingga dia muncul sebagai pelajar tebaik dan juara pertandingan silat setiap tahun.
*********************************************************************************************************
3 tahun selepas itu..
“Memang tak kan ada gadis,secantik aku tapi yang lebih cantik,banyak..Hai Ika,kau tengah buat apa tu?”Farah menegur Ika sambil bernyanyi riang lalu kesukaannya,yang dipopularkan oleh Shila Amzah.
Tanpa memandang gadis yang telah dikenali melalui suaranya sahaja itu,Ika menjawab,”Tengah basuh baju.” Farah hanya tergelak mendengar jawapan Ika yang sememangnya suka membuat loyar buruk.Perhatian Ika sedikit terganggu dengan kedatangan Farah.Dia sedang bertungkus lumus menyiapkan projek seninya bagi Tingkatan Enam Atas yang akan dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.Dia mengeluh kerana keletihan setelah berjam-jam mewarna projek seninya.Farah yang melihat keadaan Ika,datang memberikan air yang dibawa ke sekolah.Dia amat mengenali Ika yang rajin dan kuat bekerja,kerana itulah dia menjadi pelajar cemerlang dari dahulu sehingga sekarang.
“Ika,lepas dapat keputusan STPM,kau nak mohon kursus apa?”Farah bertanya.
“Aku nak minta kursus Sastera Melayu.Kau pun tahu kan aku memang minat bidang sastera.Sebab tu aku masuk kelas sastera.Seni dan sastera,dua bidang yang aku minat tapi aku lebih kepada bidang bahasa.”Mereka berdua tidak sabar untuk masuk ke universiti kerana itu adalah impian setiap orang.
*********************************************************************************************************
Selepas keputusan peperiksaan keluar..
“Tahniah Ika,saya bangga kamu mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang STPM.Tidak sia-sia saya mencurahkan ilmu kepada kamu.Inilah hadiah yang setiap guru harapkan daripada setiap anak muridnya.”
“Terima kasih cikgu.Selama ini cikgu semua banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.Setiap ilmu yang dicurahkan oleh cikgu,kami tidak akan sia-siakan.Ini sahajalah hadiah yang dapat diberi kepada cikgu bagi mengenang jasa cikgu yang tidak pernah jemu mengajar kami.”Ika membalas kata-kata gurunya.Trett..trett..trett..telefon bimbit Ika berbunyi.Ika manjauhkan diri seketika daripada kelompok guru dan rakan-rakannya.Dia mengangkat telefon dan mengucap salam.Hatinya berdebar apabila mendengar suara garau yang menjawab salam itu.
Assalammualaikum..Tahniah Ika.Saya baru dapat berita awak menjadi pelajar cemerlang di sekolah.Wah!Lepas ni bolehlah belanja saya KFC.” Suara di belah sana mengusik dirinya.Ika hanya tersenyum sambil membalas usikan tersebut.
“Waalaikumsalam..Eh!Saya pula yang kena belanja.Patutnya awaklah yang belanja saya.Awak kan dah bekerja.Saya ni baru sahaja tamat belajar.”Lelaki itu tergelak mendengar bidasan Ika.
“Baiklah,tunggu kepulangan saya.Minggu depan saya akan sampai di kampung.Kita keluar dan saya akan tunaikan permintaan awak.Jaga diri baik-baik.Saya minta diri dulu.Ada kerja yang perlu disiapkan.”Selesai menjawab salam,Ika tersenyum  sendiri.Hatinya tidak sabar menunggu kepulangan lelaki itu.
“Fikri..”Perlahan Ika menyebut nama lelaki itu.Lelaki yang semakin rapat dengan dirinya.Sejak kedatangannya ke rumah Fikri,hubungan mereka semakin akrab.Ika menyenangi persahabatan antara mereka.Ika dan Fikri selalu bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai perkara.Kadang kala sesuatu perkara itu menjadi perdebatan mereka.Ika dan Fikri sama-sama keras kepala dalam menegakkan pendapat mereka.Namun,akhirnya mereka akan berbaik.Itulah keistimewaan perhubungan mereka.
*********************************************************************************************************
Kem Si Rusa Port Dickson..
            “Pepohon cintaku kian merimbun,semakin dicantas makin bertunas.”Fikri bernyanyi sambil menyiapkan kerja.Rakan di tempat kerja pelik melihat kelakuannya.Tidak seperti selalu,mukanya bersahaja dan serius dalam menjalankan tanggungjawab terhadap negara.Namun,hari ini tingkahnya berlainan sekali.Rakan baiknya menyedari kelakuannya agak pelik selepas terlihat Fikri bercakap dengan seseorang dalam telefon.
            “Amboi..lebaq na senyum hang tu.Telefon marka hang ka?habaq mai la kat cek.” Rakannya menegur dalam loghat pekat Kedahnya.
“Takdaq sapalah,cek telefon kawan ja.Tanya habaq depa.Hang ni sibuk ja.Pi main jauh-jauh.Cek banyak kerja nak siapkan ni.Cek nak bereskan semua cepat.Minggu depan cek nak balik kampung.Hang tinggai jaga tempat cek na.Haha.” Fikri meneruskan kerjanya yang agak terganggu itu.Rakannya hanya menggeleng kepala melihat telatah nakal Fikri meniru loghat Kedahnya.Fikri tidak sabar untuk pulang ke kampung.Hatinya merindui seseorang di sana.Ingatannya mengimbas wajah si gadis yang telah lama mencuri hatinya.Perasaan itu telah dipendam sejak dahulu lagi.Dia tidak berkesempatan untuk meluahkan perasaanya,apatah lagi si gadis masih lagi memakai pakaian sekolah.Dia mahu membiarkan si gadis terus selesa sebagai pelajar sekolah yang hanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Tambahan pula,dalam masa yang sama mereka selesa untuk lebih mengenali hati budi masing-masing.Bunyi azan berkumandang.Fikri tersentak lalu beristighfar.Dia melihat jam di tangan.Waktu Zohor telah masuk.Terlalu lama dia termenung jauh.Dia mengemas barang-barangnya dan berjalan beriringan  keluar bersama rakannya untuk berjemaah di masjid.
*************************************************************************************************************
Seminggu kemudian..
Ika mendapat mesej kiriman lelaki yang dirinduinya itu.Fikri telah selamat sampai ke rumah.Ika tersenyum dan bernyanyi kecil.Hatinya senang sekali.Pasti mereka akan ketemu.Berbual,berbincang dan berbahas seperti biasa sambil makan aiskrim coklat sundae kegemarannya itu di Mac Donald.Ataupun,mereka akan duduk di taman permainan menyaksikan keriangan kanak-kanak bermain sambil mengimbas zaman kenakalan mereka.Berbual sambil meneroka keindahan ciptaan Tuhan.Mengagumi tanda kebesaran Ilahi sambil hati melafaz syukur atas nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya dan masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.
“Ika!Tolong belikan mak kelapa parut.”Lamunannya mati.Dia segera ke dapur apabila mendengar suara emaknya.Setelah mengambil duit,dia bergegas ke kedai dengan menaiki motorsikal abangnya.Ika merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.Dua orang abangnya telah berkahwin,manakala kakaknya masih menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Pendidikan.Ika merupakan seorang anak yang aktif.Walaupun dia seorang yang nakal dan gemar menyakat rakan-rakannya,namun pencapaiannya dalam pelbagai bidang sukan dan akademik amat membanggakan.Bapa Ika merupakan bekas guru yang telah tamat perkhidmatannya dengan kerajaan manakala ibunya pula seorang suri rumah.Kehidupan mereka sederhana.Ika dididik supaya menjadi seorang yang berdikari,walaupun dia anak bongsu yang sering dikaitkan sebagai anak manja.Watak Ika sedikit kasar,namun masih terserlah kelembutan dan sifat hormatnya tatkala berdepan dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman.Ika bercita-cita untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti.Impiannya itu telah disematkan di sanubari.Cintanya terhadap dunia seni sangat mendalam.Hal itulah yang menyebabkan dia memilih kelas seni dan sastera semasa tingkatan enam dahulu.Bidang itu juga yang akan dipilihnya kelak untuk masuk ke universiti.
*************************************************************************************************************
“Fikri,aku nak beritahu sesuatu kepada kau.”Fahmi menegur adiknya sambil tersenyum lebar.
“Kau ada hal penting ke nak beritahu aku?Apa dia?Muka kau bukan main bahagia lagi.Mesti ada sesuatu kan.”
“Sebenarnya..aku..”Fahmi mengeluh perlahan.
“Ish kau ni,tadi muka bukan main bahagia,sekarang tayang muka monyok pula.Kau ada masalah ke wahai abangku yang tercinta?”
“Aku...”Fahmi hanya tunduk memegang kepalanya seperti mempunyai masalah yang besar.
“Sebenarnya aku apa?Kau ni kan cuba jangan buat suspen.Kalau ada masalah cuba beritahu aku,insyaallah aku tolong selagi aku mampu.Kau kan abang aku.Sekarang cuba beritahu kau ada masalah apa?”Fikri memujuk Fahmi supaya memberitahu masalah yang membelenggu dirinya.Fikri sangat sayangkan abangnya itu.Mereka ibarat kembar yang sehati dan sejiwa.Hubungan adik-beradik antara mereka sangat rapat sehingga setiap perkara yang berlaku mereka akan berkongsi bersama walaupun mereka mempunyai empat orang lagi adik-beradik yang lain.
“Sebenarnya aku ada masalah besar.Aku harap kau sudilah nak tolong abang kau yang serba kacak dan bergaya ni.Haha” Fahmi sengaja mengusik Fikri yang membuat muka meluat mendengar kata-katanya itu.
“Hah,cepatlah beritahu!Kau ni suka membazir masa akulah”Fikri sengaja menayang muka masam supaya abangnya tidak bermain-main lagi.
“Sebenarnya aku nak bertunang.Aku dah beritahu mak.Pihak belah perempuan pun dah setuju.Mungkin akhir tahun ni aku bertunang dengan Ita.Masa tu kan dia dah tamat belajar.”Fahmi bercerita sambil tersenyum bahagia,membayangkan gadis yang bakal menjadi tunangannya kelak.
“Wah kau!Tiba-tiba dalam diam-diam nak bertunang kan.Bertuahlah badan akhirnya dapat juga restu nak menyunting anak dara orang.Haha”
“Yelah,tak sanggup aku nak tunggu lama lagi.Ita pun ada beritahu dia nak sambung belajar lagi.Risau aku..tak pasal-pasal kena kebas dek orang.Baik aku ikat dia awal-awal.Sekurang-kurangnya bila dah jadi tunang orang,dia tahu batas-batas dia.Taklah dia suka hati je nak keluar dengan orang lain.Hah,kau pula bila lagi?Ika kan dah tamat STPM.Boleh sangat kalau kau suruh mak masuk meminang dia.Tak lama lagi dia nak masuk unversiti.Kau tak takut ke kalau-kalau dia kena kebas?”Fahmi sengaja mengungkit perhubungan Fikri dengan Ika.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk adiknya.Fahmi tahu Fikri sangat menyayangi Ika dan tidak sanggup Ika terlepas ke tangan orang lain.
“Nantilah aku fikir dulu.Kau kan tahu Ika tu baru habis belajar.Sekarang pula tengah tunggu keputusan permohonan kemasukan ke universiti.Aku tak naklah kacau dia dulu.Biar dia bebas.Lagipun dia baru nak tengok dunia luar,berjauhan daripada mak bapak.”
“Terpulanglah kepada kau.Aku sebagai abang hanya bagi nasihat.Kalau kau takut dia kena kacau,lebih baik ikat dia dulu.Kau pun tak risau sangat.Kau dan dia pun jauh.Macam-macam boleh terjadi.”Wajah Fikri serius selepas mendengar kata-kata abangnya itu.Andai hal itu terjadi,hancurlah hatinya.Mungkin ada benar kata-kata Fahmi.Fikri nekad untuk berbincang dengan Ika mengenai perkara tersebut.Dia percaya kesetiaan Ika,namun langkah berjaga-jaga perlu diambil,takut juga hatinya jika andaian abangnya itu menjadi kenyataan.
************************************************************************************************************
“Bertunang??Haha.Awak buat lawak ke?Jangan main-main pasal benda ni.Hal ni kan babitkan masa depan.”Ika terkejut selepas Fikri mengajaknya bertunang secara mengejut.
“Alah,bertunang je pun.Bukan saya ajak awak kahwin.Kita buatlah satu ikatan dulu.Awak kan nak pergi jauh.Saya risaulah”.Fikri menerangkan perkara tersebut kepada Ika.
“Fikri,saya muda lagi.Awak tahu kan prinsip saya.Saya nak kejar cita-cita saya dulu.Saya nak fokus untuk pengajian saya nanti.Bukan mudah saya nak kecap kejayaan.Awak tak percaya kesetiaan saya ke?Lagipun awak tahu kan mesti keluarga saya tak kan benarkan kita bertunang.Mereka mahukan yang terbaik untuk saya.Mereka nak saya fokus masa depan saya dulu.” Ika menerangkan satu-persatu kegalauan hatinya.Keluarganya pasti menghalang andai mereka serius untuk bertunang.
“Biasanya perempuan kalau tak nak,maknanya dia dah ada orang lain.Lebih-lebih lagi kalau awal-awal lagi dia dah menolak.Setahu saya,tiada yang lebih membahagiakan seorang perempuan selain mempunyai satu ikatan yang kuat antara dia dan kekasihnya.Tapi awak pula sebaliknya.” Fikri melahirkan kekesalan atas sikap Ika yang telah menolak dirinya sebelum berbincang dengan keluarganya.
“Bukan begitu maksud saya.Awak kena faham keadaan saya.Keluarga saya pasti tak benarkan.Awak belum kenal keluarga saya lagi.Kalau saya beritahu mereka pun,belum tentu mereka setuju.
“Tapi sekurang-kurangnya awak boleh cuba beritahu dulu.Mungkin boleh berbincang.Tapi awal-awal awak dah beri seribu satu alasan.Kalau awak tak nak saya,terus terang saja!Tak perlu awak nak bermain kata dengan saya.”
“Fikri,dulu awak juga yang cakap kita akan bincang hal ni lepas saya dah bekerja.Tapi kenapa pendirian awak berubah?Sebab abang awak nk bertunang ke awak jadi macam ni?Kenapa awak tak nak faham keadaan saya?Kemana hilangnya Fikri yang memahami saya dulu?”
“Sudahlah Ika!Cakap banyak pun tak guna.Nampaknya saya seorang yang terhegeh-hegehkan awak.Saya ni dah macam hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong pula.Saya sedar diri saya ni Ika.Kita berbeza.Awak kan pandai,tak lama lagi nak masuk unversiti.Pasti awak akan jumpa lelaki yang setaraf dengan awak.Saya cuma seorang askar cabuk sahaja.Rasa tak layak nak bergandingan dengan orang yang secantik dan sebijak awak.”Fikri mula berjauh hati dengan Ika.
“Fikri,dengar dulu penjelasan saya.Saya…”
“Sudahlah Ika! Tak perlu beri penjelasan lagi.Saya dah faham sekarang.Awak memang tak mahukan saya.Mulai hari ini,hubungan kita putus.Kita tak payah berhubung lagi.Awak buat hal awak,saya buat hal saya.Selamat tinggal!” Fikri memotong kata-kata Ika dan terus melangkah pergi meninggalkan Ika.
“Fikriiiiiiiii!!!!!!!!!” Ika hanya mampu menjerit nama Fikri namun lelaki itu enggan menoleh lagi.Baginya,segalanya telah berakhir.Keegoannya tercalar apabila ditolak mentah-mentah oleh Ika.Dia menganggap Ika hanya mempermainkan perasaannya.Ika hanya mampu memandang Fikri dari jauh.Hendak dikejar lelaki itu,namun kakinya seakan terpaku ke bumi.Akhirnya air mata Ika mengalir jua.Walaupun dia bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata,namun lelaki itu telah membuat dirinya kalah.Seorang perempuan yang tidak mudah tunduk dengan kesakitan,akhirnya mengaduh sakit apabila hatinya seperti ditusuk sembilu.
*********************************************************************************************************
Semester Akhir,Universiti Putra Malaysia
            Hatinya sangat senang.Semua tugasan telah dihantar kepada pensyarahnya.Kepalanya agak ringan ibarat terlepas daripada beban yang berat.Ika berjalan ke arah kafe untuk membeli air.Tiba-tiba dia tergelincir dan tidak dapat mengimbangi badannya.Ika menutup mata dan membayangkan dia pasti akan jatuh terduduk menahan kesakitan.Namun,dia menyedari tubuhnya tidak terhempas ke lantai tapi sedang elok masih berdiri.Ika membuka mata dan melihat lengannya dipegang oleh seorang lelaki yang terkebil-kebil memandang wajahnya.Wajah Ika merona merah menahan malu.Lengannya masih kemas dipegang oleh lelaki itu.Ika cuba menarik tangannya,namun lelaki tersebut diam seakan dipukau.Ika menarik tangannya dengan lebih kuat sambil berdehem untuk menyedarkan lelaki itu.Lelaki itu tersedar dan terkebil-kebil memandang Ika.
“Maafkan saya sebab terlanggar awak.Saya tak sengaja.Selipar saya licin.”Ika meminta maaf kepada lelaki tersebut.
“Tak mengapa,awak Ika kan?”Lelaki itu bertanya kepada Ika.Mimik muka Ika berubah pelik.
“Awak kenal saya ke?Kita pernah jumpa di mana?”Ika bertanya kembali kepada lelaki tersebut.
“Saya Zul Fitri.Awak ingat tak?Dulu kita sekelas bakti siswa masa tahun pertama.”
“Oh!Kau rupanya.Aku ingatkan siapa tadi.Amboi,sejak kau duduk luar aku langsung tak nampak muka kau.Mentang-mentanglah fakulti kau jauh dari fakulti aku.”Ika menukar panggilan yang lebih selesa kerana mereka pernah menjadi rakan sekelas dahulu,walaupun untuk satu semester sahaja.Ika mengambil kursus Kesusasteraan Melayu daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi manakala Zul Fitri mengambil kursus Pengajian Perniagaan daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
“Ika,jom kita makan.Dah lama aku tak jumpa kau.Mesti banyak cerita kan lepas aku duduk luar.”
“Jomlah Zul,aku pun lapar ni.Bukan senang nak jumpa orang yang asyik sibuk macam kau.Aku rasa Perdana Menteri pun tak sibuk macam kau.Haha” Ika bersetuju untuk makan bersama Zul Fitri memandangkan dia berseorangan sahaja tanpa ditemani rakan-rakan baiknya.
*********************************************************************************************************
“Ika,kau tak ada kekasih ke?”Zul Fitri bertanya kepada Ika.
“Ha..Soalan jenis apakah ini?Masuk final exam tak?”
“Aku serius ni.Kenapa gambar facebook kau ada lambang hati dipalang?Kau anti cinta ke?”Zul Fitri membuat andaian sendiri.
“Kalau aku letak gambar macam tu sekalipun,tak bermakna aku anti cinta.Cuba baca ni.Kalau yang mencantikkan lukisan itu adalah warna,yang mencantikkan kehidupan pula adalah cinta.”Ika menjawab sambil menayangkan novel Doktor Cinta di hadapan Zul Fitri.
“Habis,kenapa kau letak gambar macam tu?Biasa yang letak gambar macam tu orang yang anti cinta saja.”Zul Fitri tetap mendesak Ika.
“Setiap manusia tak dapat lari dari perasaan cinta.Kalau aku anti cinta,maknanya aku anti ibu bapa aku sebab aku terhasil daripada benih cinta mereka.Sudahlah,benda tak penting yang kau tanya.Buat serabut kepala kau saja.Jomlah lari,tadi kau nak sangat aku temankan kau jogging.” Ika terus berlari meninggalkan Zul Fitri yang terpinga-pinga ditinggalkan olehnya.Zul Fitri mengejar Ika yang semakin jauh.Dia mula berasa pelik melihat Ika yang seakan-akan mengelak apabila berbicara mengenai hati.Perasaannya makin membuak-buak ingin tahu.
“Pasti ada sesuatu yang jadi dalam hidupnya sehingga dia mengelak setiap kali ditanya mengenai hal kekasih.” Zul Fitri bermonolog sendiri.Semakin hari Zul Fitri semakin rapat dengan Ika.Dia selesa apabila berhadapan dengan gadis itu.Tingkahnya yang selamba membuatkan Zul Fitri senang untuk melayan karenah Ika.Setiap kelapangan masa yang ada akan dihabiskan bersama Ika.Kadang-kala dia sengaja mencipta pelbagai alasan untuk berjumpa gadis itu.Zul Fitri tertarik dengan sikap Ika yang lain daripada gadis lain.Wajahnya mempamerkan keayuan gadis timur,namun sikap kasar dan berwatak selamba menutup keistimewaan itu.Sesungguhnya dia belum pernah menemui gadis seperti Ika yang tidak menyukai barangan perempuan.Sukar untuk dirinya melihat Ika berbaju kurung dan bersolek tebal seperti gadis lain.Pakaian rasminya hanyalah baju jersi dan berseluar jeans.Walaupun begitu,Ika tetap sama seperti gadis-gadis lain di universiti.Setiap hari adalah hari untuk ke kelas dan menyiapkan tugasan.Namun,Ika menghindarkan diri andai hal cinta diutarakan kepadanya.Pelbagai alasan digunakan untuk mengelak.Hatinya masih terluka.Kenangan semalam tak mungkin dapat dihindar.Setiap kali kenangan itu hadir,setiap kali itulah hatinya menangis.Cinta pertamanya gagal dipertahankan tanpa sebab yang kukuh,atas alasan itulah dia lebih bersikap dingin dan membeku.Bukan tidak ada yang cuba untuk mendekati dirinya,namun dia lebih suka menikmati kebebasan hidup tanpa ada ikatan yang terjalin membabitkan hati dan perasaan.Bimbang hatinya terluka lagi dan semakin parah.
*************************************************************************************************************
Perkenalan Ika dan Zul Fitri semakin membibitkan kemesraan.Ika semakin kuat dan dapat melupakan kenangan silamnya hasil dorongan Zul Fitri.Mereka selalu berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.Dari situlah Ika belajar mengenai kehidupan.
“Jika aku pernah kecewa,rupanya ada lagi insan yang lebih parah lukanya.” Ika berfikir.Kata-kata hikmah itu diambil daripada Zul Fitri yang kerap menasihatinya mengenai kehidupan.Kehidupan Ika semakin terisi dan bahagia dengan adanya Zul Fitri yang menjadi pembakar semangatnya.Apabila melayan Ika,Zul Fitri menjadi seorang yang gila-gila sedangkan pada hakikatnya dia seorang yang pemalu bila berhadapan dengan perempuan.Aura daripada gadis itu mampu mengubahnya menjadi seorang yang lebih bebas.Semakin mereka rapat,Zul Fitri mula menunjukkan perubahan terhadap layanannya kepada Ika.Gayanya dengan tiba-tiba menjadi romantik dan bercakap dengan lemah lembut.Ika mulai perasan dengan perubahan Zul Fitri,tetapi dia tidak mengambil peduli.Baginya Zul Fitri cuma menghormatinya sebagai seorang perempuan,jadi dia bercakap dengan lemah lembut.
Sehari Sebelum Cuti Semester Akhir Bermula..
“Ika,aku ada hal nak cakap dengan kau.Aku nak jumpa kau lepas ini di hadapan kolej kau.Ada hal penting.” Zul Fitri mengirim mesej kepada Ika melalui telefon bimbitnya.Ika membaca mesej tersebut selepas keluar dar dewan peperiksaan dan berasa pelik kerana Zul Fitri tidak mempunyai sebarang urusan dengan dirinya,tambahan pula sekarang musim peperiksaan akhir.Tidak mungkin ada kerja yang belum selesai antara mereka.
“Mungkin ada sesuatu yang dia nak beritahu aku.Tak pun ada benda yang dia nak minta tolong pada aku.” Ika membuat tafsiran sendiri.Selepas tamat peperiksaan akhir semester ,Ika terus bergegas balik ke kolej untuk menemui Zul Fitri.Kelihatan dari jauh Zul Fitri sedang menunggunya di bawah sepohon pokok.
Assalammualaikum Zul..ada hal apa nak jumpa aku?”Ika bertanya.
Waalaikumsalam..duduklah dulu.Mesti kau penat kan.Maaf kalau menyusahkan kau.”Zul Fitri mengesot sedikit ke tepi bagi memberi ruang kepada Ika untuk duduk di bawah pohon tersebut.
“Tak pelah,lagipun tadi satu subjek saja.Esok dah mula cuti.Hari ini saja yang tinggal untuk kita berbual.Hehe” Ika menangkan Zul Fitri yang mula diserang rasa bersalah.
“Ika..sebenarnya aku nak beritahu kau sesuatu.Tapi aku tak tahu macam mana nak beritahu dan aku takut kau marah aku.”
“Cakap sajalah.Kenapa tiba-tiba kau takut dengan aku ni?Selalu bukan main lagi suka kenakan aku.Ada saja bahan kau suka usik aku.” Ika tersenyum memandang Zul Fitri.
“Yelah,aku takut juga kalau kau naik hantu nanti.Tak pasal-pasal aku kena belasah dengan kau.Haha.” Zul Fitri mengusik Ika.Ika memasamkan muka dan mengugut sekiranya Zul Fitri tidak mahu bercerita,dia akan balik ke biliknya di tingkat atas.Zul Fitri mengalah dan bersedia untuk bercerita kepada Ika.
“Ika,kalau aku cakap hal ni aku harap kau tak marah aku.Hal ni aku tak minta,tapi benda ni nak jadi.Sebenarnya..aku sukakan kau.Dah lama,dari kita sekelas dulu masa bakti siswa.Aku nak cakap tapi tak berani.Aku sukakan kau sebab aku selesa dengan diri kau yang tak bermuka-muka seperti perempuan lain.Kau memang unik Ika.Lain daripada gadis-gadis yang pernah aku kenal.Naik tahun dua,aku cuba cari kau tapi tak ada rezeki.Ada sahaja halangan.Masa kita jumpa tak sengaja tu,aku bersyukur sangat sebab akhirnya dipertemukan semula dengan kau.Esok dah cuti semester dan ini semester terakhir kita.Aku kena juga luahkan kepada kau.Terpulang kalau kau nak terima atau menolak.Aku nak kau tahu perasaan aku.Aku takut sekali lagi kita berpisah dan aku tak jumpa kau untuk luahkan segalanya.Sekurang-kurangnya hati aku lega bila dapat berterus-terang dengan kau.Andai ada jodoh,aku mahu kita hidup bersama dan mendidik kau menjadi isteri yang solehah.”
Ika tercengang memandang wajah Zul Fitri.Dia tidak menyangka lelaki yang rapat dengan dirinya itu menyimpan perasaan terhadapnya.Ika meraup wajahnya perlahan sambil dipandang oleh Zul Fitri yang masih setia menanti jawapan daripada Ika.
“Zul..kalau ada jodoh tak kemana.Aku tak mampu menjanjikan sesuatu yang belum pasti.Bimbang hati ini terluka lagi.Bimbang janji itu memakan diri.Aku percaya takdir daripada Ilahi andai itu yang telah tertulis di loh mahfuz sejak azali lagi.Insyaallah..lagi dua minggu aku akan menunaikan umrah dengan keluarga aku.Doakan kesejahteraan aku di tanah suci ya.”
Ika hanya mampu berkata demikian,bimbang jika dia menerima akan menyakitkan diri,jika ditolak melukakan hati insan lain.Rupa-rupanya perubahan Zul Fitri merupakan petanda bahawa lelaki itu mempunyai perasaan kepadanya.Ika tidak mahu melatah dengan cepat.Kepada Tuhan sahajalah dia berserah agar diberikan petunjuk.Semoga kata-kata tersebut tidak menghiris hati lelaki di hadapannya itu.Zul Fitri hanya tersenyum lalu mengangguk.
**********************************************************************************************************
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
            “Ika,jaga diri baik-baik di sana.Doakan yang terbaik untuk kau dan keluarga.Jangan lupa doakan kami ya.Semoga kita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan lepas.”Awin berkata sambil memeluk Ika.
“Terima kasih kawan.Doakan aku selamat pergi dan balik ya.”
 “Ika,doakan aku dapat jodoh cepat tau.Hehe. ”Ella pula meyampuk.Ketiga-tiga sahabat baik itu berpelukan sesama mereka.Mereka telah bersahabat semenjak semester satu tahun pertama lagi.Keakraban mereka jelas kerana kelihatan sentiasa bersama-sama.
“Ika,ada orang nak jumpa kamu.Dia segan nak datang ke sini.” Sepupu Ika memberitahu sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berkaca mata hitam yang berdiri berhampiran dengan kelompok jemaah daripada kaum keluarganya.Hati Ika berdebar-debar.Lelaki itu sudah lama tidak ditemui.Ika melangkah perlahan ke arahnya.Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya lalu tersenyum.Ika menahan air matanya dari gugur.
Fikri!Sungguh,dia tidak menyangka lelaki itu akan datang.Tambahan pula,dia tidak memberitahu Fikri tentang keberangkatannya untuk menunaikan umrah.
“Maaf saya buat Ika terkejut.Pasti Ika pelik kan saya tahu Ika akan menunaikan umrah.Sebenarnya,saya ada menghubungi Awin.Dialah yang memberi segala maklumat mengenai Ika,itu pun selepas puas saya memujuknya.Tolong jangan marah dia.Saya yang beriya memujuk dia.” Fikri menerangkan tentang segala-galanya.Ika hanya diam membisu.
“Ika,saya nak minta maaf sebab tindakan saya dulu.Saya tahu saya silap melepaskan perempuan sebaik awak.Saya menyesal dengan tindakan melulu saya.Kalaulah masa dapat diulang kembali..”
“Fikri,awak tak salah.Mungkin itu sebahagian daripada ujian.Saya tidak marah,jauh sekali berdendam.Biarlah,mungkin ada hikmah.” Ika berkata sambil tersenyum.
“Saya ada sesuatu untuk awak.Saya harap awak terima hadiah saya yang tidak seberapa ini.” Fikri menyerahkan sebuah bungkusan kepada Ika dan dia menyambutnya. “Hatiku masih milik mu Ika.” Fikri hanya bermonolog dalam hati.Matanya sayu memandang wajah polos Ika.Suatu ketika dahulu dirinya pernah melukakan hati gadis itu.Namun,Ika masih mampu untuk tersenyum dengan menyambut mesra kehadiran dirinya pada hari ini.Sungguh..kerana pesona itulah hatinya masih terpaut kuat kepada bidadari itu.
Assalammualaikum Ika..” Ika menoleh ke arah suara itu.
Zul Fitri menyapa lembut sambil tersenyum.Ika membalas senyumannya sambil menjawab salam.Fikri memandang Zul Fitri dengan rasa cemburu.Dia dapat merasakan kedudukannya seperti digugat.Renungan mata Zul Fitri bercahaya apabila memandang ke wajah Ika.Namun,Fikri hanya berdiam diri sahaja,tidak mahu dianggap kurang ajar oleh keluarga Ika.
“Ika,aku datang nak serahkan sesuatu.Aku harap kau sudilah terima dan gunakannya sewaktu kau lapang.” Ujar Zul Fitri sambil menyerahkan sebuah beg kecil kepada Ika.Ika melihat ke dalam beg tersebut dan mengeluarkan barang pemberian Zul Fitri.Seutas tasbih hadiah yang cukup bernilai.Ika gembira mendapat hadiah tersebut.Hadiah bungkusan daripada Fikri turut dibuka dengan perlahan-lahan.Sehelai tudung berwarna hitam dan biru,warna kegemaran Ika.Ika memandang Fikri dengan perasaan yang bercampur-baur.
“Ah..Dia masih ingat lagi warna kegemaranku.” Ika berkata sendiri.
“Ika sebentar lagi penerbangan akan berlepas.Mari kita masuk ke balai berlepas.” Ibunya memanggil selepas melihat semua adegan tersebut.Keluarganya memerhati dari jauh,seakan memahami ada konflik jiwa yang sedang berlaku walaupun tanpa kata-kata.
“Fikri,saya minta diri dulu.Panjang umur kita jumpa lagi.Zul,doakan perjalanan aku selamat.Semoga ada rahmat disebalik tiap yang berlaku.Saya tahu kalian berdua mempunyai perasaan kepada saya.Namun,jawapan yang pasti saya tidak dapat beri.Jika ada jodoh antara kita,biarlah yang tentukan itu hanyalah Dia.Insyaallah..”
************************************************************************************************************
            Ika melangkah mendekati keluarganya.Fikri dan Zul Fitri pula mengikut dari arah belakang.Selepas bersalaman dan berpelukan dengan rakan-rakan anggota keluarga yang lain,Ika dan keluarganya mengusung beg masuk ke balai berlepas.Sebelum masuk ke pintu,Ika sempat menoleh dan memberikan senyuman ikhlas kepada kedua-dua lelaki tersebut.Kemudian,Ika menghilang di sebalik pintu.Fikri meraup wajah penuh kekesalan,manakala Zul Fitri hanya tenang mengukir senyuman.
Ika melangkah dengan yakin untuk mendapat keredhaan Ilahi di tanah suci nanti.Insyaallah..jawapannya pasti ditemui di rumah Allah.Ika memegang tasbih dan tudung dengan seeratnya.Bibirnya basah memuji tuhan dengan kalimah zikrullah,benaknya terngiang-ngiang bait-bait lagu Istikharah Cinta.
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu